Isnin, Mei 31, 2010

Copy & Paste : Bila Besar Nanti Nak Jadi Apa?

Mungkin ada yang dah baca. Aku saja copy & paste, untuk mewujudkan artikel omputeh di blog ini hehehe.. Layan....

Perhatian : 'Charity Club' yang dimaksudkan dalam tulisan di bawah adalah Kelab Lambaian Masyarakat, kelab kita =) 'The program' yang dimaksudkan ialah, Soul Fusion 2.

*******************************

Call me old, but I have this bad habit of asking the same questions when I first interact with children. I like to call it adult-to-kid-small-talk. The questions usually range from the basic "Nama apa?", "Umur berapa?" to the slightly deeper "Sekarang belajar darjah berapa?". Recently however, I've started to add a few sophisticated questions in to my repertoire of adult-to-kid-small-talk. One of them being the infamous "Bila besar nanti nak jadik apa?".

A few months ago I had the opportunity to join a Charity Club to a visit to a special school for blind children in JB. The school which doubled as a dormitory housed probably around 60 students from pre-schoolers to high school students. The program lasted for 2 days and around 40 students from UTM were there to entertain and motivate the children.

During my period there, I was amazed at how these children behaved despite their disability. I would hold my breath every time I saw students run along the narrow corridors, expecting them to bump in to something or fall when they instead maneuvered skillfully around poles and skipped across stairs as though they could see with each confident step. I was equally amazed on how cheerful the students were, how their condition did nothing to pull them back from enjoying life and the experiences that came hand in hand with them. I guess these are the benefits of being children.

Unfortunately though, I am cursed as an adult. I was left pondering and wondering about the children's future. Every time I looked at their cheerful faces, I couldn't help but wonder the adversities they might and would probably face. Excuse my pessimism, but what idealistic future could sustain these special children? A future that would allow them the same opportunities every other children has and provide them with success equaled to their efforts. I realized with a bad taste in mouth, that the world was far from being ideal. And I wasn't the only one. I could see a number of the facilitators break, their heads bowed slightly, hiding the tears filling up in their eyes.

The program ended with smiles and laughter of course. A few teary outbursts occurred due to the separation but was quickly dried up by the anticipation of promises to yet again meet. Hugs and shakes were exchanged with a mixture of both love and respect from both sides. I would like to believe that we somehow made an impact even though slight on these children's lives. Wishful thinking perhaps, but one can hope.

I wish the best for these children and hope that their futures hold a much more easier path than the one my hampered realistic mind could limitly imagine. Call me weak, but I just didn't have the strength to ask them, "Bila besar nanti nak jadik apa?".

Blogging off....
12 December 2008

Written by : Sport
Source : Blog Sport (macam blogspot dah aku dengar)



Rabu, Mei 19, 2010

AKAUNTAN B'PENGALAMAN DIPERLUKAN SEGERA

Sedikit bantuan untuk seorang teman....
Kepada kawan-kawan yang mempunyai kawan-kawan yang sedang mencari kerja untuk position akauntan, ini ada 1 kekosongan jawatan diperlukan SEGERA.
Details:-
Company : Remittance Company (sending money to all over the worldPost)
Experience : 5yrs - 10 yrs
Days Of Work : 6 Days (Saturday & Sunday compulsory)
Salary : RM3,000 -4,000.00 (neg)
Resume duty : ASAP
Bold
yang berminat sila berhubung terus dengan Ms. Farida di farida_hipnie@yahoo.com

Analisis 'Post' di Blog @Lambaian

Tanpa arahan sesiapa atau sebarang panduan yang didokumenkan, aku tergerak hati untuk meninjau post jenis apa yang kerap dikomen di blog ini. Objektif? Aku tulis kejap lagi.

Komen paling banyak, 24 komen, pada post Perintis Updated oleh Tuan Pengerusi Persatuan Alumni Lambaian Masyarakat kita (boleh klik untuk meninjau).

Berada di tempat kedua (suka-suka hati aku je buat ranking sambil menyandar di dinding batu sebab di rumah sewa aku ni tiada kerusi sofa) pula ialah terdapat 17 komen. Berkongsi kedudukan yang sama, 3 post iaitu :
1. Liputan majlis walimah 'Ainul dan Nabil
2. Wawasan'05, satu siri cerita dulu-dulu tentang satu program khidmat masyarakat (Part 1)
3. Pengumuman (semasa Elya di awal semangat menukar wajah blog @Lambaian)

Di kedudukan ke-3, 16 komen ialah daripada Setiausaha-sampai-mati kita, Pengumuman tentang program Perintis (1st AGM @Lambaian)

Ke-4, pengumuman tentang Mari Hasilkan Banner untuk blog oleh moderator kita, yang ada 14 komen. Manakala ada 12 komen untuk cerita tentang Teka-teki di Lambaian, sejenis cerita dulu-dulu dan review.

Apa yang boleh difahami daripada pemerhatian ini?

Cuba fikir sat..

Fikir lagi...


Cewah, macam soalan cikgu Sains aku masa tingkatan 4. Tentang pemerhatian, hipotesis dan kesimpulan. Aku ingat masa tu, aku jawab salah, dan seorang budak laki tu jawab betul. Aku rasa menyampah tengok muka dia masa tu. hahaha.. budak-budak punya 'persaingan'.

Okay, berbalik kepada pemerhatian aku terhadap post-post di blog ini dan komen-komennya, hipotesis aku, semakin banyak komen wujud pada post yang melibatkan lebih banyak orang. Contoh, bila Encik Pengerusi kita menunjukkan banner program Perintis dengan tulisan yang ringkas untuk tujuan memberi rasa cemburu kepada rakan-rakan yang tak menyertai. Yang suka, yang marah-marah manja, turun bersuara. Begitu juga bila hal walimah 'Ainul dan Nabil, ramai yang turun ke majlis tersebut. Kot...

Selain itu, post berbentuk pengumuman yang memerlukan respon seperti pengumuman Elya semasa proses make over blog, pengumuman untuk program Perintis dalam hal-hal registration, serta post mewar-warkan keperluan banner untuk blog juga antara yang dapat respon banyak.

Namun, post-post liputan dan memerlukan respon ini sebenarnya ada banyak lagi tetapi bukan di sini, di FACEBOOK (zaman semakin memerlukan kepantasan dan kemudah-access-an) Kalau buka group KLM atau @Lambaian di Facebook, ya ampun, tak larat aku nak baca semua komen dan turut respon. Dan respon-respon ini kadang-kadang lebih pantas dan ada umppph bila lepak sama-sama sambil makan-makan, YM atau telefon. Aku rasa lah.. Lagipun, bukan semua orang rajin buka blog, berbanding dengan Facebook kan? Huh, salah aku juga, dah kurang momentum buat liputan aktiviti terkini bersama @Lambaian atau KLM di UTM.

Kemudian, dalam ranking, ada juga post berkaitan cerita dulu-dulu (Wawasan '05 dan Teka teki), yang disambut oleh para manusia yang sudi melayan ceritera-ceritera. Lagipun, kalau nak tulis cerita dulu-dulu, jenuh juga nak letak di Facebook KLM atau @lambaian kan?

Kembali kepada motif memeriksa post dan komen-komen, hmmm.. motif peribadi, nak asah kemahiran yang tumpul tentang membuat analisis data dan mengarang hipotesis kot. Motif untuk masyarakat umum... &^%$%^((*&&^^$#%%$#%%#@@#$%^&*((*&^%^%$##$^*.

Sekian

* Para pembaca dapat fikir apa kelebihan analisis ini tak?

Isnin, Mei 17, 2010

Wawasan'05 ; Air Terjun Tepi Gunung (Part 5)

Air terjun tepi gunung... Tempat orang bermain...

Ingat lagu ini? Atau soalan yang lebih familiar bunyinya, ingat refreshment ini?

Gembira merendam kaki, berehat sambil lihat 'show' iaitu...

Gedebush...!!! Aksi don't-try-this-at-home. Siapa yang tengah terjun, wallahu'alam. Yang pastinya, di tepi tu, tengah tercangkung Sina memikirkan aksi seterusnya.
Senangkah nak sampai ke tempat ini?

Haa.. ceria menapak perlahan.. Aku yakin dua makhluk itu adalah abang Zairi dan abang Black, selain kak Eni watak utama gambar.

Nampak ceria dalam perjalanan kan? Tetapi sebenarnya...

Tinggi wooo... nak panjat.. kerja paling giler di air terjun aku pernah buat!

Suasana serius di saat abang Zairi memberi nasihat lekuk mana yang patut dipegang, dipijak. Aku ingat ada kawasan para perempuan ditarik ke atas dengan sebatang kayu!

Cerita di air terjun tepi gunung.

Abang Din, baju merah, selaku 'kepala' dalam 'pengembaraan ini'. Antara 'nasihat' yang jelas berkumandang semasa aku asyik melihat batu yang harus dipijak ialah, "korang pilihlah nak sayang kasut korang, atau kaki korang. kalau sayang kasut, buka tak nak basah. kalau sayang kaki, pakai kasut" dan "kepada perempuan-perempuan, sila jaga bahagian belakang anda (baju tak terjongket atau seluar tak terlondeh) kerana saya berada di belakang anda"

Semua rakaman detik-detik tersebut membuatkan rasa seronok di air terjun Kampung Tanjung Resang, Mersing kembali segar di ingatan, sesegar kaki yang dicelup dalam air dingin itu. Kawasan air terjun itu belum dijadikan hak awam untuk tujuan pelancongan atau perkhelahan. Masih belum diterokai. Masih jelas 'milik alam'. Seumpama peneroka tepian gunung (errr.. gunung kah? banjaran? bukit?) yang hanya berbantukan adik-adik serta anak muda Kampung Tanjung Resang sebagai penunjuk arah, kami menikmati cantiknya alam. Semangat bantu-membantu teruji, kekuatan fizikal jadi percaturan, kekuatan kata-kata semangat jadi sokongan, sikap pemandu/pemimpin dicabar hebat, displin dan patuh pada arahan jadi sebuah ujian.. Seribu macam pengajaran dalam satu perjalanan, yang pada asalnya hanyalah sekadar untuk hiburan dengan ayat "jom mandi air terjun...!"

Alhamdulillah, tiada yang cedera sepengetahuan aku. Tetapi ada 'parut' tanda ingat pengalaman lepas.

Selasa, Mei 11, 2010

Tentang Laser Lagi...

Patahlah hati...
Teruslah merajuk..
Merajuklah sampai... Merajuklah sampai ke hutan berlukar...

Lagu Melayu asli itu tiada kena mengena dengan sebarang cerita. Aku cuma nak tulis ayat, aku tak menulis sejak dua menjak ini bukan sebab patah hati. Itu saja.. =D

Tetapi momentum secara tak sengaja hilang. Sementara ada tenaga fizikal, mental dan emosi untuk menulis tentang sesuatu yang aku terfikir petang tadi semasa dalam bas ekspress dari Melaka ke Johor, baik aku tulis.

(Aku memulakan penulisan masa aku baru sampai Johor, Selasa lepas)

Aku membaca buku 'Rindu Bau Pohon Tin' tulisan Ustaz Hasrizal satu bab demi satu bab dalam bas, berselang-selikan memandang deretan pokok di sepanjang lebuh raya supaya mata tak letih dan dahi tak pening dek huyung hayang si bas ekspress. Tiba-tiba aku baca perkataan yang selalu aku jumpa dalam scientific paper, PhD proposal dan yang biasa aku sebut untuk tujuan akademik mahupun ketika bersama rakan-rakan-huha-huha. Perkataan yang dimaksudkan ialah LASER.

"Ada orang bangga yang dirinya panas baran. Bangga kerana mulutnya celupar. 'Laser', kata orang sekarang. ... Memang ramai yang bangga atas keceluparan mulutnya. Terasa macho. Terasa hebat apabila berjaya memangkah orang.."

Itulah antara petikan bab 14. Sekali baca, aku macam terasa. hahaha.. Macam makan cili beb.. Sebab semasa berbincang-bincang, bertegur sapa malah bersuka ria, pasti ada unsur laser, celupar atau memangkah. Biasa kan? Biasa sangat untuk aku. Tapi bila aku baca sampai habis bab, laser dan memangkah yang dimaksudkan adalah sampai dijadikan kebanggaan kerana mampu mengguris hati orang lain.

"seorang Muslim yang sebenar adalah seorang yang manusia lain terhindar dari kejahatan lisan dan tangannya." (Riwayat Muslim) - muka surat 75 Rindu Bau Pohon Tin


Aku yakin itu bukan aku. Begitu juga dengan keluarga Lambaian yang lain. Kan kan kan..? Sesama kita, aku rasa, upacara 'melaser' dan 'memangkah' itu adalah rempah-ratus yang 'menghangatkan' upacara menghabiskan masa bersama. Cewah..

Macam mana kasar pun bahasa kakak-kakak atau abang-abang yang 'didik' aku sebelum ini, malah rakan-rakan, aku tak pernah percaya mereka 'melaser' atau 'memangkah' untuk tujuan bangga diri apatah lagi merasakan diri hebat dan digeruni. Mereka tak harapkan apa-apa. Yang belajar pada masa itu, aku.

Namun zaman dah berubah. Manusia juga ada macam-macam. Tak semua cara dulu boleh digunapakai sekarang. Dan, tak semua cara sekarang boleh digunapakai untuk orang dulu! Kalau nak orang respect cara kita, kita kena respect cara orang. Ya tak? What you give you get back, kata mak aku. Masuk kandang lembu..?? Masuk kandang kambing..? (aku tak mahu jadi Karam Sigh Walia di sini)

Sekarang, kajian tentang laser semakin diteruskan. Para penyelidik semakin mencari hasil laser yang lebih berkesan. Berkesan (efisyen) di sini maksudnya kurang tenaga/kos diperlukan tetapi memberi hasil yang tinggi (high power laser) atau kurang 'energy loss'. Ada juga penyelidik yang berminat dengan meluaskan aplikasi laser dalam julat cahaya boleh nampak (visible spectrum) berbanding laser yang invisible untuk tujuan keselamatan (safety). Ya lah, kalau nampak, senang nak buat alignment. Tidak lah tiba-tiba mata buta semasa dalam makmal laser. Errr.. tak faham? Sabar sabar.. Aku kena switch mode kepala hotak aku ni..


Laser yang sekali dengar boleh buat manusia bayangkan senjata laser, laser marking yang mampu menggores bahan besi atau laser cutting yang digunakan untuk memotong pelbagai jenis bahan di industri juga boleh jadi 'lembut didengar' bila dibayangkan pembedahan laser kepada badan manusia, laser untuk membetulkan rabun di mata malah laser untuk tujuan membersihkan bahan tinggalan sejarah. Perkataannya masih LASER, tapi boleh jadi 'lembut'.

Maka, pendapat aku di kala berkuak kupu-kupu atas tilam kurang empuk ini ialah, boleh 'melaser' untuk tujuan kemaslahatan kawan-kawan TETAPI gunakanlah 'laser' yang latest, sesuai dengan permintaan/keperluan zaman. Jika tidak, silap hari bulan, anda adalah ahli fizik perosak dunia macam dalam cerita Iron Man 2.

Alamak.. maafkan aku.. aku sewel dua tiga menjak.

Tapi, faham kan apa maksudnya?

* Teringat saat Ecah dan Mai ketawakan aku, sebab aku beri contoh (perumpamaan) yang saaaangaaat jauh sehingga perbualan jadi terpesong, maksud tidak sampai. Ecah ketawakan aku sampai merah-merah hidung. Cis!

* Sekian, tulisan untuk dibaca manusia yang faham. Peace!

* Selesai tulis 15 Mei 2010, Maghrib

Sabtu, Mei 01, 2010

Aku dan Nor A - Episod Bobos

"Eh, ko nak join survey ke Muar nanti?" H bersuara seraya masuk ke bilik aku dan Nor A. H adalah penyelaras program untuk Sirih II.

Aku yang di dalam kedudukan tidak berapa senonoh untuk tontonan umum, bangun dan duduk di birai katil.

"Naik apa?" Aku bertanya. Pengarah mesti menunjukan etika kerja walaupun diterjah tanpa usul berita di dalam keadaan yang tidak berapa bersedia.

"Moto la, S dah setuju nak folo, aku naik dengan dia" H membalas.

Aku angguk kepala pada Nor A, Nor A angguk balik pada aku. Berbalas maksud yang sama-sama tak tahu apa ertinya.

"Boleh Nor A? Naik moto ko, tapi keras bontot la?" Aku pulak yang mem'propose'.

"Bila? Minggu depan? Sempat la kot, aku nak ganti absorber dulu" Nor A berkira-kira.


*********************

Sepatutnya aku ada kelas petang itu, tapi apakan daya, janji H kepada kami tentang kolam renang MRSM Muar lebih mengujakan selain dari bermotosikal berdua-dua antara aku dan Nor A dari Skudai ke Muar. Satu lagi pengalaman baru untuk ditempuhi.

Dua hari lepas, Nor A baru menggantikan pelaras suspensi RXZ nya. Jadi sedap dan lembut. Tapi ranap juga poket dia. Selesai sahaja makan nasi tengahari bungkus dari CP, aku dan Nor A dah bersedia. Baju sepersalinan, topi keledar tanpa visor mahupun pelindung, jaket sebagai penahan angin. Kit yang tidak berapa nak lengkap sebagai pembonceng. Mujur aku ada cermin mata hitam beli dari pasar malam.

H dan S dengan sebuah lagi motorsikal. Motorsikal S RGV perak dengan ekzos baru ubahsuai. Perjalanan bermula dengan tenang. Sebagai bukan rakyat Johor, aku dan Nor A memang tidak tahu menahu sama sekali macamana ke halanya nak ke Muar dari Skudai. H memang bekas pelajar MRSM Muar, tapi kampungnya di Pengerang. S pula kampungnya di Simpang Pertang. Tapi mujur dia ada sedara mara di bahagian Johor. Jadi, dialah penunjuk arah kami.

Rancangan awal adalah untuk menggunakan jalan lebuhraya hingga ke Yong Peng. Kemudian potong jalan dalam ke Muar. Tapi apa kami kesah, ikut belakang S konfem sampai juga. Perjalanan baru melepasi susur keluar pertama, ke Kulai, menuju susur keluar ke dua, Sedenak. Mulanya S memandu di belakang kami, tapi agaknya kebosanan, dia memecut jauh meninggalkan kami dalam 2 -3 tiang.

Nor A masih bersahaja memandu. Hati aku berdebar-debar tiap kali bas atau lori berselisih dengan kami. Terasa henyakan angin kuat yang boleh menerbangkan kami ke tepi jalan. Tiba pada satu cerun yang sedikit menuruni bukit, Nor A memulas lebih pendikit minyak motornya, di sebelahnya ada sebuah bas. Manakan dapat nak menyaingi bas yang membawa puluhan penumpang dengan motorsikal berpembonceng ini. Mesti la bas yang menang. Seraya bas ekspres melintasi kami, satu bunyi "POM!" kedengaran. Betul-betul di bawah tempat duduk Nor A. Tapi tidak kelihatan apa-apa asap atau api, agak-agak kalau betul la letupan, mungkin kehilangan teruna jugak Nor A.

Motorsikal mula perlahan. Pendikit tidak lagi responsif. Enjin mati. Berkali-kali Nor A cuba menedang penghidup, tiada respon. Hanya momentum yang menyebabkan kami masih bergerak, itu pun tak lama. Kami berhenti. Inersia mengambil alih. Nor A cuba lagi menendang penghidup. Hairan. Terasa macam kekurangan pemampatan di dalam silinder. Macam tembus atau telus. Aku masih memandang S dan H. Mereka ralit dengan kelajuan, diselangi bunyi bising ekzos ubahsuai motorsikalnya, memandu terus tanpa menoleh ke belakang untuk melihat kami. Tiada apa yang dapat dilakukan, menjerit atau melaung ibarat berbisik di dalam air.

"Apesal ek?" Aku cuba bertanya.

"Entah, tak boleh hidup. Aku perasan tadi ada bunyi POM!, tak tahu la" Nor A menjawab.

Aku pun cuba-cuba menendang penghidup. Sama sahaja hasilnya.

"Dah nak buat cemana nih?" Aku tanya lagi.

"S dangan H pon tak toleh-toleh, tolak je la kot motor ni" Nor A menjawab. Tapi masih berkira-kira apa nak buat.

Kebetulan, satu lori tunda dari arah bertentangan berhenti. Memandang kami. Pemandunya keluar dari lori tunda dan menuju ke arah kami. Berhati-hati dia melintasi jalan.

"Kenapa ni dik? Rosak ke?" Tanya pemandu tu. Seorang brader Melayu. Kulit sedikit gelap-gelap.

"Tak tau la bang, tak boleh hidup" jawab Nor A.

Brader itu cuba menendang penghidup. Kepes! Kepes!..

"Ooooh, bobos nih" Brader itu terus kepada point.

Bobos? Aku tak pernah dengar perkataan sebegitu teknikal. Aku pandang Nor A. Nor A jugak sedikit hairan.

"Yeke, bobos? Bobos tu apa?" Nor A mencuba mencari kepastian.

"Enjin bobos la, bobos?" Brader itu cuba memberi penerangan. Lebih kepada huraian dari penerangan.

Aku masih lagi hairan. Kamus pon tak bawak. Perkataan asing begini memang perlu sedikit petunjuk. Silap-silap brader ni memang nak kelentong je. Dia cipta sebuah perkataan yang mengelirukan. Kemudian mencari point untuk menekan servis beliau.

Meskipun tak berapa nak tahu apa maksud bobos, aku tanya jugak.

"Dah tu, boleh baiki ke kalau bobos nih?"

"Eh, tak boleh buat kat sini, kena buat kat kedai la. Abang boleh tolong hantar. Ada kedai yang boleh buat. Kena bukak enjin, ganti piston dia. Tapi kene cek dulu la, enjin rosak ke tak" Brader itu tahu umpan sudah mengena.

"Boleh ke nak hantar motor ni dengan lori abang?" Nor A bertanya. Selalu-selalu nampak kereta je naik lori tunda. Tak pernah nampak pulak motor kena tunda.

"Boleh, abang boleh bawak, kedai yang abang kenal. Murah la sikit" Brader itu cucuk jarum.

"Berapa kos tunda ni?" Nor A juga terus kepada point.

"Kalau motor biasanya RM70, tapi kos tunda je la. Untuk baiki, kena kira dengan kedai la. Boleh?" Brader itu dah nampak sinar harapan.

Dalam dompet, aku ada la RM50. Nor A pandang aku.

"Tak boleh kurang ke?" Nor A cuba menawar. Matanya sayu meraih simpati.

******BERSAMBUNG********

15 komen baru aku sambung. Keh Keh Keh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's