Jumaat, Jun 26, 2009

Biskut KLM

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Haaa.. tengah buat apa tu? makan biskut ek? huhuhu.. tak? aku lah yang makan biskut.. malas masak lagi ni.. hmm.. asalnya aku 'parking' atas katil dan ambil laptop ni untuk tulis tentang tajuk lain, (ada dua tajuk dalam kepala ni) Tapi ale-ale jadi cerita biskut pulak, sempena dengan sarapan hebat pagi ceria aku ni. hohoho..

Generasi sezaman dengan aku mungkin ingat. Generasi lain zaman, aku tak pasti samada hal yang akan diceritakan ini juga berlaku pada zaman kalian.

Kalau ada perjumpaan sempena program atau program itu sendiri, akan ada slot yang dinanti-nanti, slot Kudapan. Kudapan, makan-makan lah tu. Kalau makan ringan-ringan, akan ada satu tin empat segi. Kuboid. Tinggi dari lantai ke lutut aku. ke, lutut As? Mungkin lutut Bad? hehe...
Penutup tin tu bulat. Kena 'ompel' untuk buka penutup tu.

Kemudian, kerumunan langau.. eh, kerumunan manusia bernama ahli Kelab Lambaian Masyarakat akan memasukkan tangan masing-masing yang kurus atau comel untuk mengambil isi tin itu. Isi tin itu pun berbentuk kuboid. Warna coklat, macam kadboard pun ada. Berlapis-lapis. Rasa manis. Rasa coklat. Itulah dia, wafer (ke, wafel?) berperisa coklat. Yang sangat sinonim dengan acara kudapan semasa bersama dengan keluarga KLM sezaman aku. Sampai lah dah beberapa kali dah acara kudapan, kalau nampak tin-saiz-biskut-lambak-taman-U, rasa dah boleh agak biskut apa yang ada dalam tu. Dan, dengan penuh yakin, biskut itu diberi nama, Biskut KLM.

(teringat abang Sport tanya, "junior memang panggil KLM ek? kenapa diorang tak panggil Lambaian macam kitorang ek? zaman siapa yang start panggil KLM ni?" hoho, aku pun keliru. Sebab kadang-kadang aku dengar/sebut Lambaian, dan kadang-kadang KLM. Aku di zaman manusia-dua-alam. hahaha)

Istilah 'Biskut KLM' semacam serasi dengan perasaan gembira, rasa dipunyai, teruja dan yang utamanya, kenyang. eerrr.. Kenyang tu satu perasaan ke? "saya rasa kenyang.." haaa... sejenis perasaan rasanya.. :D

Aku pun tak pernah beli 'Biskut KLM' tu. Ale-ale je biskut tu yang diagih-agihkan dalam perjumpaan. Antara situasi yang aku ingat, kat s01, ( dah macam bangunan gerakan KLM tu), Hutan Rekreasi UTM (dah macam resort KLM), dan ada juga di luar UTM sempena program luar (siap bawa bekal tin tu).

Kepada yang membeli tin-tin 'Biskut KLM', terima kasih banyak-banyak. Kepada yang memberi nama 'Biskut KLM' pun, caya lah nama tu. Terasa macam penjenamaan semula pula. Kepada yang ingat dan pernah makan 'Biskut KLM' tu, terfikir tak apa yang aku terfikir sekarang? hohoho.. dan kepada yang blur tentang 'Biskut KLM', nanti aku jumpa biskut tu kat Taman U, aku beli, aku ambil gambar dan tunjuk ye.

Bon Apetit! (betul ke ejaan ni?)

Pesanan 'penaja' : Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. Kalau tak nanti setan jadi sihat dan montel.

Khamis, Jun 18, 2009

Dari KLM de PD ke AADD dan PERINTIS

Aku memang bercadang nak tulis di blog @Lambaian, sebab lebih eklusiviti, tulis di blog sendiri pon boleh, tapi blog aku ada konsep dan displin tersendiri. Hahah.

Cenggini jela, akhir 2007, ada pertemuan semula geng-geng kelab Lambaian. Di PD. Di Sunshine Bay Resort. Ironinya, aku sedang menulis dari resort ini sekarang ini.

Disember 2007, KLM de Port Dickson, Sunshine Bay Port Dickson

Awal 2008, ada perjumpaan di rumah aku. Dengan beberapa bilangan bekas KLM dan ahli KLM semasa waktu itu. Semua bersetuju untuk ditetapkan dan dicadangkan penubuhan Alumni Lambaian.

Februari 2008, Mesyuarat mencadangkan menubuhkan Alumni KLM, rumah Adam

Lepas pertengahan 2008. Diadakan satu gathering yang lebih grand. Di Desaru Beach Resort. Meeting diadakan untuk mewujudkan ahli Perlaksana Alumni Lambaian yang harus mewujudkan organisasi ini dengan rasmi.

Ogos 2008, Mesyuarat PERLAKSANA Alumni Lambaian Masyarakat, Ada Apa de Desaru, Desaru Beach Resort

Hujung 2008 sepatutnya Perlaksana ini membuat AGM pertama Alumni Lambaian.Tapi tak jadi. Ditangguhkan sehingga pertengahan 2009. Dinamakan projek ini Perintis 2009.

Maka. 7 Jun 2009. Tertubuhnya Alumni Lambaian Masyarakat dengan AGM pertamanya.

Jun 2009, AGM pertama Alumni Lambaian Masyarakat, PERINTIS 2009, Glory Beach Resort, Port Dickson

Aku, Sport, Syila, Ayu, Gap, Azwar, Ikin, Ain, Azam, NoorAfzan dan Aemi dipertanggungjawabkan sebagai peneraju rasmi Alumni Lambaian Masyarakat sekarang.

Dengan sokongan Persatuan Alumni UTM. Kami sekarang adalah SIG (Special Interest Group) di bawah PAUTM. Kami bergerak di bawah nama PAUTM tapi di dalam lingkungan kumpulan kami sendiri.

Kami punya objektif untuk mengumpul kembali semua Ahli Kelab Lambaian Masyarakat di KTC yang sudah menamatkan pengajian di UTM untuk bersama semula di dalam @Lambaian.

Kami juga punya keinginan untuk menyokong KLM sedia ada supaya terus menjadi kelab di KTC.

Kami juga ingin mempunyai ruang dan lingkung untuk memberi sesuatu kepada masyarakat umum dalam apa jua khidmat bakti yang mampu kami laksanakan.

Jadi lengkaplah tujuan dan objektif penubuhan untuk Alumni, Lambaian dan Masyarakat ini.

Apa jua yang berlaku di dalam pertemuan semula ini, aku kira sebagai kenangan, pengalaman dan bonus. Yang lebih bermakna adalah HASIL dari setiap pertemuan yang diadakan. Tiap pertemuan kita telah pastikan agar ada perkembangan di dalam menubuhkan @Lambaian.

Jadi segala yang terjadi, tergeser, tersentuh hati, terjauh hati, terjatuh hati di dalam menjayakan penubuhan @Lambaian ini, aku pohon maaf. Aku memang tidak sempurna di dalam menjaga hati. Tapi aku cuba sedaya upaya menjayakan hasrat dan objektif utama tidak lari dari landasan. Jadi, yang mana yang terasa/jauh/kecik hati sebelum ini, bagi aku itu cuma perbezaan pendapat, penglibatan anda di dalam @Lambaian tetap dialu-alukan. Sebab @Lambaian bukan agenda peribadi aku seorang. Ini agenda untuk semua. Tiada diskriminasi untuk semua penyertaan.

Kalau dikira KPI, sumbangan aku tidaklah sebesar mana. Aku tidak sedikit pon pening kepala memikirkan segala butir-butir kecil di dalam PERINTIS 2009. Semuanya rakan-rakan PERLAKSANA yang buat. Syila terutamanya. Banyak pandangan dan cadangan yang kami debatkan di dalam email PERLAKSANA. Hangat orang kata. PERINTIS 2009 berjalan lancar seadanya. Sekarang PERINTIS 2009 adalah sejarah. Sedar tak sedar, menghampiri setahun setengah juga usaha ini.

Kini, kita punya ruang, kudrat dan usaha untuk mencorakkan masa hadapan @Lambaian untuk dijadikan sejarah yang lebih bermakna.

Kami mengharapkan, agar sokongan terus diberikan untuk @Lambaian. Tugas-tugas tiap ahli Exco telah diperbincangkan dan akan diperhalusi, jadi mereka yang akan bertanggungjawab melaksanakannya dengan seadanya.

Semua ini adalah sukarela. Tiada paksaan. Tapi bagi aku, jika kita diberi kepercayaan. Kita harus kembalikan kepercayaan seseorang itu dengan melaksanakan sesuatu tugas dengan jayanya.

Sekian aku rasa titipan aku untuk PERINTIS 2009. Berkenaan ulasan tiap minit perjalanan program, boleh ke blog Syila dan Afzan yang lengkap menceritakannya. Berkenaan minit mesyuarat AGM, rasanya akan dihantar kepada semua secara emel. Rasa itu lebih formal.

disebalik tabir tika tercetusnya idea menerangkan objektif berdasarkan Alumni, Lambaian dan Masyarakat

Khamis, Jun 11, 2009

Teka-Teki Di Lambaian

Di celah-celah kehangatan PERINTIS, sebagai orang yang tidak mampu menghadirkan diri, aku hanya mampu membaca dan bergelak sama dengan kerinduan. peerrggh.. ayat...!!
Sebagai mengubat rasa rindu (peerrgghh sekali lagi), aku kirimkan sebuah penulisan, lahir dari hati seorang manusia yang sepatutnya sibuk. Semoga selamat membaca dalam keadaan tidak bersalah kerana menggunakan masa bekerja kepada majikan yang keterlaluan.

Bismillahirahmanirrahim..

"Cube teke ape itu teki?"


"haa? Tu ke soalannye?"

"Ye la.. Cube teke ape itu teki..?"

Sambil buat muka selenge, K, iaitu Khair cuba menunjuk hebat dengan teka-teki nya, di tempat buat banner, depan kiosk s01, KTC. Aku ingat muka selenge tu sangat-sangat =D

Aku rasa kebanyakan stok teka-teki aku adalah bersama warga Lambaian. Stok teka-teki aku itu lah yang aku bawa ke hulur ke hilir untuk jadi bahan hiburan seisi keluarga dan sanak saudara di kala berkumpul beramai-ramai. Seronok dengan teka-teki jugalah yang buat aku rasa kursus BTN suatu masa dulu adalah kursus yang sangat happening.. Hobi main teka-teki tu lah yang aku bawa kalau nak melagha dalam chatroom dan menguasai satu room tu. hahaha.. Bila kita bagi teka-teki, orang akan bagi teka-teki juga, maka, stok teka-teki bertambah besar. yeeehhhaaaaa..!! Sampai aku telah mengajar dan mendengar perkataan "teka-teki" dari mulut seorang rakan Polish aku di Poland. hehehe..

Tapi lama-lama aku rasa stok teka-teki aku semakin berhabuk.. Dan rasa macam aku semakin tumpul untuk berfikir jawapan teka-teki, malah memberi teka-teki.. aaarrgghh.. aku mau stok teka-teki baru!! Teriak aku dalam hati.

Nabil menambah pekat teriakan aku itu bila dia merajinkan diri meletakkan beberapa teka-teki di ruangan status YM nya baru-baru ini. Lepas satu, satu teka-teki dia letak. Aku suka pada teka-teki yang aku boleh jawab, tapi yang tak boleh aku jawab, lagi aku suka...!

Seorang manusia yang aku TAK PERNAH dapat jawab teka-teki dia ialah abang Din. Aku memang hangin tak berkesudahan setiap kali dapat teka-teki dari dia, sebab aku tak boleh jawab. Tapi kalau teka-teki orang lain dia boleh jawab! Aku berniat nak pecah kan rekod, semoga suatu hari nanti ada teka-teki dari mulut dia yang aku boleh jawab. (dengan hati yang kental)

Seorang manusia yang tak boleh jawab teka-teki aku, (aku seolah-olah tak dapat ingat sebarang teka teki aku yang dia berjaya jawab) adalah abang M**** hehehe.. Tapi bila dia yang bagi teka teki, aku mesti boleh jawab. kan kan kan? Abang Black, semoga menjadi saksi ya. Tapi kan, di sini, ain nak buat pengakuan besar-besaran lah abang M****. Ampun banyak-banyak.. =D Ada satu teka teki tu, ain jawab dengan bantuan talian hayat. hehe.. Soalannya ialah,

"Kenapa kalau nak teksi, orang tak bayar duit dulu?"

haaa.. itu lah soalan nya, dan talian hayat ain masa tu ialah abang Din, yang ain hubungi melalui sms. Ternyata abang Din masih memegang rekod, "teka teki aku dia boleh jawab, teka teki dia aku tak boleh jawab" jangan marah ye abang M****

Ada macam-macam jenis teka teki. Seawal program pemantapan batch aku, Ainon jadi heroin kami. Segmen lawan teka teki junior senior. Soalan-soalan Ainon sangat menghiburkan dan menariknya, tidak berjaya dijawab oleh para senior. hehehe.. Antaranya ialah,

"masa kecik dia hitam, dah besar dia putih.. apa dia?"

Cuba lah bayangkan muka kawan penglipur lara aku tu kan. Memang sangat menenangkan. =D
Soalan Ainon seterusnya,

"Okay, soalan lain, masa kecik dia bulat, dan besar dia terkangkang... haaa..."

Aku ingat muka Ainon semasa memberikan jawapan-jawapan, maka ternyata para senior ketika itu tidak dapat menjawab. Aku tak ingat masa tu abang Din pergi mana. Yang aku ingat, muka abang M****...

Dalam segmen itu, abang M**** ada bagi teka teki, tapi maaflah, Ain boleh jawab. huhuhu..

"masa kecik bola hoki, dah besar bola ragbi, apa dia..?"

haaa.. Ni mungkin ada tempias teka teki Ainon tu lah kan. =)

Zaman seterusnya, zaman aku sebagai senior. Stok teka teki yang boleh tahan mantap, dari Bad. Dia boleh bagi teka teki tanpa dijemput =P Dan ada satu program di resort KLM, iaitu hutan rekreasi UTM, Bad ada beberapa set teka teki yang berupa permainan perkataan, (mungkin hanya sangat sesuai jika didengar, bukan dibaca)

"banyak-banyak burger, burger apa yang ke kiri dan ke kanan"
"banyak-banyak sekolah, sekolah apa yang tak de guru dan murid"
dan lain-lain.. bertubi-tubi. Macam latih tubi dah aku rasa.

Ada juga dalam kotak kenangan aku, masih di resort KLM, di satu meja dan bangku kayu dekat dengan kawasan dapur. Berkumpullah para senior VIP hehe.. Ntah kenapa masa tu free agaknya. Ada sesi teka-teki-pecah-perut-bersama-abang-Pilo. Teka teki yang dikeluarkan oleh abang Pilo ialah stok dulu-dulu, yang memerlukan kertas dan pen untuk menyoal. Contoh,

Sambil melukis apa yang perlu,
"Ini rumah Ali, Abu, Ahmad. Ni jalan raya. Seberang ni kubur..." blah blah blah.. kemudian sampai ke soalan... dan, biasa nya kami tak dapat jawab. Bila abang Pilo bagi jawapan,
sambil melukis juga apa yang patut,
"sebab.. inikan... " blah blah blah..
lalu segenap usus diusik bagai nak rak, memang mampu menghalau siamang dan babun yang menjengah kawasan perkhemahan agaknya. Disebabkan ketawa yang teramat over, aku tidak berjaya mengingat satu pun teka teki set pen kertas abang Pilo tu. huhuhu..

Dan, stok teka teki yang aku tak suka, ialah semasa program Road to Glory. Suatu malam, ada beberapa lagi orang, dan watak utama ialah abang Irman, Yerk, Ayam (mereka adalah orang yang sama). Aku tak suka sebab aku tak ingat, tak faham beberapa teka teki. Dan bila ditanya, kenapa?
"owh.. teka teki ni sesuai untuk lelaki je.. haha"
Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga. cis..!

Ada apa-apa teka teki baru ke masa PERINTIS? Mungkin, apakah rahsia "kemenangan" Jup? jeng jeng jeng..

Rabu, Jun 10, 2009

PERINTIS 2009 blog links

PERINTIS is now over and the bloggers have their own version of the story. Kalo rajin nak baca click here:


Also, if you want to see some pics. Head over to:

Edited: Here is the uploaded pics from Adams camera:

Kalo ada blog yang tak senarai, silalah comment. Nanti saya add. 

-- Sport

Selasa, Jun 09, 2009

Perintis 2009 - Siri 1

Nak update cerita seronok-seronok dulu.

Sementara masih berbaki rasa seronok itu serta asyik.

Siri pertama adalah highlight acara sukaneka. Hehe, apa lagi kalau bukan acara kegemaran Jufri.

Ko memang berbakat sebagai pengalah. We all salute to you.

Silalah jeles untuk para pembaca yang tidak berkesempatan bersama kami. Dengar sahaja tawa riang mereka itu. Bukan apa, kalau aku tak buat macam ini, korang ingat datang meeting AGM ni macam formal tahap pengawas. Itu dulu, mungkin betul.

Kalau aku rajin, aku buat siri lain, tapi siri ini memang kene keluar awal sekali.

Bagi yang ingin mengetahui tiap minit-minit yang dilalui oleh kami ketika program PERINTIS 2009 berlangsung, boleh ke blog NoorAfzan, dan blog Syila untuk cerita satu per satu bersambung-sambung ikut suka dorang, dan blog Aemi untuk cerita bergambar secara ikut suka dia. Cerita dorang pon lebih kurang sama. Cuma mungkin ditambah mengikut kesesuian dan kesedapan diri sendiri.

Aku dah mintak NoorAfzan dan Aemi upload gambar ke Picasa Lambaian. Mungkin sehari dua nanti. Aku juga akan upload gambar dari kamera aku ke sana nanti. Sapa-sapa yang ada gambar nak kongsi, sila emel pada salah seorang dari kami. Sekian.

Sila play video ini dan pasangkan speaker ye. Kesan efek suara sangat penting dalam video ini.


Cadangan program @lambaian

Salam...tetiba je lepas baca komen2 PERINTIS...terfikir nak letak post ni...mmm...

n tetiba terfikir satu cadangan untuk @lambaian turun semula ke KTC UTM..secara beramai2 untuk kita luangkan masa dengan adik2 sekejap ke...yang da memang ade kat jb tu lain kira la ek...mungkin untuk menunjukkan sesuatu dari kita as @lambaian..dengan harapan..ahli semasa yang tengok tu juga merasakan sesuatu...*ehem..ehem..skang da bole guna kita da..maklumla...da alumni..ahahah....

p/s : mungkin turun masa meting pertama kelab..so meting kena buat hujung minggu la...insyaAllah semua free...

Ahad, Jun 07, 2009

PERINTIS - Updated 6 June 09

Tak main la tayang banner yang hanya salinan lembut sahaja. Dah la versi yang tidak update. Hahah. Sori Afiq.

Nah!!

Banner salinan keras yang sedia mengerbang ditiup angin laut Selat Melaka.

Megah berkembang, disulami hiruk pikuk gelak ketawa sekumpulan yang mengalir jiwa Lambaian. Di pinggir pantai sambil mulut sibuk mengunyah jajan dan makanan.

Lain-lain hal aku simpan dulu sampai habis program ye. Entri ini memang sengaja untuk menitip iri hati terhadap pembaca yang tidak berkesempatan menghadiri Gathering kali ini.

Sekalung penghargaan buat Afiq yang membuat reka latar banner ini dengan jayanya dalam tempoh paling singkat.

Perintis...

Rabu, Jun 03, 2009

GAMBARAN PERJALANAN PERINTIS DI GLORY BEACH

Salam...

Hai mesti lama tertunggu-tunggu update ni kan...keseluruhan yang akan join kita ada 28 org tapi da beberapa yg akan join lewat sedikit. Tema kita santai je tak de slot psikodrama pastinya hehe...tentetif seperti dibawah:-

6hb Jun 2009 - Sabtu

01.30ptg Pendaftaran & Makan Tengahari
03.00 ptg Check-in & khidmat diri
04.00 ptg Taklimat dan sesi suai kenal
04.30 ptg Santai Pantai (Berkelah sambil bersukaneka)
06.45 mlm Khidmat diri
07.15 mlm Solat Maghrib, Bacaaan Yassin dan Solat Hajat
08.30 mlm BBQ

7hb Jun 2009 - Ahad

08.00 pg Sarapan Pagi
09.00 pg AGM
Majlis Penutup
12.00 tgh/hr Check out & Makan Tengahari
02.00 ptg Bersurai

PERHATIAN PENTING!!!

Pendaftaran & Ketibaan

Saya dah pun bercakap dengan pihak resort dan diorang kata masih tak dapat nak confirm untuk kita check-in awal tapi diorang akan cuba sedaya upaya. Tapi tak ada masalah kalau kita datang awal sebab masa survey ari tu ada tempat yang kita berkumpul dan berehat-rehat dahulu.

Untuk memudahkan kawan2 apabila dah sampai ke hotel boleh sms saya/adam/sport. Makanan tengahari disediakan.

Sementara menunggu check-in tu kita boleh lunch sama-sama dan sesapa yg teringin nak swim - pool (klu x kisah jadi hitam) or mandi sauna ke, hot bath ke boleh teruskan sebab diorang ada bilik persalinan yang selesa.


Sesi Suai Kenal

Untuk sesi ini kawan-kawan boleh terus bawa peralatan untuk mandi-manda sebab kita akan bergerak terus ke pantai selepas sesi berkenalan berakhir.


Santai Pantai (gaya pot luck)

Haa yang ni sesi sukaneka sambil berkelah. Kalau boleh setiap orang bawa makanan dan kita makan ramai-ramai (tak kisah apa menda dan tak perlu banyak agak2 je) dan alas duduk (x kisah tikar or plastik ke). Pada yg dah lama tak bersenam jgn risau sbb game pun takde yg mencabar sangat sikit je cabarannya...mungkin boleh berlatih guna jarum dan lari2 sket sbb kalau kalah mungkin perlu jadi artis jemputan pada malam BBQ tu yealah nak jemput artis ori x mampu lagi...


Bacaan Yassin, Solat Maghrib dan Tahlil

Kawan-kawan perlu bawa sejadah sendiri tapi surat Yassin kami akan sediakan. Mudah-mudahan penubuhan rasmi @Lambaian ini diberkati dan memberi kebaikan kepada setiap ahlinya. Harap dapat berkumpul on time, tempat akan diberitahu nanti.


BBQ

Bawa diri dan bekas kosong juga kot, rasanya pasti ada makanan lebih sebab pakej kita minimum untuk 30 org. Ada acara sampingan juga.


AGM

Jangan lupa bawa turun fail (akan diberi sewaktu pendaftaran). Semua boleh hadiri AGM sebab pasangan pun boleh dikira sebagai ahli bersekutu juga.


CARA NAK KE SANA

Boleh ke https://www.glorybeachresort.com/index.php utk dapatkan map ke Glory Beach or refer pada komen Adam pada update perintis sebelum ini.
So lagi 3 hari kita jumpa di Port Dickson k :).......
P/S : Jika ada yang masih berminat nak join atau nak datang time AGM saja pun boleh sms saya segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's