Setelah berlalunya AGM ke-dua @Lambaian pada 27 Februari 2011 yang lepas, berikut merupakan Jawatankuasa Exco Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian) yang baru dipilih:
Pengerusi : Muhammad Adam
Timbalan Pengerusi : Mohd Nadzrul Mohd Nor
Setiausaha Kehormat : Nurashikin Aizad Abd Aziz
Timbalan Setiusaha Kehormat : Nor Ain Husein
Bendahari : Noorafzan
AJK 1 : Ahmad Nabil
AJK 2 : Khairul Nizam
AJK 3 : Atikah Zainal
Secara amnya, proses pengundian berjalan lancar dengan 23 ahli/ahli bersekutu @Lambaian yang mengundi. 2 posisi utama tidak berubah walaupun saingan untuk posisi Pengerusi agak sengit dengan keputusan 1 undi memisahkan Adam dan Nadzrul.
Posisi Timbalan Pengerusi pula kelihatan begitu tersebar undiannya dengan bilangan pencalonan tunggal teramai dalam kategori ini. Walaupun begitu Nadzrul juga tidak menang mudah dengan hanya kelebihan 1 undi bila disaing rapat oleh Nabil dan Ain.
Posisi Setiausaha Kehormat menjadi milik Ikin Aizad juga dengan kelebihan 1 undi berbanding Ain. Seterusnya memberi laluan kepada Ain untuk menjadi Timbalan Setiausaha selepas Ikin juga meraih undi terbanyak untuk jawatan Timbalan Setiausaha. Nampak betul gaya kesetiausahawanan beliau.
Jawatan Timbalan Setiausaha tidak diberi secara mudah kepada Ain kerana beliau sebenarnya terikat sama undi bersama Afzan, akan tetapi disebabkan Afzan mengutip undi tertinggi untuk posisi Bendahari, jawatan Timbalan Setiausaha diserahkan kepada Ain.
Jawatan AJK pula merupakan jumlah pencalonan paling ramai, dengan 17 nama bertanding untuk 3 tempat. Pemilihan AJK merupakan keputusan mengejut di mana calon-calon senior dan bekas Exco @Lambaian terpaksa memberi laluan buat 2 bekas Pengarah KLM, Black dan Nabil yang berjaya terpili. Turut terpilih adalah Atikah yang menunjukan potensi besar bila berjaya memikat perut-perut kelaparan ahli semasa program berlangsung ketika menjalankan tugas AJK Makanan.
Dengan itu selesai sudah proses perletakan jawatan Exco @Lambaian yang lama dan proses pembentukan Exco @Lambaian yang baru sudah pun bermula. Ada 2 tempat kosong untuk posisi AJK Lantikan, kami sebagai Exco akan berbincang dan memutuskannya bila calon yang sesuai dikenalpasti dan bersetuju menerima tawaran.
Beberapa fakta tersembunyi menarik sepanjang program 1heart1lambaian dan AGM.
1. Dari awal-awal program, sudah kelihatan unsur cucuk dalam diam bila pemilihan tarikh AGM dan family day jatuh 2 kali (sekali ditunda) pada hari aku kena bekerja / ada event rasmi kompeni. Saja tak nak aku datang kot?
2. Aktiviti petang, terutamanya tarik tali memang bermotifkan 'sesuatu'. Proses Lat-tali-lat (yang mungkin juga konspirasi) menemukan aku dan Sport dalam satu kumpulan dan kami hampir-hampir keputusan nafas di akhir perlawanan. Aku betul-betul rasa nak pensan selepas tarikan kali kedua. Yang mungkin puas dalam acara ini aku rasa pihak penganjur sorang. Tarik sampai nak putus nafas, hadiah gula-gula dan kek apollo? Kalau ini bukan konspirasi, aku tak tahu la apresiasi ke inspira ke apa.
3. Sport dan Abong bukan sahaja meminta diri untuk keluar dari mesyuarat lebih awal disebabkan urusan perkahwinan rakan, tetapi juga untuk mengelakkan muka mereka diteliti dengan lebih lama sebelum proses pengundian bermula.
4. Ain adalah calon terpopular dalam proses pengundian. 19 kali namanya atau dengan maksud lain, 19 orang yang hadir dalam AGM menulis nama Ain pada kertas pencalonan untuk jawatan yang berbeza. Selain itu, Ain juga diundi untuk kesemua posisi yang ada. Ini menunjukkan multi-abiliti Ain dan keupayaannya, dia sorang boleh setel semua. Ini mungkin juga atas kesan perilaku Azwar sebelum proses pengundian yang secara terbuka membuat sokongan ke atas Ain.
5. Jika Ain calon terpopular, naib calon terpopular jatuh kepada Azwar dengan 15 kali namanya dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Agak malang, pencalonan beliau tersebar ke semua jawatan maka Azwar tidak memenangi apa-apa posisi.
6. Syila yang tidak hadir AGM, walaupun sudah dimaklumkan terlebih awal juga masih menerima pencalonan dari 2-3 ahli.
7. Keputusan mungkin berubah jika 4 lagi ahli bersekutu turut mengundi. Tetapi mereka mengutamakan anak-anak pasangan mereka demi menjaga kesejahteraan dan kelancaran mesyuarat AGM kali ini.
Semua fakta di atas haruslah dibaca ketika santai dan janganlah membaca terlalu dalam untuk ke semua maksud tersirat atau tersurat. Tak ada maknanya.
Sekalung tahniah buat yang terpilih terutamanya muka-muka baru. Macam biasa, sila laksanakan tanggungjawab yang diberikan dan kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli yang hadir untuk terus menerajui @Lambaian. Gunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu berpersatuan selepas belajar. Sangat lain dan sangat berbeza berbanding di dalam KLM.
Semua ahli @Lambaian yang hadir juga membuktikan sesuatu. Bak kata Sport, kehadiran ahli ke Family Day dan AGM 'show the commitment in itself'. Tidak perlu dipertikaikan siapa lebih berkomitment, siapa kurang berkomitment. Hanya satu jalan ke hadapan. Bergerak!
Kami juga ingin mengucapkan ucapan takziah buat Usop atas berita pemergian ayah beliau tengahari tadi. Al-Fatihah.
*************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja!
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni.
*************************************************************************************
10 ulasan:
cool betul ulasan abang adam.hehe~
tu la belum start keje secara official ini.
Laporan kewangan programpun tak sempat nak settle kan.
fuhhh>>
Baguih tul summary ni. Anyway, lets strive for SBL next. :)
Wah... nampaknya berjalan dgn sungguh lancar AGM ke-2 kali nie...
Taniah kepada semua MT baru Alumni Lambain Masyarakat...
ulasan yg sgt mudah difahami..caya lah mr pres..
untuk usop..takziah..semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yg beriman..byk2 bersabar dan berdoa ya usop
sesuai betol mr adam sbg pengarah dan seterusnya pengulas program.. santai n sempoi jek..hehhe terang dan jelas...
takziah utk usop sekuage dan al-fatihah untuk ayahandanya...
aura sport mmg hebat la..x payah tunjuk muka masa kira undi pun dh terpilih hehehe
SBL! SBL!
niat nak menggulingkan encik pres gagal sebab dia tetap hadir.. hahahaha..
tahniah buat Mt baru...
bila SBL?
takziah buat usop...
Entah Spot, bila nak SBL? huhu.
Dalam process.... :D
Catat Ulasan