Rabu, April 29, 2009

Muka Cecah masuk majalah

Hanya sedikit gembar-gembur. Sapa tak suka muka masuk majalah kan?

Kali ini, muka Cecah & anaknya (Lambaian batch 99) yang masuk majalah Pa & Ma keluaran Mei 2009. Glemer sekampung Cecah. Aku kasik highlight lebih sikit untuk rakan-rakan @Lambaian yang lain. Kot-kot terlepas pandang blog dia. Di sini cerita sebenar cemana dia berjaya mempromosikan diri dia untuk ditemu-ramah dan masuk majalah. Sediakan kamus kalau-kalau English sekadar cukup makan.

Untuk rakan-rakan lain, kot ada lagi edisi glemer terlebih ni, masih simpan potongan akhbar / majalah / apa jua jenis media, bleh kasik masuk emel mana-mana penulis blog ini yang korang suka. Kita kongsi di sini.

Sekian.

Jangan lupa, AGM pertama 6-7 Jun 2009. Kali ini harap penyertaan semua. Yang tak dapat datang Sabtu, datang je hari Ahad. Sempat lagi masuk mesyuarat AGM.

Selasa, April 28, 2009

Mengimbau Pucuk Pimpinan KLM

Assalammualaikum warahmatullah..

Alkisah..

Kelab Lambaian Masyarakat, Kolej Tuanku Canselor ditubuhkan pada tahun...

Mengikut cerita Abang Mazlan & Abang Jijoe, hasil siasatan Kak Syila,

Abang Azril adalah Pengarah Program Lambaian Muhibbah (seperti kata Abang Adam) & Abang Saifudin Mohtaram adalah penasihat Program tersebut. Selepas program itu, mereka sepakat tubuhkan KLM. (Hero yang bertanggungjawab dalam tindakan mengasaskan kelab lah ni..) Secara rasminya selepas penubuhan KLM.... nama-nama Hero dan Heroin Kelab Lambaian Masyarakat suatu masa dulu hingga sekarang, untuk tatapan dan imbauan semua :

(Pucuk Pimpinan ke-x, Nama Pengarah, Nama Timbalan Pengarah, Tahun)

Pengarah 1st - Khairul Anuar Abdullah , Kak Husna (akhir 1997-2000)
Pengarah 2nd - Muhammad Adam, Norezdiani Mohd Nor (2000-2001)
Pengarah 3rd - Madzlan Kassim, Norsyilawati Shaban ( 2001-2002)

Pengarah 4th - Mohd Azhan (Atok), Zaidah (2002-2003)
Pengarah 5th - Izwan Abdullah @ Wak, Rozza (2003-2004)
Pengarah 6th - Mohamad Zairi bin Baharom @ cha kering, Khairulnizam @ black, Norfarariyanti bt Parimon @ fara, Ummu Tasnim Hussin

Pengarah 7th - Syazwanul Badri bin Roslan @ Bad, Hanisah Roslan @ Ecah
Pengarah 8th - Ahmad Nabil @ Nabil, Hanisah Roslan @ Ecah (2007)
Pengarah 9th - Muhamad Hafiz Zakaria @ Aput, Nor Hafizah @ pizah , Mohd Zaini Azizan (2008)

Pengarah 10th - Mohd Faiz @ Faiz, Mohd Aminudin (2009-sehingga akan digulingkan.. hahaha)

tahun tu macam ala-ala hentam je tu.. pembetulan amatlah dialu-alukan.. wah.. berapa tahun dah KLM ni sebenarnya ni .. huhuhu.. *blink2*

***in focus-->(klik di sini) perhatian-segera-1st-agm-hari-keluarga.

Rabu, April 22, 2009

PERHATIAN SEGERA : 1st AGM & Hari Keluarga @Lambaian 2009

Kepada semua ahli Kelab Lambaian Masyarakat, KTC dari batch 1997 hingga yang baru grad….

Kami ingin menjemput kawan-kawan untuk hadir ke AGM Pertama dan Hari Keluarga @Lambaian 2009. Agenda utama adalah untuk mengadakan AGM yang akan merealisasikan penubuhan Alumni Lambaian Masyarakat dibawah “SIG” PAUTM disamping mengeratkan semula hubungan antara ahli-ahli Lambaian yang telah menamatkan pengajian di UTM.

Kehadiran kawan-kawan AMAT PENTING bagi @Lambaian kerana pendapat, idea dan sokongan semua diperlukan supaya @Lambaian dapat menjadi pertubuhan yang boleh memberi sumbangan berguna dan bermanfaat kepada ahli-ahlinya.

Buat masa sekarang kami dalam proses akhir untuk memilih tempat terbaik dan kami mengharapkan maklum balas segera dari kawan-kawan supaya kami dapat menyediakan kemudahan dan keselesaan yang memenuhi keperluan semua.

Butir-butir berkaitan perkara diatas adalah seperti berikut:-

1. Tarikh: 6 & 7 June 2009 (cuti sekolah)

2. Tempat-tempat pilihan;

a. Tiara Beach Resort - Port Dickson
b. Glory Beach Resort - Port Dickson
c. Le Paris Hotel & Resort - Port Dickson
d. Hotel Impian Morib - Banting Selangor

3. Budget harga (termasuk harga bilik dan makan);

Berdasarkan urutan tempat:-
a. Bujang RM123 (4 org/bilik); Famili RM346
b. Bujang RM113 (4 org/bilik); Famili RM225
c. Bujang RM136 (4 org/bilik); Famili RM318
d. Bujang RM110 (3 org/bilik); Famili RM260

NOTE: Harga belum muktamad, budget adalah berdasarkan quotation yang kami dapat dan masih boleh dirunding. Cuma kami letakkan anggaran kasar supaya kawan-kawan boleh buat pertimbangan awal. Kami juga akan cuba dapatkan sponsor dari pihak yang berminat.

4. Bagi pemilihan tempat keutamaan diberi kepada keselesaan dan kemudahan untuk kita bermesyuarat dan bersantai.
a. Tempat tidur yang selesa
b. Hidangan makanan yang sedap dan berpatutan
c. Dewan yang lengkap untuk AGM
d. Swimming pool
e. Water Park - sesuai untuk kanak-kanak (Tiara Beach sahaja)
f. tempat yang menarik dan bersih

5. Kami memerlukan pengesahan kehadiran secepat mungkin kerana kami akan ke resort-resort tersebut hujung minggu ini bagi membuat penilaian terakhir. Sekurang-kurangnya kami dapat memberi anggaran bilangan yang berminat hadir untuk kami mendapatkan harga yang berpatutan dan pastinya lebih rendah.

6. Harga sebenar, tempat dan tempoh bayaran perlu dibuat akan kami beritahu selewat-lewatnya pada 30/04/09 nanti.

7. Tentetif adalah seperti dibawah:-

6hb Jun 2009 - Sabtu


12.30tgh/hr Makan Tengahari bersama
02.00 ptg Check-in & khidmat diri
03.00 ptg Taklimat dan sesi suai kenal
04.30 ptg Bersantai bersama
06.30 mlm Khidmat diri
07.15 mlm Solat Maghrib, Bacaaan Yassin dan Solat Hajat
08.15 mlm BBQ

7hb Jun 2009 - Ahad

08.00 pg Sarapan Pagi
09.00 pg AGM
11.00 pg Tea Break
11.30 pg Majlis Penutup
12.30 tgh/hr Check out & Makan Tengahari
02.00 ptg Bersurai

(tentetif lengkap akan diemailkan kepada kawan-kawan setelah kami mendapat semua pengesahan yang diperlukan)


Alumni Lambaian Masyarakat adalah milik kita semua dan setiap dari kita berhak untuk bersuara, memberi pendapat dan menjadi perintis kepada penubuhan rasmi @Lambaian.

Kami rindukan saat-saat kita berprogram bersama seperti dulu dan kami tahu kawan-kawan juga begitu, jadi jangan malu dan jangan segan…inilah masanya untuk kita berkumpul dan menyegarkan kembali ukhwah sesama kita sebagai satu keluarga, Keluarga @Lambaian.

Sekiranya kawan-kawan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi saya atau AJK Penaja @Lambaian yang lain seperti dibawah (terpulang kepada keselesaan kawan-kawan):-

1. Abg Gap
2. Adam
3. Sport
4. Ayu Tesl
5. Azwar
6. Usop
7. Ikin
8. Ain

P/S : Jika kawan-kawan tidak menerima sebarang email berkaitan perkara diatas mugkin disebabkan kami tidak mempunyai alamat email anda jadi sila email saya atau sms alamat email anda ke 017-3819789 (talian sementara). No. telefon dan alamat email setiap AJK disertakan dalam email tersebut untuk lebih memudahkan anda. Bantu kami untuk menghebahkan perkara ini kepada kawan-kawan Lambaian yang lain.


Sekian,
- Syila -

Selasa, April 21, 2009

Al fatihah...

salam buat semua lambaianians...

ptg tadi bout jam 3lebih sy dpt panggilan daripada salah sorang alumni...azwar azhari..(betoi ke nama ko ni )...

dia telah memberitahu satu berita sedih tentang seorang warga lambaian..ingat BOSTON..??? sorg ahli kelab yang agak pemalu tu batch black,zairi,usop,zul, afiq,...??? mekanikal student???..

menurut info, beliau telah kehilangan ayahanda yang disayangi...berita telah disampaikan oleh usoop sendiri kepada azwar...

jadi salam takziah buat boston dan keluarga...kami warga lambaian turut merasakan kesedihannya..

ALFATIHAH...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

"...mati pasti datang..bersediakah kita...????..."

Jumaat, April 17, 2009

Apabila Sampai Masa Makan

Assalammualaikum warahmatullah keluarga Lambaian semua..

Kelab Lambaian Masyarakat, KLM takkan pernah dapat dipisahkan dengan Jamuan Kelab di hujung setiap semester sebagai 'pelengkap' KLM berprogram/beraktiviti. Sampai aku pernah dengar dari mulut senior-senior beberapa kali, KLM kalau bab-bab jamuan, memang tip top/power/laju dan sebagainya. Bermula dengan Jamuan Kelab pertama aku, di perkarangan Dewan Alumni UTM, tema pakaian ketika itu, warna biru. Fuh, nasib baik aku ada baju kurung warna biru kan. Walaupun jamuan 'open air', aku masih berasa jamuan itu vouge. Yang paling aku ingat, ada persembahan pantomin. Pelakon utama Abang Din dan Asmida yang menggunakan suara Kak Aina dan Abang Chuck. Aku suka! Aku suka! hehehe.. Tapi sayang, aku tiada sebarang foto untuk dikongsi. Almaklumlah, masa tu, handphone pun baru ada, apatah lagi lah nak memiliki kamera.

Ya, setiap Jamuan Kelab ada tema pakaian iaitu warna dan konsep. Antaranya:

1. Biru - jamuan semester pertama aku tu
2. Hitam Kuning + Elegance - jamuan yang berpengarahkan Ummu di DSK, UTM
3. Warna-warni + Aidilfitri - jamuan di DSK, sekali gus dengan sambutan Aidilfitri
4. Merah Hitam + Ice & Cold - jamuan di DSG (Dewan Astana)
5. Hijau + Malar Hijau - jamuan di.. err.. apa ya nama dewan tu? dalam bangunan HEP UTM
6. Black & White - jamuan sempena 1 dekad tertubuhnya KLM di dewan Alumni UTM


~Malam Semarak Salju~

~Malam Lambaian Malar Hijau~

Menjadi satu keseronokan jika dapat berpakaian mengikut tema jamuan. Selain menghormati majlis, perasaan secara automatik jadi indah seperti berbunga di taman hati walaupun terpaksa meminjam, membeli atau menempah pakaian. Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika tidak berpakaian mengikut tema jamuan. Cuma berkemungkinan menjadi bahan jenaka sehingga beberapa keturunan.

~Pengerusi majlis Malam Lambaian Malar Hijau~

Walaupun gambar agak kabur, aku tetap nak masukkan gambar yang menunjukkan pengerusi majlis sendiri 'tersalah pandang' pakaian beliau di malam jamuan tersebut. Kepada yang berkenaan, jangan marah naa.. nanti kena jual.. hehehe..

Persembahan semasa Jamuan Kelab seolah-olah satu kemestian. Ini turut menjadi faktor penguat kenapa jamuan-jamuan kelab menjadi kenangan yang terindah dan tak dapat dilupakan. Walaubagaimana pun, perubahan bukanlah satu bentuk 'tidak hormat' kepada tradisi tetapi sebagai satu pemberi nafas baru yang menyegarkan. Malam Semarak Salju memulakan sesi permainan (game) dalam Jamuan Kelab (bagi aku, ini ialah pembaharuan di kala zaman aku di UTM).

~Game 'make up make up' di Malam Semarak Salju~

Terasa diri diperkotakkatikan Nad? Semestinya tidak kerana semua keluarga Lambaian sporting dan ceria. Pemenang permainan tersebut ialah pasangan yang memiliki model yang bergaya ala-ala model profesional di pentas peragaan.

~Pemenang, Atok (model) dan Hafizuddin (jurusolek)~

~Makan-makan di meja bulat - Malam Semarak Salju~

Selain menikmati hidangan di meja bulat (gelaran standard untuk meja jamuan), ada juga pelaksana Jamuan Kelab yang memilih untuk makan di atas lantai, persis Kemelayuan. Sesuai dengan tema, Warna-warni Aidilfitri, inilah contoh 'meja bulat' jamuan malam itu.

~Warna-warni Aidilfitri~

~Warna-warni Aidilfitri - di meja untuk mengambil makanan~

Antara perkara penting yang kebiasaannya berlansung serentak semasa Jamuan Kelab ialah pertabalan/pengumuman Majlis Tertinggi KLM (setahun sekali).

~Warna-warni Aidilfitri - barisan MT KLM berpengarahkan Nabil di hadapan meja VIP~

Jamuan Kelab juga tidak dapat dipisahkan dengan cenderahati untuk dijadikan simpanan warga Lambaian. Paling menyayat hati jika cenderahati itu adalah 'hasil tangan' warga Lambaian sendiri secara gotong-royong, sakit-sakit tangan memotong kertas yang tebal, berjaga hingga lewat malam bagi menyempurnakan semua cenderahati dan dititikberatkan agar menepati tema. Bukan harga menjadi timbangan, kerana semua cenderahati ada sentimental value.

~Cenderahati - Malam Semarak Salju~

Pernah aku ceritakan tentang Malam Sedekad Lambaian Gemilang Bersama, tetapi sekadar merajinkan diri meletakkan gambar jamuan tersebut sekali lagi, jamuan terakhir KLM yang aku hadiri sebagai pelajar UTM Skudai.


Owh yaa... terdapat dua gambar Jamuan Kelab yang berlaku sebelum penglibatan aku dalam Lambaian. Untuk tatapan warga Lambaian yang merindui zaman-zaman muda.. dipersembahkan..

~Jamuan Raya KLM 1999~

~Jamuan Raya KLM 1999~

Seronoknya rasa apabila sampai masa makan =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's