Isnin, April 23, 2012

Sudah Cukup : ISSHO, Rumah Cheshire Johor

~25 September 2011~

"Uncle, kalau sini budak-budak universiti mau datang, boleh tak?"
"Boleh, boleh, memang boleh!"
"Nak kena buat surat kepada Uncle?"
"Ya, buat surat, ini alamat...", Uncle T'ng hulur kad nama.
"You tulis bila mau datang, berapa ramai.."
"Okay.. Uncle, kalau kami datang, Uncle suka kami buat apa? Gotong-royong kemas ini rumah.. bersihkan ke, tanam pokok ke, cat ke, tolong apa-apa ke, atau buat aktiviti sama penghuni?"
"Eh, you olang tak payah nak bersih-bersih, tanam pokok.. kita ada pekerja buat itu semua.. you olang datang borak-borak sama penghuni pun sudah cukup"

"Borak saja? Boleh buat aktiviti-aktiviti?"
"Ya.... penghuni sakit ma.. bosan.. kesian.. dia olang suka olang datang borak-borak sama dia olang.. itu saja sudah cukup buat penghuni suka... hati senang... Tapi kalau mau buat aktiviti-aktivit sama dia olang pun boleh..."

Itu antara isi perbualan aku dengan Uncle T'ng, salah seorang orang kuat Rumah Cheshire. Serius, keterbukaan Uncle T'ng sangat mengharukan. Datang borak-borak saja sudah cukup. SUDAH CUKUP!

Ada penghuni yang ditinggalkan keluarga kerana dianggap beban.. atau memang sebatang kara... bukan saja kurang kemampuan fizikal, tapi kurang perhatian dan sokongan keluarga. Itu sakit, dan mungkin lebih sakit. Sebab tu datang borak-borak saja, SUDAH CUKUP.


~18 Disember 2011~

Kehadiran adik-adik yang kebanyakannya tahun 1 KLM ke Rumah Cheshire mungkin tak dapat pulihkan mana-mana yang kurang pada anggota fizikal penghuni, yang lebih kurang 30 orang, dari lingkungan umur remaja sehingga 60-an, tapi bak kata Uncle T'ng, penghuni hati senang.

Nama program, Issho, yang jika diterjemahkan daripada bahasa Jepun, bermaksud bersama (together). Ini hari bersama mereka =) 

Tak semua yang mampu kami faham bual bicaranya. Ada seorang Uncle tu, bila tengok keadaan sangat meriah, dia panggil beberapa orang, seorang demi seorang, akhirnya aku, untuk dia beritahu sesuatu. Ceritanya panjang. Nadanya teruja, matanya bercahaya, tanda nak kongsi cerita gembira. Tapi aku tak faham sepatah kata, aku cuma angguk dan senyum, cuba ikut apa dia rasa, cuba faham apa dia 'cerita'. Sampailah bila aku melutut, supaya aras mata aku sama denga aras mata dia yang duduk di atas kerusi roda, nada cerita dia dah tukar kepada lagu sedih. Uncle, maafkan saya, saya tak faham cerita Uncle, tapi terima kasih, Uncle sudi cerita dengan saya. Uncle, maafkan saya.

Bila fikir semula, kalau aku bercerita atau meluah rasa, kemudian orang tak faham aku atau abaikan perkongsian aku, hurm...sedih kot. Terasa diabaikan, dipandang tak penting. Tapi bila teringat pakcik tu.. Hurm.. Ya Allah, forgive me when I whine..

Seorang berjalan gunakan tongkat.
Seorang lagi duduk tenang di atas kerusi roda.
Seorang yang lain, terlentok muram, mengalir air liur sendiri yang tak mampu dikawal di pinggir bibir.

Terdiam. Bermacam-macam rasa.

Aku mampu kawal langkah kaki, depa tangan, ikut apa yang aku mahu. Aku mampu menoleh ke arah mana yang aku hendak. Aku mampu lontar kata-kata jelas, siap ada intonasi, mampu kawal segala gerak tubuh, termasuk air liur sendiri yang tak perlu aku fikir panjang bila masa aku nak teguk.
Memang Uncle T'ng kata, borak-borak saja cukup. Namun tak sia-sia adik-adik KLM yang kreatif lagi inovatif menyediakan macam-macam aktiviti menarik untuk penghuni-penghuni, ikut minat mereka. Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti banyak berjalan lancar, dan nampak wajah-wajah gembira, hati pun senang =)

*Main belon*

*main bola, main posing-posing depan kamera*

*main lukis-lukis, main warna-warna*

*dan main buat kad.. buat tanda kenang-kenangan bersama-sama*



*main makan-makan (",)*



*main alat-alat muzik dan main nyanyi-nyanyi*

*main bagi-bagi cenderahati*

Berapa banyak main daaaa... Alhamdulillah, program berjalan lancar dan insyaAllah, upgrade dalam hati tambah sebab untuk bersyukur kepada Yang Maha Mencipta.


Mungkin hari ini aku mampu suap makanan sendiri tanpa susah payah berfikir, di mana mulut.
Hari esok?




Sudah cukup?

Khamis, April 19, 2012

Tahniah Sempena Perkahwinan (Bahagian 2)

Assalammu'alaikum dan hai semua!!!

Ya, dah nak 4 bulan pun tahun 2012, baru nak buat post tahniah sempena perkahwinan punya sambungan untuk warga @Lambaian.. ya, terlambat untuk yang kahwin pada separuh masa kedua 2010 hehehe... tapi, better late than never, kan? Bukan apa, tiba-tiba tertengok gambar-gambar kahwin.. Semak punya semak, edisi pertama ucapan tahniah sempena perkahwinan ni dibuat Julai 2010 dulu.. Kalau tak pernah tengok, ini dia ;

Tahniah Sempena Kahwin & Tunang (klik sini)

Disebabkan akhir bahagian 1 tentang cerita majlis tunang Kak Ikien dan Abang Black (batch Lambaian 2003), maka, kita mulakan dengan Walimatul Urus mereka di Rumah Alumni, UTM.

Nasib baik tak roboh pelamin. Berapa round makan aku kat sini, tak ingat... mau 4 meja digunakan untuk satu-satu warga Lambaian (maksimum) sempena majlis ni. Pertama, meja makan round pertama. Kedua, meja makan round kedua (menu lain ya). Ketiga, meja makan dekat jusco taman U. Keempat, meja makan dekat pisang dan cendawan goreng taman U.

*Meja keempat... Dalam gambar ni, semua Lambaian batch 2004.. Alamak, rindu tiba-tiba*

Dah ada baby dah pun abang Black dan kak Ikien... Cerita baby? Nantilah, minta izin mak bapaknya dulu. Macam artis-artis kan, kalau gambar-gambar baby susah sikit nak lepas kat orang awam kan. daaa~

Haaa.. cakap pasal baby, nampak sangat post ni keluar lambat sampai orang dah berbaby kan.. Ada lagi yang dah ada baby, tapi aku baru nak letak gambar mereka untuk ucapan tahniah dengan rumah tangga yang di bina.. Tadaaa...!

Abang Zairi (Lambaian 2003) dan isteri. Masa ni, kak Liza (isteri Zul, Lambaian 2003) tengah comel bawa baby dalam perut lagi heheheh.. Comel!!! Geram aku kan!

Eh, ini bukan post baby, ini post gambar kahwin, okay, Ain, back to the track. Seterusnya, pasangan Lambaian yang seterusnya, Afzan!!!! Yang ini, suaminya, Fawzan dah beberapa aktiviti @Lambaian kot dah ada muka dia ni.. tak malu! Hehehe =p Tak tak, dia sporting! Tunggu hari je Afzan ni kan! Semoga sihat-sihat dan selamat hendaknya ya. Ini gambar dengan @Lambaian yang hadir... jeng jeng jeng...

*Sopan semua... nak-nak yang tidur lena, Ayman hehehe*

Selain Afzan, ada lagi seorang yang sama batch dengan aku, iaitu... Mai!!!!!

Memperkenalkan, suami Mai hehehe.. Amin... yang lain-lain tu, kawan-kawan aku dan Mai, tapi diorang ni selalu je dengar cerita aku pasal Lambaian. Ada kot yang kenal? Aku kan kepoh bercerita. Lalalala....

Selain walimatul urus Afzan, ada lagi keluarga Lambaian lain yang aku harap dapat tengok diorang kahwin, tapi aku tak dapat tolong membirah sama... tak mampu berada di tempat kejadian.. sob sob sob.. Iaitu, pasangan Abang Sport (tu dia.. orang kuat @Lambaian dah jadi raja) dengan Nad, doktor yang cantik =D

Majlis pasangan ni ada banyak gambar syok-syok.. tapi aku belum sempat curi lagi.. siap banner bagai semua.. nanti aku godek-godek ye... Dan, pasangan kedua, Abang Pilo dan isteri...

*COMEL lah diorang ni!*

Dan juga, pasangan Lambaian Rai dan Azali, dua-dua batch 2005. Aku curi gambar ni.. Sebab, diorang sweet!!

Aku saja nak tunjuk gambar pengapit yang overexpose hahahaha.. Encik dan Cik pengapit, iaitu Aufa dan Khaizan!!

Dan ada satu majlis perkahwinan yang aku sangat teruja nak kongsi. Perjalanan nun sampai ke Kedah dan sangat berbaloi... sebab.... seingat aku lah, aku tak pernah makan kek kahwin tau..! Kek yang dipotong pengantin masa majlis perkahwinan... Ini pertama kali!!! (aku fikir lama-lama, sah, ni pertama kali)

Aku pilih gambar ni sebab ada subjek yang dimaksudkan, KEK KAHWIN! Ini dia, pasangan Aemi dan Abang Din. Ramai juga Lambaian yang datang, nak-nak batch Aemi (2005)

Dengan ucapan.... TAHNIAH!!! Semoga rumah tangga yang dibina menjadi penenang jiwa.. punca bahagia, dunia dan akhirat.. amin... =)

Sekarang.. siapa lagi?


**Terima kasih untuk koleksi gambar yang menyertai post kali ini... gambar-gambar daripada akaun Facebook masing-masing... PEACE!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's