Dalam proses menguruskan program Hari Keluarga @Lambaian 1Heart 1Lambaian; satu hari; aku sampai kepada website Unit Perhubungan Alumni (UPA) dan terus berhubung dengan pegawai berkaitan untuk kemaskini senarai SIG (Special Interest Group) di bawah UPA iaitu memastikan ada persatuan kesayangan kita; Persatuan Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian)- Respon dan tindakan pantas diambil dan kalau kita tengok website UPA (klik sini) sekarang; ada nama @Lambaian dalam senarai SIG dan dah di-link-kan ke blog ini!
Owh yeah!!!
Minggu lepas pula; kami (aku dengan Kak Syila) ke pejabat UPA dan pergi ke rak majalah di dan kami cari buletin UPA yang digembar-gemburkan oleh Abang Azwar semasa Euphoria di Kem Kaizan yang lepas-

Ini dia cover buletin tersebut- Kenapa digembar-gemburkan oleh Abang Azwar dan kenapa dicari oleh aku dan kak Syila?

SILA TENGOK BULETIN TERSEBUT ONLINE di sini-
Okay- Aku memang teruja!
Semoga usaha kita semua mampu terus ditingkatkan untuk kemaslahatan banyak pihak-
Nanti-nanti aku tambah sebarang maklumat yang diperoleh dari UPA ya-
Dan pokok pangkalnya; jumpa di AGM (Annual General Meeting) kedua kita semasa 1Heart 1Lambaian nanti!
Jom jom jom! Pergi 1Heart 1 Lambaian!
Pssssttt Dah bagi nama; bagi saiz t-shirt dan dah buat bayaran ke belum?
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan