Khamis, April 19, 2012

Tahniah Sempena Perkahwinan (Bahagian 2)

Assalammu'alaikum dan hai semua!!!

Ya, dah nak 4 bulan pun tahun 2012, baru nak buat post tahniah sempena perkahwinan punya sambungan untuk warga @Lambaian.. ya, terlambat untuk yang kahwin pada separuh masa kedua 2010 hehehe... tapi, better late than never, kan? Bukan apa, tiba-tiba tertengok gambar-gambar kahwin.. Semak punya semak, edisi pertama ucapan tahniah sempena perkahwinan ni dibuat Julai 2010 dulu.. Kalau tak pernah tengok, ini dia ;

Tahniah Sempena Kahwin & Tunang (klik sini)

Disebabkan akhir bahagian 1 tentang cerita majlis tunang Kak Ikien dan Abang Black (batch Lambaian 2003), maka, kita mulakan dengan Walimatul Urus mereka di Rumah Alumni, UTM.

Nasib baik tak roboh pelamin. Berapa round makan aku kat sini, tak ingat... mau 4 meja digunakan untuk satu-satu warga Lambaian (maksimum) sempena majlis ni. Pertama, meja makan round pertama. Kedua, meja makan round kedua (menu lain ya). Ketiga, meja makan dekat jusco taman U. Keempat, meja makan dekat pisang dan cendawan goreng taman U.

*Meja keempat... Dalam gambar ni, semua Lambaian batch 2004.. Alamak, rindu tiba-tiba*

Dah ada baby dah pun abang Black dan kak Ikien... Cerita baby? Nantilah, minta izin mak bapaknya dulu. Macam artis-artis kan, kalau gambar-gambar baby susah sikit nak lepas kat orang awam kan. daaa~

Haaa.. cakap pasal baby, nampak sangat post ni keluar lambat sampai orang dah berbaby kan.. Ada lagi yang dah ada baby, tapi aku baru nak letak gambar mereka untuk ucapan tahniah dengan rumah tangga yang di bina.. Tadaaa...!

Abang Zairi (Lambaian 2003) dan isteri. Masa ni, kak Liza (isteri Zul, Lambaian 2003) tengah comel bawa baby dalam perut lagi heheheh.. Comel!!! Geram aku kan!

Eh, ini bukan post baby, ini post gambar kahwin, okay, Ain, back to the track. Seterusnya, pasangan Lambaian yang seterusnya, Afzan!!!! Yang ini, suaminya, Fawzan dah beberapa aktiviti @Lambaian kot dah ada muka dia ni.. tak malu! Hehehe =p Tak tak, dia sporting! Tunggu hari je Afzan ni kan! Semoga sihat-sihat dan selamat hendaknya ya. Ini gambar dengan @Lambaian yang hadir... jeng jeng jeng...

*Sopan semua... nak-nak yang tidur lena, Ayman hehehe*

Selain Afzan, ada lagi seorang yang sama batch dengan aku, iaitu... Mai!!!!!

Memperkenalkan, suami Mai hehehe.. Amin... yang lain-lain tu, kawan-kawan aku dan Mai, tapi diorang ni selalu je dengar cerita aku pasal Lambaian. Ada kot yang kenal? Aku kan kepoh bercerita. Lalalala....

Selain walimatul urus Afzan, ada lagi keluarga Lambaian lain yang aku harap dapat tengok diorang kahwin, tapi aku tak dapat tolong membirah sama... tak mampu berada di tempat kejadian.. sob sob sob.. Iaitu, pasangan Abang Sport (tu dia.. orang kuat @Lambaian dah jadi raja) dengan Nad, doktor yang cantik =D

Majlis pasangan ni ada banyak gambar syok-syok.. tapi aku belum sempat curi lagi.. siap banner bagai semua.. nanti aku godek-godek ye... Dan, pasangan kedua, Abang Pilo dan isteri...

*COMEL lah diorang ni!*

Dan juga, pasangan Lambaian Rai dan Azali, dua-dua batch 2005. Aku curi gambar ni.. Sebab, diorang sweet!!

Aku saja nak tunjuk gambar pengapit yang overexpose hahahaha.. Encik dan Cik pengapit, iaitu Aufa dan Khaizan!!

Dan ada satu majlis perkahwinan yang aku sangat teruja nak kongsi. Perjalanan nun sampai ke Kedah dan sangat berbaloi... sebab.... seingat aku lah, aku tak pernah makan kek kahwin tau..! Kek yang dipotong pengantin masa majlis perkahwinan... Ini pertama kali!!! (aku fikir lama-lama, sah, ni pertama kali)

Aku pilih gambar ni sebab ada subjek yang dimaksudkan, KEK KAHWIN! Ini dia, pasangan Aemi dan Abang Din. Ramai juga Lambaian yang datang, nak-nak batch Aemi (2005)

Dengan ucapan.... TAHNIAH!!! Semoga rumah tangga yang dibina menjadi penenang jiwa.. punca bahagia, dunia dan akhirat.. amin... =)

Sekarang.. siapa lagi?


**Terima kasih untuk koleksi gambar yang menyertai post kali ini... gambar-gambar daripada akaun Facebook masing-masing... PEACE!

Isnin, Disember 12, 2011

Jemputan daripada Adik-adik ke Program ISSHO & AGM Khas Buat @Lambaian


Klik gambar kalau tak ada kanta pembesar :)
Semoga niat dan seterusnya perbuatan berkongsi masa, tenaga mahupun kewangan mendapat rahmat daripada-Nya.. 
Buat adik-adik, all the best yang untuk ISSHO! Buat @lambaian yang nak ke ISSHO, roger saya ya.. saya nak pergi juga!



Isnin, November 14, 2011

Program Akan Datang : Kita-kita Aje...

Assalammu'alaikum semua...

Hai....!!!!

Nampaknya semua sibuk.. tapi mustahil tak keep in touch di alam Facebook kan..? Itu aku pasti..! Sibuk dengan kerja masing-masing dan sibuk borak-borak di alam maya atau pun alam nyata, sampai tak sempat nak buat laporan, cerita sok sek sok sek kat blog.

Tak apa, tak apa... aku pun tak mampu nak cerita banyak... cuma aku nak war-warkan dengan sangat semangat... iaitu...

AKAN DATANG!!!

JANUARI 2012....!!!

PROGRAM "KITA-KITA AJE"

Yeah....!!!!














Ahad, September 04, 2011

Laporan Majlis-majlis Berbuka Puasa 1432 H @Lambaian


Ini dia, laporan tertangguh... Hadiah 'Aidilfitri buat semua =)

*******************************************************************************

Alhamdulillah.. Selamat berlangsung perjumpaan-perjumpaan yang dirancang.

Saling mengemaskini pengetahuan am tentang hubungan percintaan, status persediaan perkahwinan, perkembangan kerjaya, perancangan pembelajaran, tumbesaran anak-anak.. Memang meriah!

Tahniah atas kehadiran semua.. usaha menghadirkan diri.. dan terima kasih atas masa yang diluangkan atas dasar silaturrahim ini..

Di Johor...

Menu utama berbuka puasa pertama dengan @Lambaian.. Sate Wak Radol, Kempas

Zul dan anaknya yang mata booooolat dan suka melommmmpat...

Bukti, jumpa @Lambaian buat aku gembira saaaanggaaaaat... ;)

Semua yang hadir.. termasuklah cameraman, Abang Din.. Thanks!

Hari seterusnya..


Menu utama, Nasi Kerabu kak Ezi.. dan lain-lain makanan.. Pot Luck di Rumah Abang Adam dan Kak Ezi.. (",)

Makan, makan juga.. borak, borak jugak...

Tengok bola, pun tengok bola jugak...


Auni : Korang makan la, borak la, tengok bola la.. Auni nak main mainan abang Aqil dan abang Ammar ni.. Eh, ke ni mainan Ayman..?

Di Putrajaya....


Makan dalam dulang gitu... teringat zaman muda-muda kat KTC tengok gambar ni..

Berlima... (campur cameraman lah kan.. thanks Usop for the photos!)

Minggu sebelumnya...



Tulang belakang gitu.. hehehehe..
Go go go! Sailormoon...!!!

Semoga dapat kita jumpa lagi Ramadhan akan datang.. InsyaAllah.. Dia sebaik-baik perancang.. Salam Aidilfitri semuanya...

Next...

Beraya...??? Memporakperandakan kenduri kahwin orang???? Serahkan kepada @Lambaian, tak da hal lah!




Jumaat, September 02, 2011

Jemputan Walimatulurus Maisarah : 3 September, Sabtu, N. Sembilan (Serting)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..!!!

Salam maaf zahir batin buat semua warga @Lambaian dan adik-adik KLM yang disayangi.. Semoga Aidilfitri kali ini membawa kenangan manis buat semua..

Post tentang cerita majlis-majlis berbuka puasa (di Putrajaya, di Sate Wak Radol dan di Rumah Abang Adam & Kak Ezi) tak mampu disiapkan... Tapi nanti-nanti lah diterbitkan ya.. ada berita yang lebih penting ni..

Tadaaaaaa....!!!

Mai (Maisarah Duralim, KLM Batch aku, 2004) nak kahwin!!!! Petang ni nikah, dan menjemput ke majlis walimatul urusnya.. Jemput datang.. Tengok lah kad yang aku snap gambarnya tapi tak berapa nak clear ni ya..


JOM!!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's