Khamis, Mei 07, 2009

Gambaran Glory Beach Resort

Inilah sebahagian dari Glory Beach Resort Port Dickson

Bilik..... 2 double 1 single








Ruang tamu, ruang makan & pantry






Swimming pool.....terjaga dan bersih









kawasan sekitar ....playground & changing room











Sebahagian dari hasil tangkapan jurukamera tak profesional....harap kawan-kawan berpuas hati untuk join gath kali ini. Jumpa disana!!!

AGM & HARI KELUARGA @Lambaian 2009

Salam,

Kawan-kawan semua….

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan info berkaitan program kali ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Setelah mempertimbangkan segala keadaan/situasi dan kemampuan ahli-ahli keluarga @Lambaian, inilah hasil terbaik yang dapat kami aturkan untuk kawan-kawan semua memandangkan setakat ini kami belum mendapat sumbangan/tajaan dari mana-mana pihak.

Dengan penuh harapan kami menjemput kawan-kawan untuk hadir dan merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama & Hari Keluarga @Lambaian 2009 (PERINTIS @Lambaian 2009) yang akan diadakan seperti berikut:-

1. Tarikh : 6 & 7 June 2009

2. Tempat : Glory Beach Resort Port Dickson, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson

3. Bayaran :

i) Bujang (7 org/Apartment) = RM115.00 seorang

ii) Famili (2 dewasa dgn kanak-kanak bawah 4 tahun) = RM258.00*

* Sila maklumkan pada kami bilangan anak-anak yang akan turut serta.

Apa yang kawan-kawan dapat dari harga yang kami tawarkan diatas adalah:-

Ø Penginapan adalah apartment 3 bilik (2 bilik dgn 2 katil single dan 1 bilik katil single) yang dilengkapi dengan television, peti ais, telefon, air-cond, kettle, sofa dan meja makan
(Kami telah menempah 10 buah apartment dengan anggaran kehadiran 50 org)

Ø Makanan:-
- 1 X Breakfast
- 2 X Lunch (Nasi Ayam/Nasi Tomato termasuk minuman)
- Makan Malam BBQ

MENU BBQ

Appertizers :
Rojak buah-buahan,Lettuce,cucumber,carrot,tomato,1000 Island dressing, tartar sauce.
Soup :
Cream of Mushroom Soup
Grilled Item :
Grilled fish, chicken sausages, marinated chicken, marinated beef, marinated lamb
Sauce :
BBQ, Black paper, air asam, mint, chilli
Hot Item :
Potato wedges, fried rice Chinese style, chicken curry
Dessert :
mixed fruits, assorted pudding & jelly, slices cakes
Cordial

Ø Penggunaan percuma:-
- Swimming Pool (dewasa & kanak-kanak)
- Children Playground
- Changing room
- Gym
- Sauna

Ø Dewan Seminar

Ø Handout rujukan utk AGM (termasuk Draf Perlembagaan @Lambaian)

Ø Cenderahati

4. Tentatif cadangan (sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa)

Hari Pertama - 6hb Jun 2009 ( Sabtu)

01.30tgh/hr Pendaftaran di hotel & Makan Tengahari
03.00 ptg Check-in & khidmat diri
04.00 ptg Taklimat dan sesi suai kenal
04.30 ptg Bersantai bersama (Berkelah sambil bersukaneka)
06.45 mlm Khidmat diri
07.15 mlm Solat Maghrib, Bacaaan Yassin dan Solat Hajat
08.30 mlm BBQ + beberapa aktiviti

Hari Kedua - 7hb Jun 2009 (Ahad)

08.00 pg Sarapan Pagi
09.00 pg AGM & Majlis Penutup
12.00 tgh/hr Check out & Makan Tengahari
02.00 ptg Bersurai

Nota : Kami merancang untuk sesi berkelah tu kita buat style pot luck. Maknanya setiap orang bawa makanan sedikit seorang (x kisah makanan apa) dan kita makan beramai-ramai.
5. Cara Bayaran

1) Bank-inkan bayaran ke akaun Maybank No.: 164490182595 - Nik Norsyilawati Shaban

2) Smskan nama penuh, jumlah bayaran, bilangan yg hadir (bg famili sertakan bil anak) dan waktu transaksi dilakukan ke 017-3819789. Pastikan kawan-kawan menyimpan resit transaksi sebagai bukti dan rujukan. Tanpa resit sebarang refund (jika ada) tidak akan dilayan.

@

3) Emailkan resit pembayaran ke syilahaizal@yahoo.com

Diharap kawan-kawan dapat menjelaskan bayaran sebelum atau selewat-lewatnya pada 14/05/2009. Hubungi kami segera sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan tempoh bayaran. Kami akan cuba membantu setakat yang mampu agar kita semua dapat menjayakan program kali ini.

Kita semua adalah PERINTIS kepada penubuhan @Lambaian secara rasmi. Idea dan pandangan kita semualah yang akan menentukan identiti, halatuju, bakal Exco @Lambaian dan langkah seterusnya.

Kami semua sebagai pelaksana amat mengharapkan kehadiran kawan-kawan semua agar segala kudrat dan sumbangan ikhlas kami tidak sia-sia begitu saja. Niat kami hanya satu, supaya kita semua mempunyai platform untuk mengeratkan semula silaturrahim yang telah terputus dan kita dapat melakukan aktiviti bersama yang boleh memberi manfaat kepada ahli-ahli @Lambaian, UTM dan masyarakat amnya.

Sebarang pertanyaan kawan-kawan boleh juga menghubungi AJK Penaja @Lambaian yang lain (terpulang kepada keselesaan masing-masing).

P/S : Sekiranya ada di antara kawan-kawan tidak menerima sebarang sms dan email berkaitan perkara ini, ia adalah tidak disengajakan. Harap maklum.

- JUMPA ANDA DI GLORY BEACH RESORT NANTI -

Isnin, Mei 04, 2009

Secangkir Kenangan "Secangkir Kasih"

Assalammualaikum warahmatullah..
Semoga kita semua dalam redha-Nya dalam setiap gerak geri...

Mengimbau kembali.. sebahagian dari pengalaman yang mematangkan.. secangkir kenangan...

17 Ogos 2007, giliran malam menggantikan siang, berkumpullah sejumlah muda-mudi di Dewan Astana bagi persiapan terakhir untuk satu hari bersama sekumpulan insan lain di luar kampus keesokannya. Merapatkan ukhuwah sesama sendiri, mensenarai-akhirkan segala butiran aktiviti, membungkus hadiah sebagai buah tangan dan menenangkan jiwa untuk menyerahkan fikiran dan hati sepenuhnya bagi setiap amanah.

~Menyusun 'hamper'~

Setiap simpati yang sepatutnya menitiskan air mata disimpan rapi dalam jasad muda demi kelihatan ceria di hadapan warga Rumah Seri Kenangan, sehari suntuk 18 Ogos 2007 itu.

~ Menunggu majlis perasmian program~

Selain beramah mesra secara rawak, menyelami hati dan 'warming up' perhubungan antara yang kesepian dan yang sudi mengisi kekosongan, pelbagai aktiviti bersama disusun dan dijayakan agar senyuman lebih lebar terukir di bibir mereka yang sedang dimamah usia. Dari memancing 'hidupan laut kertas' dan memasukkan benang ke dalam jarum yang bersuasana seperti sukaneka sehinggalah ke acara penyampaian hadiah untuk semua yang turut serta, telatah mereka tak ubah seperti anak-anak, yang manja, mahukan perhatian, mahu diraikan.. Benar, hidup ini umpama roda. Tak kurang yang benar-benar mengikut arus 'roda', ada juga yang berwajah hambar, mengharapkan perhatian lebih daripada itu... bukan dari anak-anak yang tidak pernah dikenali, tapi dari anak-anak yang dibesarkan dengan jari jemari sendiri.

Besar sungguh kesanggupan anak-anak muda asing itu, yang datang berbual bertanya khabar, mendengar cerita, memujuk agak sabar, memotongkan kuku, dan menahan sebak sepanjang hari tersebut walau tak kurang juga yang berusaha keras menangkis 'layanan terlalu mesra' warga tua lelaki yang kurang 'malu'nya. Kehidupan sebenar pakcik-makcik di rumah kebajikan itu tersingkap sedikit demi sedikit.
Samada menimbulkan keinsafan yang lebat,
kemarahan-buat-si-tidak-bertanggjawab yang sarat,
atau kekaguman atas ketabahan yang hebat,
semuanya adalah pengalaman yang berharga sangat..
untuk dikenang sepanjang hayat..
dibuat pedoman agar diri tak menjadi manusia yang lupa darat..

~ Tempat menenun, menambah kesibukan~

~"Jangan balik..." pakcik tu tahan~

Ceria sepanjang hari.. 'sporting' dikata orang.. semuanya mampu memberi kesan pada hati yang terbuka untuk belajar daripada apa yang dilihat.

Bertambah lagi satu 'banner' program Kelab Lambaian Masyarakat, bertambah lagi kad matriks program untuk kenangan.. bertambah lagi bekalan untuk terus 'berkhidmat'.. sempena program Secangkir Kasih, jasa kusemai, kasih kutuai..


Mampukah kita buktikan bahawa semua kasih yang disemai (oleh ibu bapa kita) mampu dituai (daripada kita)?


(klik sini)--untuk diskusi di Friendster, KLM's Group sehabis program
*ALAMAK, friendster dah tutup..

Sabtu, Mei 02, 2009

Check handphone anda sekarang...!!!

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.

Kisah Pertama Kau dan Aku

Assalammualaikum warahmatullah..

Pada beberapa hari lepas, aku ada baca satu blog.. yang menceritakan satu kisah.. Kemudian aku berfikir.. "macam pernah ku dengar cerita ini.. tapi di mana ya...?"

aku fikir punya fikir.. (tak lah lama sangat sebenarnya aku fikir.. sekejap je pun..) yeah! aku dah ingat dah.. pada hari temuduga untuk menjadi ahli KLM.. ya.. pada hari itu!

aik? macam mana hari temuduga boleh dengar-dengar cerita? haaa.. semasa menunggu giliran ditemuduga.. aku ingat juga situasi aku ala-ala nervous (poyo je kan nak nervous.. hahaha) dan ditenteramkan oleh seorang jejaka bernama abang Pilo.. hehe.. dan, cerita daripada seorang jejaka yang sangat bersungguh-sungguh gayanya, teratur kata-kata, penuh perasaan ekspresi muka dan intonasi suara yang sangat menarik perhatian.. cerita dari pengantin baru kita, abang Wak..

apa cerita dia? haaa..

"adik-adik nak dengar satu cerita tak?"

"nak...!!" hello.. kita kan akan ditemuduga.. takkan la pengarah kelab tanya nak dengar cerita ke tak, kita nak jawab tak nak kan?

"okay, abang Wak nak cerita ni... pada suatu hari..."

*ceritanya bermula******************************************

pada suatu hari, ada satu perlumbaan menaiki tangga yang saaaannggaaaaattt tinggi.. perlumbaan itu disertai oleh katak-katak.. banyak binatang datang untuk tengok perlumbaan tu..
perlumbaan pun dimulakan..
1...2... 3...!!
katak-katak semua melompat.. melompat.. melompat.. bayangkan lah.. tangga banyak.. tinggi... melompat.. melompat..
(abang Wak bercerita dengan mimik muka katak yang penat untuk menaiki tangga.. hehehe)

binatang-binatang di sepanjang track tu bersorak.. nak tau apa sorakan yang ada?
"wei.. dah la wei.. tangga ni tinggi la.. !! korang takkan dapat habiskan punya lah.. korang mesti penat la woi.. berhenti la woi.. jangan buang masa.. jangan buang tenaga..."
(abang Wak menyebut dialog satu persatu dengan jelas dengan mimik muka sangat real dan meletakkan tangannya di mulut persis tarzan...)

then, ada katak yang putus asa..
"ha ah la.. tak larat lah.. malas la aku buang masa.. baik aku berhenti.."

tinggal lah dua katak lagi..
(tak silap aku, ada tiga katak kalau ikut cerita pengantin baru ni..)

melompat lagi, melompat.. daaaaannn terus melompat..
(sambil membuat gaya lompat tak lompat, lari tak lari..)

"udah-udah la tu.. ko kecik, tangga ni tinggi lagi.. mana boleh katak habiskan perlumbaan ni... wooii.. dah la woooii.. balik la woooii... sudah la..."
(semua adik-adik yang sedang tunggu giliran ditemuduga tekun, termasuk lah aku..)

"huh, tak larat aku lah.. biar la sekor katak ni sorang-sorang panjat.. "(maksud aku, sekor-sekor)
"hilang akal agaknya katak yang satu ni.."

seekor katak lagi berputus asa..
lompat.. lompat..
huh..
akhirnya..
katak yang satu ni pun sampai ke garisan penamat..
dan dialah pemenang perlumbaan tu..

(aku masih tekun, menanti, apa yang jadi lepas ni? kenapa abang Wak ni cerita pasal katak kat DSK ni? huhu..)

kenapa katak tu menang? macam mana katak tu boleh sampai ke puncak?
(abang Wak bertanya.. ek allo.. dia tanya kita pulak.. hmm.. kenapa ek..?)

"sebab dia pekak..!!"
(adus.. diorang ni buat lawak pulak abang tu tanya..)

haaa.. betul..!
(wah.. memang tu ke jawapannya?.. hmm.. )

*******************************************************

okay.. begini lah serba sedikit... terima kasih kepada abang Afiq kerana menge-post alkisah ini di blog beliau, membuatkan aku teringat balik kisah ini.. hehehe.. ini hanyalah penceritaan semula aku berdasarkan ingatan aku terhadap situasi dalam dewan pada petang temuduga tersebut. versi bertulis yang lain, boleh tengok di blog abang Afiq, (klik sini). untuk mendapatkan 'gorengan' cerita sekali..

itu lah dia..
cerita pertama yang aku dengar daripada warga Lambaian..
cerita yang diakhiri dengan "the moral value of the story is..."
kisah pertama yang buat aku faham, apa maksud bercerita dan menggoreng sebagai seorang warga Lambaian..
ini lah dia..
kisah pertama kau dan aku (kau = Kelab Lambaian Masyarakat)

p/s saje je nak poyo-poyo buat tajuk macam ni.. ahakz.. thanks again to abang Afiq membuatkan ain mengimbau alkisah ini.. ;)

Jangan lupa, AGM pertama 6-7 Jun 2009. Kali ini harap penyertaan semua. Yang tak dapat datang Sabtu, datang je hari Ahad. Sempat lagi masuk mesyuarat AGM. in focus-->(klik di sini) perhatian-segera-1st-agm-hari-keluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's