Rabu, Oktober 24, 2012

Program You and Me ; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (3 - 4 Nov '12)


Assalammu'alaikum....!!!!!

Program terdekat adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat, UTM kita ;

Nama Program : You And Me
Tempat : Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat
Tarikh : 3 Nov. (10 pagi) sehingga 4 Nov. (5 petang) 2012

Majlis Tertinggi Program dengan ini mewar-warkan peluang untuk menyumbang kepada program kebajikan untuk anak-anak yatim. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbang melalui saya, wakil Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat, Unit Perhubungan Alumni UTM ;

Maybank : 154053341821, Nor Ain Husein
CIMB : 01180065564525, Nor Ain Husein
No. telefon : 019-7900130
Emel : ayen_usen@yahoo.com

Haaa.. dua-dua tu akaun aku @ Ain @ saya.
Jika tuan-tuan dan puan-puan masukkan sejumlah wang walaupun RM5, TOLONG SMS @ emel saya, maklumkan pindahan wang tersebut. Jangan main-main woooo terguna harta untuk anak-anak yatim ni..

Diharap juga maklumkan bahawa sumbangan itu untuk disalurkan terus kepada :
 (1) pertubuhan tersebut ATAU
 (2) tujuan penggunaan program You and Me ATAU
 (3) kedua-duanya sekali (sila maklumkan pecahannya).


Surah Ad-Dhuha (Ayat 6-11) :
6. Bukankah Dia mendapatimu (Nabi Muhammad SAW) sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?
7. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
8. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
9. sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang.
10. dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.
11. dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan (menyebut-nyebutnya dengan bersyukur).

Wassalam,

Ain

*Surat rasmi daripada pihak KLM akan saya simpan untuk tujuan rekod (selaku Timbalan Setiausaha @Lambaian). Jika perlukan surat rasmi untuk sahkan kredibiliti, sila emel, saya boleh lampirkan surat sokongan.

Saya dahulukan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan dengan TERIMA KASIH dan semoga mendapat rahmat-Nya, amin...

Rezeki itu untuk dikongsi.
Kerana bahagia itu untuk juga bukan milik kita yang hakiki.





Rabu, Oktober 03, 2012

Superhero dalam Lambaian



Image Detail 

Dah berbulan-bulan tulisan ini aku peram. Akhirnya, aku nak siarkan.. jeng jeng jeng..

The Avengers, sangatlah memuaskan hati! Jalan cerita, skrip, aksi, komedi, semua menggembirakan. Nak berlagak sikit, aku tonton masa aku di North Carolina, US, ehem ehem.. =P Tengok wayang di US, tak ada nombor tempat duduk dalam panggung tau. First come first serve. 
Aku tak tahu kenapa, semasa tengok The Avengers, aku teringat Lambaian. Mungkin sebab aku nampak warga Lambaian macam superhero?

Semua warga Lambaian adalah penyelamat, pejuang, berniat mulia walaupun bukan dibayar gaji (sukarela), bukan dipaksa. Setakat korban duit, tenaga apatah lagi masa, perkara biasa. Tahan lasak, tahan maki, tak kira lah penat, banyak kerja, kena kutuk, terasa hati, digagahkan juga untuk bertahan. Menyumbang dengan cara tersendiri. Ya, cara TERSENDIRI.

Macam Iron Man, perangai dia gila-gila. Jadi bahan gelak penonton. Masa dia pengsan, orang suspens tengok dia (filem tak suspens tak best lah kan), bila tiba-tiba dia sedar sebab The Hulk menjerit (tu je lah kan kerja The Hulk, mengamuk, menjerit), Iron Man tanya, "What happen? Did anyone kiss me?". Bongek! Pecah panggung sebab penonton ketawa.

Gila-gila dia, sampai Captain America (CA) pernah tegur dia dalam suasana tegang, "adakah kau rasa semua perkara boleh buat gurau?". Sebab Iron Man memang suka buat lawak @ kedengaran kurang serius. CA memang nampak skema habis. Iron Man sakitkan hati CA dengan mulut lajunya, lepas tu CA sindir Iron Man; yang Iron Man hanya ada kuasa bila masuk dalam pakaian besi dia. Tanpa pakaian besi Iron Man, dia (Tony Stark) hanyalah lelaki pendek dan tak gagah, kalau nak dibanding dengan CA yang badan mantap tak hingat (sangat mantap!)

*Haaa.. betapa besinya Iron Man ni kan*
http://www.chud.com/wp-content/uploads/2012/08/Chris-Evans-The-Avengers-Captain-America-2.jpeg

*Dan betapa skemanya CA ni.. masa ni dia dok belasah punching bag tu, gagah, gagah! *

Walaubagaimanapun, ada satu situasi, bila masa kapal terbang mereka diserang, akhirnya CA dan Iron Man bekerjasama menyelamatkan bahagian kapal yang terkena serangan. Iron Man boleh terbang dengan teknologi pakaian besi dia, jadi dia pergi 'pegang' bahagian yang rosak tu daripada tertanggal. Jadi CA ni lah yang kena tengok bahagian litar elektrik sistem bahagian tersebut. Bila Iron Man bagi arahan dengan jargon-jargon berkaitan elektronik dan teknologi, CA tak faham, lalu cakap, "Can you speak English please?" (CA kuat tapi tak sepandai Iron Man dari segi teknologi-teknologi ni). Apabila saling memerlukan, perselisihan faham tolak tepi.

Jadi, apa yang boleh aku fikirkan dalam hal ni, CA tetap kapten, ketua. Kepakaran dia disamping berbadan sasa dan serius dalam berbincang, dia pakar memberi arahan, mengagihkan tugas walaupun ada kelemahan, lemah teknologi. Iron Man pula, personaliti dia memang selalu menghiburkan hati, tak gagah tak apa, perlukan pakaian besi untuk beraksi tak apa, asalkan dia ada kepakaran tersendiri yang diperlukan oleh semua superhero lain.

Teringat masa perlawanan akhir, semua superhero ni pandang CA, tunggu arahan. CA dengan yakin, pantas dan tegas beri arahan kepada semua, termasuklah Iron Man, Thor, Perempuan Cantik (tak tahu nama), pemanah hebat tu (pun tak tahu nama) dan akhir sekali, dia bagi arahan pada The Hulk "Hancurkan semua!!!". Arahan menepati kepakaran para pejuang dan minat barisan superhero. Nak harap Iron Man bagi arahan? Huh, mengarut lebih je nanti dia tu.

*Inilah Thor dengan tukul yang hanya dia mampu angkat tu, disamping si Cantik, ahakz..*

Ada yang buat kelakar, The Hulk tu raksasa, hanya berbekalkan seluar pendek dia yang tak jahanam-jahanam walau berlawan seganas mana sekalipun, tapi dia lah yang mendapat tepukan gemuruh dalam panggung masa aku menonton sebab dia hempas je si penjahat tu, adik kepada Thor (apa ntah nama) sampai orang tu lembik. Serius superhero!

Tapi bolehkan kita tentukan superhero yang mana satu yang menjayakan misi, menewaskan usaha adik kepada Thor tu? Bolehkah kita nafikan sumbangan mana-mana superhero dalam misi tersebut? Mampukah kita memperlekehkan kepakaran dan minat mana-mana superhero? Bolehkan kita abaikan mana-mana superhero dalam kejayaan tersebut dek kelemahan yang mereka ada?

Kekuatan yang semua superhero itu ada ialah, ikhlas berjuang demi SATU MATLAMAT. SATU! They have same passion!

Dalam Lambaian, aku yakin, kita semua adalah superhero. Accept others to be accepted. Respect others to be respected. Sayangi agar disayangi. Tidak dicinta manusia di dunia, cinta Ilahi kita damba. Jangan terkilan terlalu lama, air mata terguris hanya sia-sia; sebab kalau dah cinta dunia Lambaian, hati kita tak akan ke mana-mana.

Silaturrahim superhero dalam Lambaian, sama-samalah kita menghargainya.

Wassalam.

Ain =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's