Selasa, Februari 08, 2011

Memory: KLM DE PORT DICKSON 29 DEC 2007 - 31 DEC 2007

Memory:
KLM DE PORT DICKSON
29 DEC 2007 - 31 DEC 2007



































 *************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 
 
Jom kita happening-kan blog neh!!
..::email blog::..
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz) 
 
 ************************************************************************************* 

Rabu, Februari 02, 2011

1Heart 1Lambaian (26-27 Februari 2011) UPDATE!




Haaa-- ini dia-- T-shirt program 1Heart1Lambaian kita!

Kepada yang 'terlepas kereta api' pasal 1Heart1Lambaian; boleh rujuk post berkaitan sebelum ini di sini (sila klik)-


Jom jumpa di Melaka!!!

Sedikit tambahan makluman :

1- Adik-adik KLM di UTM atau mana-mana Alumni Lambaian yang akan gerak dari Johor; kita boleh dapat bas UTM untuk pergi dan balik 1Heart1Lambaian- Yeah! Ini adalah usahasama UPA (Unit Perhubungan Alumni) UTM- Maka; kepada yang berminat dengan bas ini; sila beri nama dan no telefon kepada Faiz - 0137118521- Maklumat lain akan diberitahu kemudian-

2- T-shirt program boleh dibeli walaupun anda kurang bernasib baik tidak dapat hadir ke 1Heart1Lambaian dengan harga RM 20 sahaja-

3- Warga Alumni Lambaian yang tidak dapat hadir ke 1Heart1Lambaian juga boleh membeli T-shirt rasmi (formal) @Lambaian (digalakkan membeli; boleh guna untuk sebarang program rasmi selepas ini; insyaAllah)

Ini dia gambar T-shirt formal @Lambaian (RM30)- Logo UTM tu akan diubah suai mengikut kelulusan pihak UTM-


Kepada yang nak beli T-shirt SAHAJA; Sila maklumkan (ASAP!) dan masukkan bayaran kepada Afzan @ Ain-

Akaun CIMB:
Nama: Noor Afzan Muhamad
No Akaun: 1238 0068 6295 29
Tel : 012-3728 374

Akaun Maybank:
Nama: Nor Ain binti Husein
No AKaun:154053341821
Tel : 019-7900 130

Sila SMS (1) Nama; (2) Saiz baju; (3) maklumkan jika mahu lengan panjang; (4) jumlah dan tarikh bayaran--

Sebarang soalan atau cadangan; drop your comments here or contact us directly- Dan boleh klik our group in FB here (sila klik)- kalau lebih mesra FB =P atau di event kita di sini utk RSVP

Sekian dari yang comel;
Ain


Ringkasan makluman bayaran:

1.Bujang Alumni -Cenderahati+Baju Formal Alumni+Baju Family day-Rm130

2.Bujang Ahli KLM UTM- Cenderahati+Baju Family day--Rm110

3.Pasangan Berkahwin
  • Berkahwin (anak seorang@2 dan masih kecil atau hanya berdua) + baju Family Day2Helai + baju Alumni 2Helai-RM 240
  • Berkahwin (anak seorang@2 dan masih kecil atau hanya berdua) + baju Family Day 2Helai + baju Alumni 1Helai-RM 220

4. Baju Formal Alumni -RM30 (tanpa hadir ke 1Heart1Lambaian)

5. Baju Family Day -RM20 (tanpa hadir ke 1Heart1Lambaian)





 *************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 
 
Jom kita happening-kan blog neh!!
..::email blog::..
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz) 
 
 ************************************************************************************* 

Selasa, Februari 01, 2011

@Lambaian dalam Buletin UPA

Assalammu'alaikum warahmatullah-

Dalam proses menguruskan program Hari Keluarga @Lambaian 1Heart 1Lambaian; satu hari; aku sampai kepada website Unit Perhubungan Alumni (UPA) dan terus berhubung dengan pegawai berkaitan untuk kemaskini senarai SIG (Special Interest Group) di bawah UPA iaitu memastikan ada persatuan kesayangan kita; Persatuan Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian)- Respon dan tindakan pantas diambil dan kalau kita tengok website UPA (klik sini) sekarang; ada nama @Lambaian dalam senarai SIG dan dah di-link-kan ke blog ini!


Owh yeah!!!

Minggu lepas pula; kami (aku dengan Kak Syila) ke pejabat UPA dan pergi ke rak majalah di dan kami cari buletin UPA yang digembar-gemburkan oleh Abang Azwar semasa Euphoria di Kem Kaizan yang lepas-


Ini dia cover buletin tersebut- Kenapa digembar-gemburkan oleh Abang Azwar dan kenapa dicari oleh aku dan kak Syila?

OMG!!! @Lambaian masuk buletin UPA!!! OMG!!! Satu page kita je! Program SBL: MKK (Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang Kerjaya dengan Kami) jadi tumpuan! Gambar @Lambaian ke ABC (Anugerah Bintang Cancelor 2010) jadi tatapan! (Cis! tak de gambar aku!)

SILA TENGOK BULETIN TERSEBUT ONLINE di sini-

Okay- Aku memang teruja!
Semoga usaha kita semua mampu terus ditingkatkan untuk kemaslahatan banyak pihak-
Nanti-nanti aku tambah sebarang maklumat yang diperoleh dari UPA ya-
Dan pokok pangkalnya; jumpa di AGM (Annual General Meeting) kedua kita semasa 1Heart 1Lambaian nanti!

Jom jom jom! Pergi 1Heart 1 Lambaian!
Pssssttt Dah bagi nama; bagi saiz t-shirt dan dah buat bayaran ke belum?



 *************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 
 
Jom kita happening-kan blog neh!!
..::email blog::..
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz) 
 
 ************************************************************************************* 

Ahad, Januari 30, 2011

Notis Am Blog @Lambaian

Salam Semua. 

Kepada semua pembaca blog, ahli @Lambaian dan juga sesapa yang berkenaan. 


Untuk pengetahuan. Baru-baru ini, aku telah menaiktarafkan Ayen & Elya kepada admin blog. Ini kerana mereka berdua amat gigih dalam usaha menjaga blog dan lebih prihatin terhadap blog ini. Jadi tahniah kepada mereka berdua.

Juga baru-baru ini, aku telah menjemput blogger tersohor lagi hip, Noorafzan sebagai contributor @Lambaian. Entah dia dah memulakan tugas ke belum. Tapi silalah Afzan untuk mengkontribute barang se-entri dua ye. 

Sedikit pembahagian tugas-tugas admin. Sebarang ubahsuai blog memang aku serah sahaja kepada Elya & Ayen. Tapi agak-agak tak oke, aku ubah je sikit-sikit. Itu pon bergantung kepada pendapat orang lain.

Kepada usaha mengedit entri orang lain, aku rasa tak banyak admin yang cuba mengedit entri orang lain. Cuma sekali je entri aku di-edit Elya. Sebagai usaha penambahbaikan. Takpe.

Hanya admin yang boleh membuang komen. Itu dilakukan dengan atas dasar perihatin kepada sensitiviti kepada pembaca lain. Sila jangan terasa hati jika komen dibuang. Sebab hati yang lebih ramai juga perlu dijaga. Blog ini bertujuan menyatupadukan ramai hati-hati diluar sana. Jadi berhati-hati dengan komen anda. 

Kepada contributor tetap, jika berkelapangan, silalah mengkontribute apa yang patut. Kot dikumpul-kumpul status di FB tu, siap satu entri gamaknya di sini. 

Untuk itu, berikut adalah senarai admin dan contributor blog sekarang:

Admin:
1. @Lambaian
2. Friction
3. Diego Amani
4. elQiranibizzz
5. Ayen =D

Contributor :
1. Batu Bata
2. Syila
3. AFIQ zainal
4. noorafzan
5. Penulis Jemputan @Lambaian

Notis am, semua pembaca blog @Lambaian yang prihatin dan berkobar-kobar boleh menggunakan log-in Penulis Jemputan @Lambaian. Tapi rasanya baru sekali digunakan Fizah. Peluang masih terbuka dan kami tak veto. Tulis je jika beridea dan berkelapangan. 

Sekian. Harap maklum dan terima kasih kepada semua yang terlibat. 


 *************************************************************************************
 NOTA KAKI dari Elya: 
 Sorry tuan Diego Amani, menyemak kat post yang sama, nak buat pengumuman~
Mulai dari ini, anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 

Jom kita happening-kan blog neh!!

..::email blog::..
elqiranibizz.lambaian@blogger.com
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz)


 *************************************************************************************

Rabu, Januari 26, 2011

Survival dan Yahoo!!

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Selepas aku persoalkan di hujung post terakhir aku di blog ini (jemputan ke program dan walimatul urus tidak dikira) pada 4 November 2010 yang lepas iaitu;

"kenapa aku harus update blog @Lambaian?" ,

baru hari ini aku nak menulis semula... Sebab...

Nak menulis tak perlu sebab kata... =p

Cerita kita pada hari ini diilhamkan daripada program yang akan berlangsung pada Sabtu ini, kelolaan adik-adik KLM kita iaitu Survival! Sedikit maklumat tentang program;

Tarikh : 29-31 Januari 2011 (Sabtu-Isnin)
Tempat : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, SELANGOR
Bayaran : RM 50

Tetapi tempat terhad sebenarnya.. Aku rasa kena contact direct lah adik-adik yang menguruskan kalau-kalau masih ada tempat atau rujuk event di sini atau di KLM's Group di FB

Sebenarnya aku tak diarahkan untuk mengiklankan program ni pun, tempat terhad. 28 insan terpilih sahaja! Apa yang aku nak kongsi dalam post kali ini ialah perasaan aku yang berbunyi lebih kurang macam lagu Ayushita, "jangan bilang tidak..."

Aku nak join Survival!!!

Owh, aku masih ada ciri-ciri giler program rupa-rupanya.. Dalam kekeliruan aku nak join ke tidak, join ke tidak.. (ditambah dengan ada urusan lain pada hari Ahad), aku teringatlah program Yahoo!! di Nur Lembah Lenggong, Perak, pada satu hari yang indah dulu...

Bergambar ramai-ramai sebelum balik UTM

Khemah-mates : Piah dan kak Ikin! (tak tido pun dalam khemah; berborak je lebih)

Dalam dewan untuk aktiviti apa entah aku pun tak ingat- hahaha- Nampak sangat aktiviti outdoor yang lebih menusuk ke kalbu (Walaupun gambar kecil; aku letak juga gambar ni sebab tak de gambar lain)

Aku sebenarnya tak berapa nak tahu Survival tu ada aktiviti apa- Tapi yang pastinya aktiviti-aktiviti berkaitan alam semula jadi dan mungkin juga ada aktiviti lasak yang menarik lagi da bomb kan! Kita tunggu saja la cerita daripada mereka yang hadir sebagai cenderahati untuk kita (biasanya ada pada FB adik-adik ni nanti)- Dan sebagai manusia kurang terpilih untuk hadir; biasanya aku akan baca cerita-cerita mereka sambil tersenyum dan berkata-kata dalam hati "bestnya lah hai kalau aku dapat join haritu" Adik-adik; nanti jangan lupa upload gambar!

Aku tak berapa nak tahu pasal Survival tapi aku tau pasal Yahoo!! (Yahoo!! yang pertama; yang kedua aku tak join)- Meh sini aku cerita sikit- Macam biasa; aku kan suka bercerita beriya-iya-

Antara yang aku paling tak boleh lupa ialah aktiviti aku merentas Sungai Perak!

*Sumber : Google*

Oh tidak- Bukan river crossing ini yang aku nak cerita- Kalau flying fox tu ada kami buat lebih kurang tinggi macam gambar di atas (dalam program Yahoo!! juga)- Teringat satu situasi; di mana 3 gadis (Marsya; Rai dan Kejan) dilepaskan bertiga bersama-sama- Masa tu aku ke kafe- Aku tak nampak mereka dilepaskan tapi aku cuma nampak mereka bila dah sampai ke penghujung flying fox yang merentasi Sungai Perak tu- Sebelum tu aku dengar satu bunyi yang amat ngeri gedebush!; selepas jeritan gadis-gadis ayu itu-

Ya-- gedebush! sebab tali break petugas terputus dan mereka sampai di penghujung flying fox dengan momentum yang sangat tinggi! Dahan pokok patah! Mereka tak cedera tapi mungkin sengal-sengal badan- Serius seram! Tapi lawak lah bila tak de yang cedera =p Maaf lah Marsya; Rai dan Kejan aku cerita kat sini- Tak kesah kan hehehe-

Balik kepada cerita merentas sungai (river crossing) yang aku nak cerita adalah seperti gambar di bawah-

*Sumber : Google*

Ops! Bukan bukan! Ini tidak! Air Sungai Perak deras sungguh; kalau kami buat river crossing macam ni mesti aku dah tiada untuk menulis di blog ini lagi- Hehehehe--

*Sumber : Google*

Kami tenggelam dalam air macam dalam gambar di atas dan akan bergerak sedikit demi sedikit dengan kuasa tangan kami untuk merentasi Sungai Perak- Tapi kami hanya guna satu tali dan diikat seperti gambar di bawah-

*Sumber gambar; Google sampai jumpa Blog ini*

Haaa dapat bayangkan tak? Aktiviti river crossing pertama dan terakhir (buat masa sekarang) dalam hidup aku tu sangat lah buat aku rasa macam dah nak mati! Air sungai sangat deras! Air bertubi-tubi menyesakkan dada- Aku rasa hangin sebab aku rasa macam tak bergerak-gerak padahal aku terasa sangat letih! Akhirnya bila aku dilihat tidak bergerak-gerak (dok statik je lawan arus) di tengah-tengah; petugas yang naik bot tu suruh aku lepaskan tali yang disambung antara tempat mula dan tempat akhir; aku telentang; pastu petugas tu tarik je life jacket aku sampai ke seberang- hahahaha-- mengelat kan-

Tiba kat seberang; aku masih rasa sangat ditolak arus deras--

"Ain; dah sampai; berdiri! Berdiri!"
Abang Zairi jerit-
"Tak boleh- dalam! Kaki ain tak sampai lagi!"
"Ain; tengok Abang Zairi ni!"

*Sumber : Google*

Aku toleh; dan aku nampak Abang Zairi tengah berdiri di tepi aku- Owh-- Dah cetek rupanya-

=p

Bersambung-




 *************************************************************************************
Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! 
E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni. 
 
Jom kita happening-kan blog neh!!
..::email blog::..
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz) 
 
 ************************************************************************************* 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's