Sabtu, Mei 23, 2009

UPDATE PERINTIS: BAGI YG DAPAT HADIR AGM SAHAJA

Salam,
Kepada yang tidak dapat menyertai kami pada 06/06/09 tetapi masih free untuk menghadiri AGM yang akan berlangsung pada 07/06/09 pukul 9.00 pagi, kawan-kawan boleh berbuat demikian cuma perlu beritahu kami selewat-lewatnya pada 04/06/09 untuk kami membuat tempahan makan tengahari.
Jadi jangan segan-segan, bayarannya cuma RM9 sahaja. Pada yang berminat boleh hubungi mana-mana AJK yang terlibat atau tinggalkan komen anda disini. Pada yang masih belum mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran penuh diharap dapat berbuat demikian sebelum atau pada 27/05/09 ini.
Jika ada kawan-kawan yang mempunyai masalah dengan bayaran atau halangan lain boleh hubungi kami segera.
Kami amat mengharapkan kehadiran kawan-kawan semua dan InsyaAllah wakil dari PAUTM juga akan hadir untuk memberi sokongan.
IKLAN.....
Pada kawan-kawan yang berada di sekitar KL boleh menjamu selera di Cafe Alumni UTM yang telah dibuka di Rumah Alumni, UTMKL, Jalan Maktab. Nak senang cari Pintu No. 5 untuk masuk ke UTMKL. Cafe dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari pukul 7 pagi hingga 7 mlm.
Saya telah berpeluang mencuba air Apple Asam Boi dan juga air Avocado.....pada yang suka masam + manis minuman ni pasti sedap sekali....
Apalagi...berilah sokongan kepada Alumni kita!!!!
Jumpa kawan-kawan di PD nanti....

Khamis, Mei 21, 2009

Dr Iqbal Saripan batch 98

Semalam, dalam banyak-banyak hari, hari semalam dapat tengok berita penuh. Teruja bila keluar cerita ini.

Dr Iqbal Saripan dari UPM dengan penemuan kaedah mengesan sel kanser sehingga sekecil 1mm menggunakan teknologi pengimejan nuklear. Kaedah dan ciptaan telah dipaten bulan Julai tahun lepas. Telah memenangi anugerah Gold medal di Geneva, Gold medal dan Chairman Award dari Agensi Nuklear Malaysia, serta Silver medal dari Expo Teknologi Malaysia.

Berita penuh:

NST

Buletin Utama 20 Mei 2009 (kene mendaftar baru bleh tengok)

(kalau-kalau berita itu dah boleh loading, sehingga waktu penerbitan, berita itu tak bleh loading, maka aku tak dapat nak skrin shot kan muka Dr Iqbal, jadi tunggu kemas kini).

Iqbal Saripan adalah ex-Lambaian batch 98. Geng Forecast. Isterinya, Laili juga ex-Lambaian, batch 2000. Sekian.

Kalau-kalau Iqbal terbaca blog ini dan dia terasa nak join Family Day + AGM @Lambaian 6-7 Jun ini, boleh lagi. Kawan-kawan juga jangan buat-buat lupa pulak nak folow up dengan rerakan yang lain.

Sabtu, Mei 16, 2009

Lagu Program (Episod : Jadilah warga yang berguna)

Assalammualaikum warahmatullah..

Selamat pagi.. selamat tengahari.. selamat petang.. atau selamat bersengkang mata di malam hari..

Holla semua warga Lambaian..! Semua dalam kehangatan persiapan mengendalikan AGM DAN persiapan menghadiri AGM.. yeeehaaa!! (aku rasa hangat dari internet je.. huhuhu) tak kurang juga kehangatan menyokong dari kejauhan, dari tempat kerja, atau dari rumah mak/mak mertua dengan baby di luar/di dalam perut. hehehe..

Soalan hari ini.. (macam hari-hari aku bagi soalan je kan) Adakah anda biasa dengan istilah, "Lagu Program"?

yeah... aku biasa.. =D ada program-program Lambaian yang aku libatkan diri semasa dalam hayat sebagai pelajar UTM 'berlagu'. aahhhaaa..

Bila masa terdengar atau ternyanyi satu Lagu Program, haaa.. bedeessssuuuppp.. "eh, ni lah lagu program sekian sekian sekian .." huhu..

Lagu Program yang dimaksudkan, ialah lagu yang kira ala-ala lagu tema la.. orang kata, OST.. haaa.. sebab, ada juga lagu yang menjadi 'trademark' secara tidak rasmi, seperti lagu "Berdua Lebih Baik" dari Acha yang dinyanyikan oleh seorang adik di program Soul Fusion 2007, yang memberikan impak syahdu bagi sesetengah orang. sob sob sob..

okay, akibat tak cukup tenaga, masa, dan sumber untuk menyenaraikan semua Lagu Program dalam ingatan atau pengalaman sendiri mahupun orang lain (senior/junior), maka, aku memetik salah satu daripada Lagu Program yang berirama comel (bagi aku) dan membawa mesej bermakna kepada yang rasa mesej itu bermakna.. layan..

Layan lagu sikit.. (Klik lah ya 'link' ini, tak tahu nak masukkan video youtube la.. hahaha..)

Remaja
Album : See You D IPT
Artis : Unic

Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

chorus :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

okay.. maksud tersirat? haaa.. mencapah-capah ni.. apa yang penting??? (kejee.. sameee.. kata wonderpets.. hehehe.. ) semoga kita semua menjadi warga yang berguna sebagai salah satu usaha mendapat keredhaan dari Dia.. amin..

apa lagi ya Lagu Program yang you all ingat? ;)

wassalam...

p/s terima kasih Mai untuk pendapat anda.. muaaahh.. ;)

in focus ---> PERINTIS @Lambaian 2009 dan susulan PERINTIS (isu bayaran dan kehadiran)

all the best!!

Rabu, Mei 13, 2009

SUSULAN PERINTIS 2009 - Bayaran & Senarai yang Hadir serta sewaktu dengannya..

Salam…

Berita baik!!!!

Kepada kawan-kawan yang mempunyai masalah untuk membayar pada tengah-tengah bulan ni….kami faham akan masalah anda kerana kami pun sama, cuma kami perlu membuat bayaran deposit kepada pihak resort pada 15/05/2009.

Jadi untuk kemudahan kedua-dua pihak, kami berharap agar kawan-kawan dapat bank-inkan separuh harga bayaran dahulu kepada kami sebelum atau selewat-lewatnya pada 14/05/2009 (ESOK) dan bakinya boleh dilunaskan sebelum atau selewat-lewatnya pada 27/05/2009. Amat penting untuk kita jelaskan duit deposit untuk mendapatkan confirmation bagi venue BBQ dan permintaan-permintaan lain.

Tetapi jikalau berkemampuan, kami sangat hargai jika sekiranyan bayaran penuh dibuat segera.

Cara Bayaran:-

1) Bank-in ke akaun Maybank No.: 164490182595 - Nik Norsyilawati Shaban

2) Smskan nama penuh, jumlah bayaran, bilangan yg hadir (bg famili sertakan bil anak (jika ada)) dan waktu transaksi dilakukan ke 017-3819789 @ emailkan resit ke syilahaizal@yahoo.com

Setakat ni….antara yang dah confirm akan hadir dan dianggap akan hadir : )

Kategori berkeluarga

1. Adam, Kak Easy, Aqil & Amar
2. Azam, Kak Min & Nanu
3. Hafiz, Isteri & baby
4. Afzan, Ana & baby
5. Abg Robin & Airin (dapat join BBQ sahaja)
6. Kiah & Family

Kategori bujang

1. NoorAfzan
2. Mazlan
3. Yerk (Noorirman)
4. Syazwanul Badri
5. Kjan
6. Ummu
7. Moy
8. Sport
9. Abg Gap
10. Ikin
11. Burhanudin
12. Aemi
13. Syila


Berkemungkinan besar & kecil yang akan hadir….

1. Aretuk
2. Ayu
3. Azwar
4. Enni
5. Ja’a
6. Kiah & Family
7. Komeng & Family
8. Roza
9. Ude
10. Wak & wife
11. Pilo

Kepada kawan-kawan yang dah confirm, yang akan tiba lewat petang dan yang dapat join BBQ sahaja…bagi pihak AJK Program/Penaja kami ucapkan terima kasih atas kesudian dan sokongan untuk menjayakan program ni.
Bagi yang free dan berminat nak join buat banner di Johor sila contact Adam...hehe

Isnin, Mei 11, 2009

Susulan Majlis Walimatul Urus Wak & Shidah


Ringkasan majlis, kami sampai agak lewat. Hampir-hampir kepada kunjungan jemputan yang paling akhir. Tapi nasi tetap ada. Lauk tetap ada. Air masih sejuk. Cenderahati tetap diberi. Tema kenduri adalah hijau. K Ezi telah disalah sapa sebab baju seakan ahli penanggah majlis kenduri.

Ramai juga hadirin dari rakan-rakan Lambaian. Dari KL ada Atuk, Eni & Suraya. Dari Skudai ada Azwar, Ude, Ikin, Hanim, Kjan serta 2 lagi yang aku belum kenali secara peribadi. (maaf dan jangan kecil hati). Untuk lebih lanjut, blog Azwar ada liputan yang sama. Semasa dorang masih sibuk bergambar, kami masih makan. Kami tunggu sampai Wak masuk balik duduk di pelamin untuk bergambar.

Kalau kira dari sini, menghampiri 10 orang atau lebih dah bekas ahli Lambaian. Kalau semua dapat datang AGM dan Family Day @Lambaian nanti, korang memang lagi best dan aku dapat kenal lagi 2 yang aku belum kenal itu.

Tak lupa, Wak dan isteri juga dijemput hadir.

Jangan lepaskan peluang menjadi ahli yang turut serta dalam merealisasikan penubuhan rasmi @Lambaian. Anda adalah ahli perintis. Ingat. 6-7 Jun 2009. Port Dickson. Bagi tahu rakan-rakan yang belum tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's