Rabu, Oktober 21, 2009

Warga Lambaian mencari sumbangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Perkara yang paling jauh daripada kita di dunia ini, bukan negeri China, bukan bulan, bukan bintang-bintang, bukan matahari, seperti yang dijawab oleh anak murid Imam al-Ghazali ketika disoal, tetapi Imam al-Ghazali memberitahu jawapan yang lebih benar, perkara yang paling jauh daripada kita di dunia ini ialah MASA LALU. (sumber : teka teki Imam al-Ghazali)

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang telah berlalu. Oleh itu kita harus menjaga hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran AGAMA.

Namun, masa lalu bukanlah perkara yang perlu ditinggalkan dan dibiarkan jika ada kemanisan yang boleh membahagiakan terselit. Lebih-lebih lagi, jika masa lalu juga ada pengalaman manis dan pahit yang mampu dijadikan pengajaran, untuk diri sendiri atau orang lain. Sharing is loving.

Wah, bukan main mukadimah.

Apa yang mahu dikongsi hari ini, dalam segmen "Memori Bersama Lambaian" ialah tentang Lambaian dan 'mencari sumbangan'. Dalam bahasa kertas kerja, Unit Penajaan.

Kepada @Lambaian mahupun yang warga Lambaian yang masih di UTM meneruskan perjuangan untuk menggenggam segulung ijazah, yang pernah merasakan pengalaman mencari penajaan untuk program-program KLM, pasti ada perkara yang boleh dikenang, dikongsi dan seterusnya diketawakan, disenyum-siniskan malah tak kurang juga diceritakan dengan muka yang serius sebagai taudalan dan sempadan adik-adik atau kawan-kawan.

Ada yang gagap-gagap untuk membentangkan tujuan berjumpa tokey sebuah gerai, kedai, atau kilang. Paling aku ingat, pertama kali aku cuba meminta sumbangan (program pertama aku sebagai MT program di semester pertama) untuk program Dekat Padamu 2 di KIOSK KTC seorang diri,
"Assalammu'alaikum..."
"Wa'alaikumsalam.. ye?" jawab seorang abang (tokey atau anak tokey kot)
"Saya datang..." sambil keluarkan sehelai kertas.
"nak tunjuk surat..." surat rasmi yang menyatakan, memohon sumbangan untuk program. Sengal betul...

Abang itulah yang pertama sekali mengajar, ayat lengkap untuk memohon penajaan, diajar dengan senyuman, dan menyumbangkan sekotak dua air mineral. Thanks abang! (entah dia ingat aku entah tidak)

Ada yang disoal-siasat tentang program habis-habisan. Habis semua dijawab. Satu-persatu tentatif program diterangkan. Dengan matlamat, "nak jual program". Sampailah satu skrip,
"Ada juga bantuan akan disampaikan kepada warga miskin dan ibu tunggal kampung itu"
"Owh, kalau untuk ibu tunggal, saya suka ni.." sambil seorang lelaki separuh abad duduk di meja kerjanya ketawa yang boleh ditafsirkan sedikit gatal. Mungkin bergurau.

Ada yang pergi bilik ke bilik para pensyarah di UTM. Berdua atau bertiga. Selepas menyatakan hasrat mahu mengutip sumbangan IKHLAS, disoalnya mereka dengan soalan,
"haaa... kamu pointer berapa? kamu? kamu?"
terkulat-kulat kawan nak jawab..
Mesej yang nak disampaikan pensyarah tersebut,
"ni buat kerja-kerja macam ni, bila nak study?". Lebih kurang begitulah ayatnya.. Akur dengan 'ceramah' yang tidak ada salahnya itu.

Ada yang belum habis cakap lagi..
"tak de tak de..."

Ada yang menjanjikan ribu-ribu. Datang nak 'follow up', orangnya entah ke mana.

Ada yang memberi sumbangan buku-buku (Dewan Bahasa Dan Pustaka, JB), snek-snek (kilang Appolo, Mutiara Motors), wang individu dari staff pejabat, pekerja dan tokey kedai di dalam UTM dan taman U, kenalan warga Lambaian.. Semuanya bergantung kepada betapa pencari sumbangan itu datang pada tempat yang tepat di masa yang tepat atau tidak. Termasuklah bahasa lidah dan tubuh yang tepat. Dan semuanya dengan izin Dia, kekuatan dan ilham, sehinggalah rezeki.. Tak kiralah pencari sumbangan pulang dengan nasihat yang berharga atau sindiran yang memusnah. Tak kiralah pencari sumbangan pulang dengan dana besar atau kecil, janji yang dikotakan atau tebu dipinggir bibir. Semuanya adalah pengalaman yang mematangkan diri di atas muka bumi Dia. Sebagai salah satu 'ayat-ayat Tuhan' untuk difahami.

;)

Mode : Terkenang zaman muda-muda selepas semalam didatangi 3 pelajar UTM di bilik untuk meminta sumbangan program kelab Kolej *** ****** ***. Program mendaki gunung ********. BUKAN PROGRAM YANG DIRASAKAN WAJAR AKU BERI SUMBANGAN, pada pendapat aku. Tapi disebabkan dan soal banyak dan bagi ceramah sikit, bagi je lah, hadiah memanaskan telinga.

Pesanan ikhlas buat yang akan memohon sumbangan. Be prepared dengan apa yang akan ditanya oleh 'target' dan PENCIPTA.

4 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

haha~
baru nampak kan..
dari kaca mata seorang pensyarah..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

mencari sumbangan, sgt advennture kan..byk benda yg akan kite blaja.. jgn terlalu optimis, sebaliknya melihat pd sesuatu yg realistik..=) adik2 semua, cubelah mencari sumbgn dimane2 pun. ia akan menjadikan anda lebih berani, mendepani org.. igt, rezeki ade dimane2..=)

ayen =D berkata...

hehe.. tak de la baru nampak sangat.. baru experience.. =p
just pulangkan soalan yg pernah diterima oleh pencari2 sumbangan je..
tu pun tak strict sgt, rasanya kene kelentong juga. tp tak pe la, maafkan aje, bdk baru belajar.. hehe..

yup.. adventure sgt.. betul tu abg zairi.. as long as tak langgar prosedur (peraturan manusia yang tidak memudaratkan adalah WAJIB diikuti : al-Quran), be open minded, and apa2 pun, musyawarah and istikharah utk sbarang tindakan...insyaAllah, ilmu dan rezeki dikurniakan Dia.. ;)

fizah berkata...

kenangan mencari sumbangan d mana2 tu xkn d lupakan hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's