Jumaat, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431h ... !





Fuh, aku stay up tau semata-mata nak post selamat hari raya ni.. hehehe.. Jemput beraya ke rumah ye, roger-roger lah kalau lalu Melaka.. dan...

pssst... pssttt...dengar cerita ada Jamuan Raya KLM di KTC 2 Oktober ni.. so, selamat mencari info di Group KLM di Facebook!!!! Dan jom buat kecoh raya!

Sekali lagi, Selamat Aidilfitri, have a fun and the best Eid!

Jumaat, September 03, 2010

Akibat benci kakak menjelang Syawal

Sempena kehadiran Syawal yang tak lama ja lagi neh, meh sini nak habaq cerita yang mungkin ada sikit2 motivasi buat diri dan anda semua~ sila baca dengan penuh perasaan, kalau nak buat mimik muka menghayati pun boleh~

p/s: watak2 yang ada tiada kaitan dengan siapa2 dalam @Lambaian ye


SALLEH (bukan nama sebenar) merupakan antara tokoh korporat yang dikenali ramai di ibu negara. Walaupun dia baru berusia lingkungan awal 30-han tetapi memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat.


Dia menjadi rebutan kerana idea-ideanya yang bernas sekaligus dapat mentadbir syarikat dengan cekap.

Bagaimanapun berbeza bila Salleh telah berisiteri. Idea-ideanya seolah-olah semakin tumpul. Satu demi satu jawatan yang pernah disandangnya terlepas. Dia seolah-olah tidak lagi mendapat kepercayaan banyak pihak.

Paling menyedihkan syarikat yang merupakan hasil titik peluhnya sendiri ketika masih bujang turut berdepan dengan pelbagai masalah.

Syarikat yang dulu lebih 50 pegawai kini hanya lebih kurang 10 sahaja. Itu pun sering keluar masuk, yakni bekerja sebulan atau dua bulan mereka berhenti. Datang pegawai baru pun masalah sama.

Pendek kata tidak kekal lama. Kalau bekerja enam bulan sudah dikira cukup baik. Ada saja masalah yang menyebabkan mereka hantar notis berhenti.

Oleh kerana Salleh tidak tahan memikirkan masalah syarikatnya yang makin meruncing, ada mencadangkan supaya dia ke Mekah. Salleh akur dengan cadangan rakannya itu lalu menunaikan umrah untuk mencari ketenangan.

Dia membawa isteri Soleha (bukan nama sebenar) serta tiga anaknya. Mereka menginap di hotel yang diuruskan oleh pihak agensi.

"Ketika di hotel barulah terbongkar bahawa Salleh terlalu ikut telunjuk isteri. Apa saja isterinya cakap dia tidak berani bangkang," dedah ustaz Bakar mengenai peristiwa yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu itu.

Sewaktu di tanah suci, Soleha komplen makanan di hotel itu tidak menyelerakan. Setelah tiga kali tukar menu masih juga tidak sesuai dengan selera Soleha. Sudahnya pihak agensi sudah enggan melayan karenahnya lagi.

Dia membebel setiap kali ambil makanan. Ada saja yang tidak kena. Sedangkan Salleh serta anak-anaknya langsung tidak ada masalah.

"Allah beri kita rezeki dan sedap hanya di halkum sahaja. Kalau lepas halkum dah tak rasa apa-apa kelazatan lagi.

Kalau setiap kali makan rasa sedap berpanjangan sudah tentu banyak restoran tutup," akhirnya ustaz Bakar terpaksa masuk campur,

"Tapi ustaz kita bayar tambang termasuk penginapan serta makan minum. Tak kan pihak agensi nak beri makan lebih kurang saja," balas Soleha dengan geram.

"Puan perlu ingat, kita semua datang ke sini sebagai tetamu Allah. Bermakna atas keredaan Allah juga kita berkumpul di sini. Kita datang bukan sekadar hendak melancong atau hendak membeli-belah," ustaz Bakar juga bertegas.

Soleha diam seketika. Dia enggan melawan cakap ustaz Bakar lagi. Mungkin baru menyedari kesilapannya sehingga lupa tujuan sebenar menunaikan umrah.

Salleh yang berada di sisi isterinya tidak bersuara. Dia sedar isterinya mengada-ngada tetapi tidak berani menegumya.

Kalau dia masuk campur sudah tentu semakin kecoh. Ada baiknya tutup mulut.

"Saya minta maaf banyak-banyak ustaz dengan karenah isteri saya tadi," tiba-tiba Salleh bersuara setelah isteri serta anak-anaknya beredar agak jauh sedikit.

"Tak mengapa. Saya dah berdepan dengan macam-macam perangai manusia bila sampai di sini," kata ustaz Bakar.

"Sebenamya saya sendiri pun tak berapa seronok dengan sikap dia macam tu," ujar Salleh yang terkilan dengan isterinya.

"Saya faham perasaan encik. Sebab itu saya kata pelbagai perangai manusia di Mekah. Mungkin Allah tidak mengizinkan isteri encik rasa nikmat makanan di sini. Boleh jadi ada kesilapannya tetapi encik tidak tahu."

"Sebenamya ustaz, nampak saja saya bahagia. Mempunyai syarikat serta berkedudukan tinggi, tetapi pada hakikatnya hidup saya terkongkong. Saya tidak boleh tegur atau kritik isteri, pasti dia melenting," dedah Salleh mengenai masalahnya.

"Maksudnya rumahtangga sentiasa bergolak?"

"Bukan bergolak, tetapi isteri saya terlampau garang," luah Salleh teragak-agak.

Barulah ustaz Bakar faham Salleh takutkan bini. Patutlah bila isterinya komplen mengenai menu yang tidak menepati citarasanya dia tidak berani tegur. Dia macam menurut saja.

Di hadapan isteri, Salleh tak ubah seperti tikus dengan kucing.

Kakitangan syarikatnya tidak tahu dia takutkan bini.

Lagipun, Soleha jarang ke pejabat suaminya. Pentadbiran syarikat di bawah genggaman isterinya. Salleh hanya menjalankan sahaja sedangkan semua arahan daripada wanita itu.

Walaupun syarikatnya makin meruncing dan berdepan dengan kehancuran, Salleh masih tidak berani bersuara. Di bimbang kalau isterinya tahu, bukan hendak mengaku kesalahan diri sendiri, sebaliknya menuding balik pada dirinya.

"Saya tidak mahu masuk campur rumahtangga encik. Ia merupakan urusan Allah mempertemukan jodoh antara encik berdua.

Nasihat saya kalau boleh jangan terlalu tunduk pada isteri.

Suami merupakan ketua rumahtangga dan tidak kena kalau mengikut perintah isteri.

"Saya hanya mahu masuk campur mengenai syarikat encik yang makin merosot. Saya yakin ada yang tidak kena telah encik lakukan. Cuba ingat balik mungkin telah mengecewakan ibu bapa atau orang lain," terang ustaz Bakar.

"Tapi saya dah tak ada ibubapa ustaz. Kedua-dua telah meninggal beberapa tahun lalu."

"Begini sajalah! Malam nanti buat tawaf serta solat hajat depan kaabah. Minta petunjuk apa yang telah encik lakukan," nasihat Ustaz Bakar lagi.

Malam itu kira-kira pukul dua pagi Salleh melakukan tawaf.

Setelah selesai menunaikan solat hajat dia mohon Allah beri petunjuk mengenai apa kesilapannya sehingga satu demi satu syarikatnya gulung tikar.

Kesungguhan serta keikhlasan Salleh, Allah memperlihatkan kesilapannya selama ini. Tanpa berselindung tokoh korporat itu menemui ustaz Bakar.

Antara kesilapannya kerana terlalu mengikut telunjuk isteri, sehingga telah mengecewakan kakak kandungnya.

Soleha sememangnya kurang senang kalau kakak Salleh bertandang ke rumah mereka. Lebih-lebih lagi ketika menjelang syawal. Dia mensyaki kakak iparnya itu ingin minta bantuan kewangan daripada suaminya.

Salleh pula kerana terlalu takutkan isteri, dia layan kakaknya acuh tak acuh sahaja. Hendak bantu bimbang isterinya marah. Sudahnya dia biarkan saja pulang ke kampung tanpa memberi sedikit wang belanja.

"Memang ramai di kalangan masyarakat kita mengabaikan kakak kandung. Sebenarnya jika tidak mempunyai ibu, kakak sebagai pengganti ibu. Doa kakak mustajab sebagaimana doa ibu," terang Ustaz Bakar.

"Saya mengaku banyak buat salah dengan kakak kandung saya," Salleh mengakui kesilapannya.

"Balik ke tanah air nanti, jangan lupa berjumpa kakak. Layan dia sebagaimana ibu. Minta dia doakan dan mudah-mudahan syarikat encik akan kembali menyerlah."

Salleh akur dengan nasihat ustaz Bakar. Sebaik saja kembali ke tanah air, orang pertama yang ditemuinya adalah kakak kandungnya.

Salleh juga tidak mengabai kakaknya lagi. Dia berniat jika syarikatnya pulih akan membawa kakak serta abang iparkan ke Mekah. Dalam waktu sama dia tidak lagi mengikut telunjuk isterinya.

Doa Salleh dimakbulkan Allah Tidak sampai setahun syarikat yang hampir bankrap kembali pulih. Hutang piutang telah dapat dilangsaikan. Dia juga tidak lagi naik turun mahkamah kerana pelbagai kesalahan berhubung dengan kewangan.

Malah kini dapat pula membeli beberapa syarikat gergasi lain.®


Sumber: Variasi

testing

Testing lagi ni, lalala

Khamis, September 02, 2010

Blog @Lambaian dalam status 'Under Maintenance!'


Salam semua, macam yang anda lihat terpapar bersama2 darah kaler pink ala-ala ungu di atas nih, 
yaa,,, nak maklumkan pada semua warga @Lambaian yang Blog ini dalam proses pembikinan wajah baru, nak pakai kan dia botox, susuk, make-up sikit..
aaaa uummm... apa lagi,

Ok, ni nak habaq mai, nak membina blog kesayangan kita semua ni boleh aja, tapi tu la, ketandusan idea-idea superb dari anda semua, mai la mai la, 
meh comment and bagi cadangan apa yang patut kita tayangkan dengan riang-rianya di blog ini~

hiduplah blog demi @Lambaian!
Oh YeaHH!!

UPDATED:
  1. New layout (image slider, links, widget, etc)
  2. Connected to FB (@Lambaian fanpage) - Sila click LIKE button kat bottom of this blog if mahukan diri anda di update dgn new post dari blog ni
  3. Lagu (yang mana kalau mau senyap sunyi melayan perasaan, leh lah di stop/pause) ^__^
  4. @Lambaian dah ada twitter, so, blogger2 yang lain yang nak tau update @Lambaian, leh la follow twitter @Lambaian

Ucapan akhir Ramadhan

Salam sepertiga akhir Ramadhan buat semua warga Lambaian;
  1. daripada kumpulan pengasas Kelab Lambaian Masyarakat,
  2. barisan penggerak di awal perjuangan Lambaian,
  3. warga Lambaian yang pernah menyumbang walau sesaat mengimarahkan meeting-kelab,
  4. apatah pagi warga Lambaian yang sentiasa memperbaiki perjuangan kelab,
  5. sehinggalah kepada warga Lambaian yang masih ambil berat dengan cara masing-masing terhadap Kelab Lambaian Masyarakat, baik warga @Lambaian sendiri,
  6. mahupun adik-adik yang masih mempertahankan hasil usaha selepas lebih sedekad.

Semoga amal baik sepanjang hidup terutama sepanjang bergelar warga Lambaian diterima-Nya.
Semoga amal buruk sepanjang hidup terutama dengan nametag "saya budak Lambaian" mendapat keampunan-Nya.
Bukan amal baik & buruk terhadap masyarakat saja, tapi kebaikan ikhlas dan salah silap terhadap sesama warga Lambaian juga.




Semoga keampunan daripada-Nya diperoleh, semoga kemaafan daripada sesama warga Lambaian juga dapat diraih.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf banyak-banyak untuk salah silap yang nyata atau tidak, sengaja atau terbuat, terhadap semua kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik yang saya kenal di alam nyata atau alam maya.

*******************************

Sekadar berkongsi :

Firman Allah Surah Al-Hujuraat ayat 12 yang bermaksud;
" Hai orang-orang yang beriman, jauhila kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Umar R.A berkata janganlah kamu berperasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik.

Riwayat At-Tabrani : "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku 1)Kepercayaan sial 2) Hasad dengki 3)Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tatayur hendaklah dihapuskan.

sumber : ayat Quran tu dah di-check kebenarannya, hadith tu dapat dari internet (tak usaha check lebih pun, tapi ambillah pengajarannya) Google je pasal sangka buruk tu, berlambak penerangan. Sob sob sob...

***********************************

Haaa.. ni bukan mengumpat a.k.a gosip-gosip je tau.. baru buruk sangka pun dah DOSA!! Banyak aku buat ni.. huhuhu.. Ain, Ain... Sorry you allz!!! Terutama yang aku ajak dengar sangka-sangka buruk aku, hahaha.. Semoga kita tak buat lagi ye.. Mari kita hapuskan sangka buruk kita tu..
Sangka kawan tu tak ikhlas la, sangka kawan tu saje nak glamor lah, sangka kawan tu tak berusaha 100% la, sangka kawan tu tak ambil berat dan kononnya kita lah yang usaha dan caring lebih.. sangka kawan tu do nothing padahal kita penuh penat lelah (padahal kawan tu dah all out dah) semua tu sangka buruk pe... insaf yuk~!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's