Hari ini hari pertama selepas berakhirnya program Family Day @Lambaian. Oleh kerana rasa keterujaan tinggi maka dalam rasa tak sihat inipun masih lagi nak mencoret sesuatu di sini. Pertama sekali sebagai salah seorang MT Program, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengarah program, saudara Yusof Kadikon yang bertungkus lumus berurusan dengan Ismah Beach Resort.
Keduanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Atikah Zainal (Bad) selaki setiausaha merangkap AJK Makanan yang bertungkus lumus survey makanan yang berpatutan tetapi sedap untuk kita. Seawal pukul 5.00 kita sudah dihidangkan dengan minum petang. BBQ malam itupun memang mewah dengan macam-macam makanan. Paling menarik ada sumi, kacang dan Mamee Monster. Puas hati sampai ayam dan ikan boleh buat lauk untuk sarapan dengan nasi lemak di tepi pantai. Perghh..memang betul-betul macam berkelah suasananya. Then, masa AGMpun disediakan minuman panas teh O dan Mamee Monster lagi! Punyalah banyak Mamee Monster ye. Dan tak lupa makan tengahari yang kita makan secara berjemaah di pentas utama dewan makan. Meriah dek non!
Ketiganya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK Aktiviti program iaitu saudari Nadiah aka Nad, Bad(sorry Bad aku lupa nama kamu Badri bukan Badrul) dan juga penghargaan untuk adik Nad (yang rupanya macam Aliff Aziz menurut kata seseorang semasa mandi di pantai selepas sukaneka) yang sudi membantu semasa aktiviti sukaneka. Acara tarik tali akan menjadi igauan paling ngeri kami semua manakala acara boling buah kelapa akan jadi kenangan manis kumpulan kami (dikepalai Abang Azwar walaupun dia tak sempat nak menumbangkan botol air tersebut).
Tidak dilupakan penghargaan kepada timbalan bendahari, saudari Ayen yang membantu menyediakan budget untuk program kali ini dan mendapatkan maklumat berkenaan UPA. Tak lupa untuk Kak Syila yang tidak dapat join program disebabkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Kak Syila adalah antara MT @Lambaian yang banyak guide kami untuk menyempurnakan urusan-urusan berkaitan pelaksaan program ini.
Kepada Bad, terima kasih atas penyediaan Banner Program yang cantik tertarik menarik kau memang da bomb itu. Kepada Abang Afiq terima kasih kerana sudi menguruskan tempahan baju walaupun tidak dapat meyertai program ini. Kepada Afzani(Ajan), Faiz dan juga Aemi juga tidak dilupakan. Kamu bertiga sudah berusaha keras menghebahkan program ini kepada semua dan mengumpul penyertaan daripada ahli-ahli alumni @lambaian yang lama dan baru.
Tak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta-peserta program. Kak Anur sekeluarga, Abang Adam dan Kak Ezi sekeluarga, Abang Azam dan Kak Yasmin sekeluarga, Abang Fariz sekeluarga, Nabil dan Ainul pasangan, Abang Mohaizan (Moy), Kak Rozza, Abang Azwar, Abang Nadrul (Sport), Kak Ikien Aizad, Abang Khairul Nizam(Black), Elya, Farihan (A'an) dan Fawzan. Tanpa korang program Family Day ini takkan menjadi kenyataan!
Itu sahaja daripada saya kali ini!
Next, ada yang akan update pasal Family Day ini lagi.
Mungkin akan ada versi bergambar oleh photographer profesional kita Bad dan Fawzan.
Akhir kata Family Day @Lambaian kali ini memang terbaik!
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz)