Selasa, Mac 02, 2010

Wawasan'05 ; Sayonara (Part 3)

Walaupun gambar tak bersih dan tajam, aku letak juga gambar di atas untuk menggambarkan suasana perjalanan pulang kami dalam bas UTM dari program Wawasan'05 ke KTC, UTM. Penat habis. Tapi lega, puas hati, gembira. Bercampur baur juga dengan rasa sedih dan rindu meninggalkan keluarga angkat yang baru dikenali.

Dalam bas, kami makan kurma goreng. Pertama kali aku makan kurma goreng. Macam cempedak goreng je sebenarnya, tapi gunakan kurma. Mak angkat aku yang buat. Tak boleh lah aku makan seorang kan, sebab nanti bau satu bas, berjujuran air liur orang lain terutama Bad, Aufa dan abang Black tu haa...

Tak kurang juga kesibukan melayan SMS orang di kampung tersebut. Biasalah, kalau berprogram, kita kena pandai menangani gejala digilai peminat ni.. hahaha.. Tak layan kata sombong, layan lebih-lebih, sendiri terjerat. Maka, agak-agak la.. Mula-mula tak beri nombor telefon pun selepas majlis penutup tu, aku beri alamat emel. Tapi Cha'ah merayu pada aku bagi pihak peminat, "agak-agak lah.. bagi la nombor telefon.." Huh.. baiklah..


Haa.. dalam perjalan pulang, ada menyinggah di tempat makan minum dan ke tandas. Apa ntah nama tempat, tapi belakang Mai dan Ajan tu adalah bangunan tandasnya.. Cantik di luar, di dalam tak aku ingat.. hehehe.. Kenapa Mai pakai baju kurung oren, tapi bukan baju batik kelab? Haaa.. sebab, kain baju batik dia masuk celah rantai motor seorang warga kampung.. dan.. syahid.. Eh, Mai, ini bukan rahsia kan? hehehe...

Suka ria ada di mana-mana di dalam Lambaian. Tetapi tak ketinggalan suasana serius, terharu, syahdu, menikam kalbu dek panahan mulut tiada insurans atau luahan hati sayu. Semuanya ada dalam post moterm program Wawasan'05 sejurus selepas sampai ke S01. Tidak bertangguh, masih dengan baju batik kelab lagi. Di Dewan Sri Kempas.



"Saya tahulah, saya lambat tangkap apa korang cakap.. tapi saya pun ada hati dan perasaan jugak.." kata-kata terhenti. Muka terkilan selepas ucapannya dengan suara yang bergetar.

Aku dengar, dan ingat sampai sekarang. Rasa bersalah juga singgah di hati. Aku minta maaf ye **** kalau aku termasuk dalam orang yang buat hati dan perasaan kau jadi terguris. Glup... Haaa.. tu lah korang.. main suka hati je main-main kan orang... gelak-gelak kan orang.. notti... (naughty)

Antara isu lain dalam post moterm ialah ada beberapa peserta menyebutkan tentang betapa banyaknya aktiviti sehinggakan tidak ada banyak masa diluangkan khas buat keluarga angkat sahaja. Contohnya, nak membeli belah bersama keluarga, berbual mesra dan lebih mengenali keluarga. Masa tu, aku cuma take note, sebab tiada yang salah jika ucapan itu adalah satu PENDAPAT. Masing-masing ada perspektif tersendiri.

Namun, isu ini dibidas oleh Ketua Khidmat Masyarakat. (cewah, ayat macam berita...) Jawatan ini secara umumnya menyusun segala aktiviti sepanjang program selain daripada yang berkaitan khidmat pendidikan. Di bawah beliau kemudian barulah ada ketua-ketua program kecil. Maka isu tersebut sangatlah berkait rapat dengan beliau yang juga meng'usha' tempat program sebelum hari Wawasan'05.

"Program suka neka kat tepi pantai tu, bukan bersama keluarga ke? Belajar gubahan dan pertandingan gubahan tu, bukan bersama keluarga ke? Bukan ada beberapa slot free untuk bersama keluarga jugak ke?"

Ya, adalah sangat betul.. Secara peribadi, aku lebih rapat dengan mak angkat aku semasa aktiviti di tepi pantai sebab masa itu, kami sama-sama dengan cucu-cucunya memberi sorakan kepada permainan yang sedang berlangsung. Mak angkat aku masa tu tengah anyam ketupat, sempena satu pertandingan. Sama-sama aku sertai dengan mesra dengan tiupan angin laut.. Perggh.. memang masyuk.. Aku juga turut bersorak semasa sukan bola sepak di pantai sebab pasukan orang kampung disertai oleh menantu mak angkat aku, Bang Man. Aku dengan mak angkat aku jugak masuk pertandingan gubahan, sekumpulan dengan kak Eni. Walaupun aku Ketua Khidmat Pendidikan, sibuk, menyertai mesyuarat juga, aku yakin aku telah meluangkan masa berkualiti bersama mak, bang Man, kak Zan, bang Nasir, dik Wan dan abangnya sehinggakan perpisahan kami dihiasi dengan cucuran air mata dari aku dan mereka. Cukup rapat...!

Ya, kita boleh 'cipta' masa untuk keluarga...!

Bersambung...

*Walaupun sudah ada tulisan tentang post-moterm, tidak bermaksud perkongsian hampir tamat. Bukan satu kesalahan pun jika penceritaan tidak secara kronologi kan?

Jumaat, Februari 26, 2010

Wawasan'05 ; Khidmat Masyarakat Kami (Part 2)

Kalau nak diceritakan alkisah pahit getir perjuangan menjayakan Wawasan'05, aku takut aku yang menangis seorang diri di depan laptop ni ha tanpa cerita selesai. (Sentimental betul.. Ntah hape hape..) Maka, aku simpan dulu. Save the best for last.

Hari kejadian.

Khidmat Masyarakat (KM) ini berlangsung selama 7 hari di kampung Tanjung Resang. Namun disebabkan penduduk yang tidak ramai, kami gabungkan dengan penduduk kampung bersebelahan iaitu kampung Sisik. Di kampung yang indah permai, jauh ke dari bandar Mersing. Nak beli petrol di kedai runcit, dalam botol. Kalau tak, menjejaklah anda ke bandar Mersing itu. Suasana sangat permai. Aku suka. Udara segar, bau tepi laut dan bau buangan haiwan ternakan. Kalau langgar yang kering, dapat 10 markah. Kalau langgar yang basah, dapat 50 markah. Hahaha.. Itulah peraturan ''permainan' yang disebut oleh abang Pilo.

Haa.. itu dia abang Pilo, muka tengah khusyuk nak belajar cara potong buah nanas mungkin. Padahal bukan kampung dia Pekan Nanas ker? Ataupun tengah dengar gosip? Jup, nampaknya sangat tekun dan arif. Ini adalah gambar persiapan kenduri sekampung.. sangat seronok...!!! Buat persiapan di kawasan surau Kampung Tanjung Resang. Malam tu, makan...! Ada marhaban sekali di surau.. Semua lancar seperti yang dibayangkan untuk kenduri kendara kebiasaannya. Namun yang comelnya, ada orang-orang belakang tabir, termasuk aku, makan di luar surau, malah luar dari kawasan bersimen seperti dalam gambar di atas. Kami makan beralaskan plastik tebal di atas tar! Yang penting, makan dalam dulang.. so sweet..

Sumbangan aku? Aku tolong gentel buah melaka, ... eerrr.. tu je ke kerja aku? ayoyo.. Tapi aku macam ada di situasi kak Aina basuh ikan.. ada juga di babak belah buah kelapa... Banyak je.. Cuma tak de kerja tetap kerana tiada kepakaran tertentu agaknya.. MT program lah katakan.. bajet sibuk =p

Haaa.. adik kecil tu, dari rumah keluarga angkat aku.. Nama dia, Abang.. hehehe.. Kenduri sekampung hanyalah satu daripada banyak program. Okay.. aku cerita satu lagi program, di pusat operasi kami, di Sekolah Kebangsaan Tanjung Resang.

Itu dia, pertandingan gubahan... Dalam gambar ini ada dua keluarga.. dua mak angkat.. jiran. Satu mak angkat aku, Mokda Munah (yang tak nampak muka), dan satu lagi mak angkat Cha ah. Cha ah berbaju batik kelab, tolong mak aku.. hehehe.. Itu kak Eni yang dah kahwin dengan Atok, juga adik beradik angkat aku. Sebenarnya aku masuk juga pertandingan ini, tapi mungkin aku yang ambil gambar. hahaha.. Sayang, aku tiada gambar gubahan-gubahan. Huhu.. almaklumlah, zaman dulu, tiada Friendster, Facebook, Blogspot untuk buat kita beringat mahukan macam-macam gambar. Yang ada cuma gambar pemenang...

Nampak hadiah yang dipegang Sina, pemenang tempat ke-2. Gubah kain jadi macam baju berkolar kebaya..

Bercerita tentang pertandingan ini, sebenarnya hari tersebut ada jemput KEMAS datang menyertai. KEMAS kawasan buat kelas untuk gubahan. Memang bestlah anak-anak angkat perempuan berkumpul bersama mak-mak angkat mereka. Dewan terbuka, angin sepoi-sepoi bahasa. Memang kelaaaaaas.....!

Petang itu juga, kalau aku tidak salah ingat, ada sukan sekampung di tepi pantai yang landai, bersih dan belum tercemar. Memang syok..! Perempuan main bola tampar.. (sukan paling selalu dimainkan dalam Kelab Lambaian Masyarakat tapi aku tak pandai main.. bengkak tangan saja). Lelaki main bola sepak. Bola sepak, orang kampung lah yang menang.. Sebab lelaki Lambaian kita kurang stamina kot, tak turun ke laut macam mereka.. hehehe..

Bersambung...

Rabu, Februari 24, 2010

Wawasan'05 ; Di Sebalik Tabir (Part 1)


Assalammu'alaikum warahmatullah...

Both photos above look familiar?
Yes, for me, they are familiar. Even the memories behind the photos...!!

**************************************

"haaa.. Ain.. Ketua Khidmat Pendidikan kan?"
"yup.." jawab gadis yang di semester ke-3 pengajian Ijazah Sarjana Muda di UTM itu.
"tau Ketua Khidmat Pendidikan buat apa?"
"tak tau.." jawab gadis itu lagi tanpa rasa bersalah di surau KTC, S01 sambil bersila.
"haaa.. kerja kau, tahu apa yang kau kena buat, dan buat..."

Itulah SAHAJA perbualan aku bersama pengarah Program Khidmat Masyarakat, yang dinamakan Wawasan'05 semasa mesyuarat pertama program tersebut. Itulah arahan pertama pengarah untuk aku. Huh.. tak mesra alam langsung.. =p Kak Rozza ke, kak Ikin jugak lah yang aku dampingi selesai mesyuarat, untuk tanya apa harus aku buat. I have no idea...! Aku cuma ada pengalaman dalam khidmat pendidikan ini, dengan menjadi Fasilitator KLM sahaja.

**************************************

"Ain ada kamera best kan? Nak pinjam.."
SMS pagi-pagi buta. Dengan mata kelat aku gagahkan diri untuk bangun tidur dan bersiap sikit apa patut, aku keluar dari S25 menuju ke sebuah kereta.
"Kitorang pinjam ye.. Ude, ko tengok kamera tu sama standard tak dengan kamera kau? hahaha" kata abang Yerk. "haaa.. okay okay.. boleh ni.."
"terima kasih ya ain, kitorang pinjam, nak bawa gi Mersing.. tengok tempat untuk program KM"
"okay...", aku jawab pendek, malas nak keluarkan suara serak bangun tidur aku.
"ain, satu lagi.. orang kata kan, nak tengok pompuan cantik ke tak, tengok masa dia baru bangun tidor.. ain cantiklah.." abang Yerk mengayat.. patutlah dia memang nak kerja dalam bidang Human Resource.. dasar ayat manis nak pinjam barang orang.. hahaha..

**************************************
"ko tak segan ke ko sorang-sorang pompuan ikut kitorang ni?", tanya pengarah program.
Aku diam. ek eleh.. Dah aku diajak pergi, lepas tu tak de pompuan lain boleh ikut, ko tanya aku lagi. Malas aku nak layan.

Satu kereta yang dipandu oleh abang Zairi, ada aku sebagai co-pilot setia, pengarah program, abang Pilo dan Zul yang duduk di bahagian belakang meneruskan perjalanan di bulan Ramadhan ke Kampung Tanjung Resang, Mersing untuk follow up program Khidmat Masyarakat (KM) yang boleh dianggap sebagai program besar ketika itu. Sekarang pun aku rasa KM adalah program besar. hehehe..

Jumpa ketua kampung, bekas guru kepada pengarah program, jumpa ibu Pah, yang ada chalet di kampung itu dan jalan-jalan singgah menyinggah yang lainnya untuk tujuan penajaan. Termasuklah ke pejabat apa ntah.. macam ada YB lah yang pastinya.. Paling aku ingat, berbuka puasa di tepi jalan dengan kuih karipap dan air tebu, sambil duduk dalam kereta. Memang tak lupa...!

**************************************
Induksi program memang besar-besaran. Dah macam berkampung di Dewan Sri Kempas masa tu. Paling dominan ialah warga Lambaian yang membuat cross-stitch sebagai cenderahati keluarga angkat. Aku adalah salah seorang daripadanya...! Pertama kali belajar buat cross-stitch dan terasa sangat at home...!

Tiba-tiba ada topi putih diterbalikkan di depan mata aku.
"Cepat-cepat.. nak seposen.. seposen je..."
Haih.. seposen...?
Haaaa.. amik la..

Malam tu, kami menonton filem Anak Mami Kembali di Dewan Sri Kempas beramai-ramai. Budak-budak lelaki yang tak malu siap baring-baring dah di depan skrin (a.k.a dinding putih dewan). Aku sebelah kak Aina masa tu. Gelak terbahak-bahak pun ada.. Memang at home...!

Owh, apa kaitan dengan seposen tadi? Duit itulah antara yang menyumbang untuk membeli VCD filem malam itu.

bersambung...

Jumaat, Februari 19, 2010

Selesai SBL : Muuuaaahh...!

aarrgghh....!!

Teriak tak berbunyi, dengan tekak yang gatal dek batuk. Teriak sebab tak tahu nak tulis intro entry kali ini macam mana. hehehe..

Assalammu'alaikum warahmatullah,

Keluarga Lambaian bukan saja rancak 'melambai' di alam maya di Facebook, YM, telefon, malah di bumi nyata juga terutama di Johor. Maka blog, media klasik ini agak terpinggir dari ceritera. Tak apa lah. Sekurang-kurangnya ada masa tertentu, ada jiwa terpanggil untuk menulis, dan membaca, selain dari pengumuman penting yang diperpanjangkan ke sini.

Alhamdulillah, buat yang belum mengemaskini pengetahuan tentang Kelab Lambaian Masyarakat dan Alumni Lambaian Masyarakat, pada 6 Februari yang lepas, telah berlangsung program Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang Kerjaya dengan Kami di Dewan Alumni UTM Skudai, diikuti dengan BBQ malam itu di Balai Cerap, UTM.

Siangnya penuh dengan (1) perkongsian pengalaman berharga, (2) menimba pengalaman berprogram antara @Lambaian dan KLM serta (3) merasa kemanisan ukhuwah dalam Lambaian. Malamnya pula penuh dengan makanan dalam perut dengan suasana romantik pemandangan UTM dari atas selain suasana seram semasa dalam perjalanan menaiki Balai Cerap. Alhamdulillah, tahniah, terima kasih buat semua...




Sekadar berkongsi, salah satu nasihat yang mahal pada mata penimbang aku ;

Ada macam-macam jenis orang apabila nampak orang lain jatuh.
Ada yang bila nampak orang jatuh, dia papah orang itu.
Ada yang bila nampak orang jatuh, dia tak buat apa-apa.
Ada yang bila nampak orang jatuh, dia gelak kan.
dan ada orang yang bila nampak orang jatuh, dia bengang. Dia bengang sebab dia tak boleh nak lalu.

Didengar 'live' petang 7 Februari, di S01, dalam retrospektif (a.k.a postmoterm) MT program untuk program Sehari Bersama @Lambaian. Ulasannya (a.k.a gorengannya) adalah eksklusif, tak boleh ditaip semula.. hehehe..

There is a love connecting us, and make us (at least, me) always feel like dipapah dalam masa sakit dek jatuh, selain tak dilupakan dalam masa gembira dek tenang dan berjaya. I feel it kerana hari ini, aku seorang warga Lambaian. My sadness, my happiness, kesewelan, kebengongan, kekeliruan.. banyak juga yang ada mereka, orang-orang Lambaian.
Thank you Allah for this gift.

Rasa macam ramai sangat orang sayang aku (tak sayang pun tak pe, at least aku rasa disayangi hahaha) oleh seniors, friends and adik-adik Lambaian. Muuuaaaahh...!!!

* dah sentimental pulak dah hujung-hujung post...

in focus (click here) -->>> program terdekat

@Lambaian bakal berkumpul lagi...

Salam....

Kawan-kawan yang terlepas peluang untuk berkumpul bersama pada program SBL yg lepas boleh check kalendar anda sekarang....

Make sure anda tak terlepas lagi program terbaru @Lambaian bersama adik-adik KLM....

Berikut adalah program yang bakal diadakan oleh adik2 KLM, abg2 serta akak2 sume di jemput hadir memberi sokongan juga sumbangan...

1. Majlis Anugerah Bintang Canselor (ABC), KTC
Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.20 mlm (Red Carpet)
Tema : Hitam, Putih & Pink
Bayaran : RM20 seorang
Akan Hadir : Ain, Ayu, Burhanudin, St & Famili, Syila, Sport & Nadira, Ikin, .....

- Penyertaan masih dibuka, ada lagi 1 kerusi kosong jika berminat....sms ke 0173819789


2. Program Derma Darah
Tarikh : 07 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 11.00 am
Tema : Suka hati
Bayaran : Darah :) .... sokongan pun dah cukup...
Tempat : Jusco Taman Universiti

- program terpaksa dibatalkan atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...harap maklum. Terima kasih...


3. Jamuan Alumni
Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pm - 11.00 pm
Tema : Retro Sopan
Bayaran : akan dimaklumkan kemudian
Tempat : UTM Skudai

So mark kalendar anda sekarang....

Semoga niat kita menyambung & menjaga silaturrahim akan dikurniakan Allah kepanjangan umur dan diberikan ganjaran pahala....InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's