Selasa, Mei 11, 2010

Tentang Laser Lagi...

Patahlah hati...
Teruslah merajuk..
Merajuklah sampai... Merajuklah sampai ke hutan berlukar...

Lagu Melayu asli itu tiada kena mengena dengan sebarang cerita. Aku cuma nak tulis ayat, aku tak menulis sejak dua menjak ini bukan sebab patah hati. Itu saja.. =D

Tetapi momentum secara tak sengaja hilang. Sementara ada tenaga fizikal, mental dan emosi untuk menulis tentang sesuatu yang aku terfikir petang tadi semasa dalam bas ekspress dari Melaka ke Johor, baik aku tulis.

(Aku memulakan penulisan masa aku baru sampai Johor, Selasa lepas)

Aku membaca buku 'Rindu Bau Pohon Tin' tulisan Ustaz Hasrizal satu bab demi satu bab dalam bas, berselang-selikan memandang deretan pokok di sepanjang lebuh raya supaya mata tak letih dan dahi tak pening dek huyung hayang si bas ekspress. Tiba-tiba aku baca perkataan yang selalu aku jumpa dalam scientific paper, PhD proposal dan yang biasa aku sebut untuk tujuan akademik mahupun ketika bersama rakan-rakan-huha-huha. Perkataan yang dimaksudkan ialah LASER.

"Ada orang bangga yang dirinya panas baran. Bangga kerana mulutnya celupar. 'Laser', kata orang sekarang. ... Memang ramai yang bangga atas keceluparan mulutnya. Terasa macho. Terasa hebat apabila berjaya memangkah orang.."

Itulah antara petikan bab 14. Sekali baca, aku macam terasa. hahaha.. Macam makan cili beb.. Sebab semasa berbincang-bincang, bertegur sapa malah bersuka ria, pasti ada unsur laser, celupar atau memangkah. Biasa kan? Biasa sangat untuk aku. Tapi bila aku baca sampai habis bab, laser dan memangkah yang dimaksudkan adalah sampai dijadikan kebanggaan kerana mampu mengguris hati orang lain.

"seorang Muslim yang sebenar adalah seorang yang manusia lain terhindar dari kejahatan lisan dan tangannya." (Riwayat Muslim) - muka surat 75 Rindu Bau Pohon Tin


Aku yakin itu bukan aku. Begitu juga dengan keluarga Lambaian yang lain. Kan kan kan..? Sesama kita, aku rasa, upacara 'melaser' dan 'memangkah' itu adalah rempah-ratus yang 'menghangatkan' upacara menghabiskan masa bersama. Cewah..

Macam mana kasar pun bahasa kakak-kakak atau abang-abang yang 'didik' aku sebelum ini, malah rakan-rakan, aku tak pernah percaya mereka 'melaser' atau 'memangkah' untuk tujuan bangga diri apatah lagi merasakan diri hebat dan digeruni. Mereka tak harapkan apa-apa. Yang belajar pada masa itu, aku.

Namun zaman dah berubah. Manusia juga ada macam-macam. Tak semua cara dulu boleh digunapakai sekarang. Dan, tak semua cara sekarang boleh digunapakai untuk orang dulu! Kalau nak orang respect cara kita, kita kena respect cara orang. Ya tak? What you give you get back, kata mak aku. Masuk kandang lembu..?? Masuk kandang kambing..? (aku tak mahu jadi Karam Sigh Walia di sini)

Sekarang, kajian tentang laser semakin diteruskan. Para penyelidik semakin mencari hasil laser yang lebih berkesan. Berkesan (efisyen) di sini maksudnya kurang tenaga/kos diperlukan tetapi memberi hasil yang tinggi (high power laser) atau kurang 'energy loss'. Ada juga penyelidik yang berminat dengan meluaskan aplikasi laser dalam julat cahaya boleh nampak (visible spectrum) berbanding laser yang invisible untuk tujuan keselamatan (safety). Ya lah, kalau nampak, senang nak buat alignment. Tidak lah tiba-tiba mata buta semasa dalam makmal laser. Errr.. tak faham? Sabar sabar.. Aku kena switch mode kepala hotak aku ni..


Laser yang sekali dengar boleh buat manusia bayangkan senjata laser, laser marking yang mampu menggores bahan besi atau laser cutting yang digunakan untuk memotong pelbagai jenis bahan di industri juga boleh jadi 'lembut didengar' bila dibayangkan pembedahan laser kepada badan manusia, laser untuk membetulkan rabun di mata malah laser untuk tujuan membersihkan bahan tinggalan sejarah. Perkataannya masih LASER, tapi boleh jadi 'lembut'.

Maka, pendapat aku di kala berkuak kupu-kupu atas tilam kurang empuk ini ialah, boleh 'melaser' untuk tujuan kemaslahatan kawan-kawan TETAPI gunakanlah 'laser' yang latest, sesuai dengan permintaan/keperluan zaman. Jika tidak, silap hari bulan, anda adalah ahli fizik perosak dunia macam dalam cerita Iron Man 2.

Alamak.. maafkan aku.. aku sewel dua tiga menjak.

Tapi, faham kan apa maksudnya?

* Teringat saat Ecah dan Mai ketawakan aku, sebab aku beri contoh (perumpamaan) yang saaaangaaat jauh sehingga perbualan jadi terpesong, maksud tidak sampai. Ecah ketawakan aku sampai merah-merah hidung. Cis!

* Sekian, tulisan untuk dibaca manusia yang faham. Peace!

* Selesai tulis 15 Mei 2010, Maghrib

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's