"Uncle, kalau sini budak-budak universiti mau datang, boleh tak?"
"Boleh, boleh, memang boleh!"
"Nak kena buat surat kepada Uncle?"
"Ya, buat surat, ini alamat...", Uncle T'ng hulur kad nama.
"You tulis bila mau datang, berapa ramai.."
"Okay.. Uncle, kalau kami datang, Uncle suka kami buat apa? Gotong-royong kemas ini rumah.. bersihkan ke, tanam pokok ke, cat ke, tolong apa-apa ke, atau buat aktiviti sama penghuni?"
"Eh, you olang tak payah nak bersih-bersih, tanam pokok.. kita ada pekerja buat itu semua.. you olang datang borak-borak sama penghuni pun sudah cukup"
"Borak saja? Boleh buat aktiviti-aktiviti?"
"Ya.... penghuni sakit ma.. bosan.. kesian.. dia olang suka olang datang borak-borak sama dia olang.. itu saja sudah cukup buat penghuni suka... hati senang... Tapi kalau mau buat aktiviti-aktivit sama dia olang pun boleh..."
Itu antara isi perbualan aku dengan Uncle T'ng, salah seorang orang kuat Rumah Cheshire. Serius, keterbukaan Uncle T'ng sangat mengharukan. Datang borak-borak saja sudah cukup. SUDAH CUKUP!
Ada penghuni yang ditinggalkan keluarga kerana dianggap beban.. atau memang sebatang kara... bukan saja kurang kemampuan fizikal, tapi kurang perhatian dan sokongan keluarga. Itu sakit, dan mungkin lebih sakit. Sebab tu datang borak-borak saja, SUDAH CUKUP.
~18 Disember 2011~
Kehadiran adik-adik yang kebanyakannya tahun 1 KLM ke Rumah Cheshire mungkin tak dapat pulihkan mana-mana yang kurang pada anggota fizikal penghuni, yang lebih kurang 30 orang, dari lingkungan umur remaja sehingga 60-an, tapi bak kata Uncle T'ng, penghuni hati senang.
Nama program, Issho, yang jika diterjemahkan daripada bahasa Jepun, bermaksud bersama (together). Ini hari bersama mereka =)
Tak semua yang mampu kami faham bual bicaranya. Ada seorang Uncle tu, bila tengok keadaan sangat meriah, dia panggil beberapa orang, seorang demi seorang, akhirnya aku, untuk dia beritahu sesuatu. Ceritanya panjang. Nadanya teruja, matanya bercahaya, tanda nak kongsi cerita gembira. Tapi aku tak faham sepatah kata, aku cuma angguk dan senyum, cuba ikut apa dia rasa, cuba faham apa dia 'cerita'. Sampailah bila aku melutut, supaya aras mata aku sama denga aras mata dia yang duduk di atas kerusi roda, nada cerita dia dah tukar kepada lagu sedih. Uncle, maafkan saya, saya tak faham cerita Uncle, tapi terima kasih, Uncle sudi cerita dengan saya. Uncle, maafkan saya.
Bila fikir semula, kalau aku bercerita atau meluah rasa, kemudian orang tak faham aku atau abaikan perkongsian aku, hurm...sedih kot. Terasa diabaikan, dipandang tak penting. Tapi bila teringat pakcik tu.. Hurm.. Ya Allah, forgive me when I whine..
Seorang berjalan gunakan tongkat.
Seorang lagi duduk tenang di atas kerusi roda.
Seorang yang lain, terlentok muram, mengalir air liur sendiri yang tak mampu dikawal di pinggir bibir.
Terdiam. Bermacam-macam rasa.
Aku
mampu kawal langkah kaki, depa tangan, ikut apa yang aku mahu. Aku
mampu menoleh ke arah mana yang aku hendak. Aku mampu lontar kata-kata
jelas, siap ada intonasi, mampu kawal segala gerak tubuh, termasuk air
liur sendiri yang tak perlu aku fikir panjang bila masa aku nak teguk.
Memang Uncle T'ng kata, borak-borak saja cukup. Namun tak sia-sia adik-adik KLM yang kreatif lagi inovatif menyediakan macam-macam aktiviti menarik untuk penghuni-penghuni, ikut minat mereka. Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti banyak berjalan lancar, dan nampak wajah-wajah gembira, hati pun senang =)
*main makan-makan (",)*
*main alat-alat muzik dan main nyanyi-nyanyi*
Berapa banyak main daaaa... Alhamdulillah, program berjalan lancar dan insyaAllah, upgrade dalam hati tambah sebab untuk bersyukur kepada Yang Maha Mencipta.
Mungkin hari ini aku mampu suap makanan sendiri tanpa susah payah berfikir, di mana mulut.
Hari esok?
Hari esok?
Sudah cukup?
2 ulasan:
ain.. baru hari ni aku baca pasal issho. setelah share first hand info from the horse's mouth, tambah dgn penulisan kat blog ni aku rasa ni penulisan kedua yg berjaya sampai ke dalam hati lepas program soul fusion.
good job kepada program issho
Thanks Abg Azwar sebab baca dan komen..
Tiba2 rasa nak berlagak.. Soul Fusion pertama dan issho pertama, ain terlibat dalam perancangan awal program.. keh keh keh..
mungkin salah satu sebab, ain boleh feel dan tulis kot.. mudah2an yang membaca dapat apa yang ain dapat, atau mungkin lebih..
thanks..
Catat Ulasan