Ahad, Julai 03, 2011

Berbuka Puasa bersama @Lambaian...


Itu gambar selepas majlis berbuka puasa Ramadhan yang lepas.. (2010 ke? 2009 ek?) Di Bangi. Haaa.. aku ada join di Bangi okay.. Di Johor pun ada.. Nanti-nanti lah aku letak gambar... Gambar kat atas ni, Kak Eni pun belum jadi mak, Abang Atok belum jadi abah.. Afzan dan Fawzan pun belum jadi laki bini.. Abang Black pun belum kawin dengan Kak Iekin lagi.. Yang lain-lain pun belum sompek den nak jumpo lai.. Bilo lah den nak jumpo ni kan.. haih.. Next time yuk!

Sempena dengan kehadiran Ramadhan nanti.. saja je buat post ni.. Kasi orang yang baca.. "what? ada majlis berbuka puasa punya announcement dah ke?" Eleh.. tak yah buat-buat terperanjat.. Macam aku tak tahu ada yang bukan fikir pasal Ramadhan je, tapi dah fikir pasal Syawal kan? Kan kan kan?

"Haaa.. raya tahun ni kita pakai baju kaler... kaler blocking!"
"Raya tahun ni kita raya rumah.... rumah i!"
Memandai je kan aku ni.. Tapi ini realiti.. Aku pergi terminal bas Larkin, akak kedai bunga tu panggil, "Dik, tengok bunga dik, untuk raya.." Padahal masa tu Rejab pun belum kot...

Semoga kita sama-sama ingat untuk berjimat cermat, bukan saja untuk belanja Hari Raya Puasa nanti, tapi kebaikan yang berganda-ganda jika bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan Ramadhan kali ini.. Amin..





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's