Khamis, Mac 31, 2011

SBL2011 : 16 April (program) & 9 April (induksi)

Spend your 5 minutes please ;) Berbaloi-baloi!

Perkongsian tentang pengalaman alumni UTM (alumni kelab lambaian masyarakat KTC) berikut menanti!!!:
  1. Senior software engineer :Nokia Siemens Network
  2. Senior Lubricant engineer : HT Lubricant Sdn Bhd (Autorized Distributor of Mobil Lubricant)
  3. Software engineer : Panasonic
  4. Senior Financial Executive : Public Bank Berhad
  5. Guru bahasa Inggeris (TESL)
  6. Guru pelajar OKU
  7. Tutor UTM - Elektrik; Sains
  8. Staf pentadbiran UTM
  9. Pensyarah UniKL (Mekanikal)
  10. Pensyarah UiTM (Sains)
  11. Penguasa Kastam : Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  12. Media Prima Executive
  13. Oil & gas turnkey project engineer : Libra Perfex Precision Sdn. Bhd. (Petronas licensee, TNB licensee)
** senarai di atas akan terus di-update mengikut pengesahan kehadiran para alumni

Haaaaa- Apa cerita ni?

Selepas kejayaan SBL : MSKK (Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang Kerjaya dengan Kami) pada Februari 2010 yang lepas; dan mendapat maklumbalas positif daripada adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat (KLM); klien dari bukan ahli KLM; serta sokongan padu daripada Unit Perhubungan Alumni UTM; SBL datang lagi untuk tahun 2011 ini!

*Sebahagian @Lambaian dan peserta SBL 2010*

*SBL pertama dan @Lambaian hadir ke ABC dalam buletin Unit Perhubungan Alumni (klik untuk cerita over)*

Nama Program : Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang
Kerjaya dengan Kami
2011 (SBL2011:MSKK)
Tarikh Program : 16 April 2011 (Sabtu)

Masa Program : 8:00 pagi - 6:00 petang
Tempat Program : PULAU (Pusat Latihan UTM)


Haaa mesti ingat pulau mana kan hehehe dekat-dekat kolej 17 ni-

Bagi merealisasikan hari-sharing-is-caring yang merangkumi ;
  1. Perkongsian tentang kerjaya (Industri; Akademik; Bidang Perniagaan & Pengurusan)
  2. Pengalaman mencari kerja & latihan industri
  3. Latihan temuduga & resume
  4. Lain-lain bekalan sebagai bakal graduan
  5. Isu-isu lain (kerja dulu atau sambung belajar? peluang dan cita-cita?)
kami urusetia program SBL2011 menjemput warga @Lambaian dan adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat untuk sama-sama memeriahkan suasana; gegarkan PULAU!

Dear warga @Lambaian;
  1. dijemput hadir sebagai Fasilitator @ Penemuduga @ Penilai Resume @ Panel Forum kerjaya @ Penceramah (akan dipandu supaya tidak terpesong dan beri ajaran sesat muahahaha)-
  2. berminat berkongsi? free? telefon @ SMS :::: Syila :::: 016-6317131 @ email ::: syilahaizal@yahoo.com ASAP!
  3. induksi pada 9 April (Sabtu) 2 petang-9 malam di Bilik Mesyuarat Rumah Alumni UTM
  4. boleh hadir induksi sahaja untuk membantu pengisian atau sekadar memeriahkan suasana walaupun tak dapat hadir program; macam tak biasa pula menyemak menyemak kan
  5. Buat peminat Facebook ::: event created for @Lambaian members
Dear adik-adik KLM atau pelajar UTM :
  1. Yuran Peserta KLM : RM7/org Yuran Peserta Bukan KLM : RM10/ org
    (Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang, Handout, Sijil, Kad Matriks, Cenderahati serta Penilaian Resume)
  2. Bagi peserta KLM; Hubungi pengarah KLM sendiri; Sdra Amir Hasrul :::013-7197439
  3. Bagi peserta bukan KLM; Hubungi Sdra Syazwanul Badri ::: 0177732723
  4. Beritahu :
    1. Nama Penuh
    2. No. KP
    3. Kursus
    4. Alamat emel
    5. Berkenderaan sendiri @ tidak untuk ke PULAU (dekat koleh 17)
    6. Emailkan resume adik2 kepada syilahaizal@yahoo.com selewat-lewatnya 10 April (kakak2 & abang2 berkenaan sempat lah nak study resume adik-adik kan)
    7. Nyatakan Jawatan yg ingin dipohon bila tamat belajar (cth: site engineer, lecturer, sales engineer, pensyarah etc)
    Buat peminat Facebook ::: event created for participant


*** 16 April malam itu pula ada jamuan akhir semester KLM- klik link berikut di FB Jamuan Akhir Tahun KLM dan Alumni 2011 untuk maklumat lanjut dan RSVP ;)

Isnin, Mac 07, 2011

Sepasang Warga Lambaian Nak Kahwin 12 Mac ini!!! (Aemi & Burhanuddin - Kedah)


Assalammu'alaikum warahmatullah...

Nampaknya berturut-turut post tentang 1Heart 1Lambaian yang beragendakan Hari Keluarga dan AGM ke-2 ya.. Sungguhpun kehangatan kenangan manis membirah masih dirasa.. Group di FB masih ada yang dikomen sana-sini sepanjang minggu lepas secara aktif... Gambar-gambar yang diupload melalui akaun FB beberapa orang yang rajin masih belum selesai aku tenung.. Tapi perkara yang bukan tentang 1Heart 1Lambaian juga masih perlu ditulis di sini. Bukan perlu, tetapi sangat perlu! Sekarang! Ya, sekarang!

Jemputan walimatul urus datang lagi!

Majlis perkahwinan Aemi Syazwani (KLM batch 2005) dan Burhanuddin (KLM batch 2002, kot..) akan berlangsung pada (macam ala-ala siaran langsung pulak kan) ;

Sabtu
12 Mac 2011
Jalan Kulala Kedah, Alor Setar, Kedah



Ini dia kad jemputan yang Aemi kirim pada aku untuk disebar-sebarkan semasa program 1Heart 1Lambaian tetapi... AKU LUPA!!!

Aku nak ikut rombongan dari KL.. Jom konvoi! Atau jumpa di sana....!!!!

Kepada Aemi dan Abang Din, SELAMAT KAHWIN!!!

Rabu, Mac 02, 2011

Exco 2011/2013 Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian)

Setelah berlalunya AGM ke-dua @Lambaian pada 27 Februari 2011 yang lepas, berikut merupakan Jawatankuasa Exco Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian) yang baru dipilih:

Pengerusi : Muhammad Adam 
Timbalan Pengerusi : Mohd Nadzrul Mohd Nor
Setiausaha Kehormat : Nurashikin Aizad Abd Aziz
Timbalan Setiusaha Kehormat : Nor Ain Husein
Bendahari : Noorafzan 
AJK 1 : Ahmad Nabil
AJK 2 : Khairul Nizam
AJK 3 : Atikah Zainal



Secara amnya, proses pengundian berjalan lancar dengan 23 ahli/ahli bersekutu @Lambaian yang mengundi. 2 posisi utama tidak berubah walaupun saingan untuk posisi Pengerusi agak sengit dengan keputusan 1 undi memisahkan Adam dan Nadzrul. 

Posisi Timbalan Pengerusi pula kelihatan begitu tersebar undiannya dengan bilangan pencalonan tunggal teramai dalam kategori ini. Walaupun begitu Nadzrul juga tidak menang mudah dengan hanya kelebihan 1 undi bila disaing rapat oleh Nabil dan Ain. 

Posisi Setiausaha Kehormat menjadi milik Ikin Aizad juga dengan kelebihan 1 undi berbanding Ain. Seterusnya memberi laluan kepada Ain untuk menjadi Timbalan Setiausaha selepas Ikin juga meraih undi terbanyak untuk jawatan Timbalan Setiausaha. Nampak betul gaya kesetiausahawanan beliau. 

Jawatan Timbalan Setiausaha tidak diberi secara mudah kepada Ain kerana beliau sebenarnya terikat sama undi bersama Afzan, akan tetapi disebabkan Afzan mengutip undi tertinggi untuk posisi Bendahari, jawatan Timbalan Setiausaha diserahkan kepada Ain. 

Jawatan AJK pula merupakan jumlah pencalonan paling ramai, dengan 17 nama bertanding untuk 3 tempat. Pemilihan AJK merupakan keputusan mengejut di mana calon-calon senior dan bekas Exco @Lambaian terpaksa memberi laluan buat 2 bekas Pengarah KLM, Black dan Nabil yang berjaya terpili. Turut terpilih adalah Atikah yang menunjukan potensi besar bila berjaya memikat perut-perut kelaparan ahli semasa program berlangsung ketika menjalankan tugas AJK Makanan. 

Dengan itu selesai sudah proses perletakan jawatan Exco @Lambaian yang lama dan proses pembentukan Exco @Lambaian yang baru sudah pun bermula. Ada 2 tempat kosong untuk posisi AJK Lantikan, kami sebagai Exco akan berbincang dan memutuskannya bila calon yang sesuai dikenalpasti dan bersetuju menerima tawaran. 

Beberapa fakta tersembunyi menarik sepanjang program 1heart1lambaian dan AGM.

1. Dari awal-awal program, sudah kelihatan unsur cucuk dalam diam bila pemilihan tarikh AGM dan family day jatuh 2 kali (sekali ditunda) pada hari aku kena bekerja / ada event rasmi kompeni. Saja tak nak aku datang kot?

2. Aktiviti petang, terutamanya tarik tali memang bermotifkan 'sesuatu'. Proses Lat-tali-lat (yang mungkin juga konspirasi) menemukan aku dan Sport dalam satu kumpulan dan kami hampir-hampir keputusan nafas di akhir perlawanan. Aku betul-betul rasa nak pensan selepas tarikan kali kedua. Yang mungkin puas dalam acara ini aku rasa pihak penganjur sorang. Tarik sampai nak putus nafas, hadiah gula-gula dan kek apollo? Kalau ini bukan konspirasi, aku tak tahu la apresiasi ke inspira ke apa. 

3. Sport dan Abong bukan sahaja meminta diri untuk keluar dari mesyuarat lebih awal disebabkan urusan perkahwinan rakan, tetapi juga untuk mengelakkan muka mereka diteliti dengan lebih lama sebelum proses pengundian bermula. 

4. Ain adalah calon terpopular dalam proses pengundian. 19 kali namanya atau dengan maksud lain, 19 orang yang hadir dalam AGM menulis nama Ain pada kertas pencalonan untuk jawatan yang berbeza. Selain itu, Ain juga diundi untuk kesemua posisi yang ada. Ini menunjukkan multi-abiliti Ain dan keupayaannya, dia sorang boleh setel semua. Ini mungkin juga atas kesan perilaku Azwar sebelum proses pengundian yang secara terbuka membuat sokongan ke atas Ain. 

5. Jika Ain calon terpopular, naib calon terpopular jatuh kepada Azwar dengan 15 kali namanya dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Agak malang, pencalonan beliau tersebar ke semua jawatan maka Azwar tidak memenangi apa-apa posisi. 

6. Syila yang tidak hadir AGM, walaupun sudah dimaklumkan terlebih awal juga masih menerima pencalonan dari 2-3 ahli. 

7. Keputusan mungkin berubah jika 4 lagi ahli bersekutu turut mengundi. Tetapi mereka mengutamakan anak-anak pasangan mereka demi menjaga kesejahteraan dan kelancaran mesyuarat AGM kali ini.

Semua fakta di atas haruslah dibaca ketika santai dan janganlah membaca terlalu dalam untuk ke semua maksud tersirat atau tersurat. Tak ada maknanya. 

Sekalung tahniah buat yang terpilih terutamanya muka-muka baru. Macam biasa, sila laksanakan tanggungjawab yang diberikan dan kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli yang hadir untuk terus menerajui @Lambaian. Gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu berpersatuan selepas belajar. Sangat lain dan sangat berbeza berbanding di dalam KLM. 

Semua ahli @Lambaian yang hadir juga membuktikan sesuatu. Bak kata Sport, kehadiran ahli ke Family Day dan AGM 'show the commitment in itself'. Tidak perlu dipertikaikan siapa lebih berkomitment, siapa kurang berkomitment. Hanya satu jalan ke hadapan. Bergerak!

Kami juga ingin mengucapkan ucapan takziah buat Usop atas berita pemergian ayah beliau tengahari tadi. Al-Fatihah.


*************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 
 
Jom kita happening-kan blog neh!!
..::email blog::..
  
 ************************************************************************************* 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's