Pengumuman penting kepada warga @Lambaian.
Satu program hari keluarga dan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat akan diadakan pada tarikh cadangan 30 dan 31 Oktober 2010.
Objektif hari keluarga ini adalah:
1. Melaksanakan mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan.
2. Mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru yang terdiri dari:
2.1 Ahli KLM yang baru menamatkan pengajian pada sesi 2009/2010
2.2 Isteri-isteri dan suami-suami kepada ahli Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat.
3. Mengukuhkan ikatan persaudaraan melalui taaruf dan mawaddah di antara ahli Pertubuhan dan ahli-ahli kelab lambaian masyarakat.
Program ini masih diperingkat perbincangan yang secara birahnya dibincangkan oleh saya sendiri, Ain, Kak Syila dan Elya di bawah payung sambil makan char kuey teow. Oleh itu, adalah diharapkan agar ahli-ahli Pertubuhan dapat memberikan idea mengenai tempat, pengisian dan aktiviti serta apa-apa input yang dikira dapat memberikan pembaikan kepada program ini.
Setakat ni program ini belum lagi ada pengarahnya. Pengrah-pengarah program lepas nak bagi peluang kepada mana-mana ahli yang sudi menawarkan diri untuk menjad pengarah. Cadangan nama juga dialu-alukan.
Sekian adanya buat kali ini.
..
23 ulasan:
owh
perlulah kan di BOLD kan tempat meeting di kedai char kuew tiaw yg susah elya nak jmpa tu kan hehehe
tarikh tu ok..
takde masalah punya.
tempat tu kalau boleh tengah2 semenanjung msia.
Selangor-kl.
err, ok tak ni?
cadangan is noted
kami orang2 johor ni tak tersampai ke sana dlm masa terdekat malah tak familiar
kalau afzan ada beberapa cadangan lebih specifik amatlah dialu2kan utk kegumbiraan bersama
cewah =)
eh ada char kuey tiaw eh hehe dokek mano?? hehe
haaa tu la pza
ketinggalan hehehe
eh ko tau tak aku baru je cerita psl kau kat seseorang
ale2 ko komen
ESP betul
ada kat taman rumah aku je Pulai Emas
masuk ikut taman pulai jaya
tahu kah
klu nk makan2 bgtau la aku leh join
klu nk mkn2 dgn acu jgn plak ajak aku nanti aku kacau daun lak hehe
ayen, apesal pulak nk bold kn nama gue, hahaha
pulai emas tu yg susah sgt nk jumpe, bikin sesat jek,
cesssss
hahaa
patutla aku tersedak2 semasa menaip smlm hehe ko kutuk aku eh...
ooo ok...n'ti roger2.. ala makan beramai br meriah, mkn berdua sunyi r hehe
penat je cari char kuey tiaw smpai ke perak hihi
laar ye ke smpi perak;
pulai emas pun ada maaa:::
ok; nanti kita makan ;)
rasa mcm kat PD lagi je tmpt ye tahun nie..
sbb @lambain ramai ddk KL kan...
Xpun tahun nie kita buat kat Melaka ok gak.. buat kat Afamosa...
PD best ke:
Melaka ok gak; tengah2 sikit atr KL n JB kan:
tp bab @Lambaian ramai ddk KL banding JHR tu; tak berapa nak sure lah: sbb ikut program2 yg ada di dua2 tempat (JHR dan KL); biasanya di JHR lagi ramai:
kita tunggu apa kata survey & statistik daripada pihak yang menyimpan rekod:
utk adik2 KLM yg masih belajar di UTM; dengar cerita; kalau KL ke bawah insyaAllah masih boleh pergi:
din.. kalau buat program kat jb.. biasanya akan jadi lebih ramai. majlis berbuka puasa last year ada 40+ alumni di jb, 23 di kl.. kat jb tak campur lagi dengan budak utm.. tu pun ain dah g kl. kalau ain kat jb.. lagi ramai ada sebab mesti bawak mai sekali..
tapi cadangan masih diterima pakai.. tengs din..
din.. kalau buat program kat jb.. biasanya akan jadi lebih ramai. majlis berbuka puasa last year ada 40+ alumni di jb, 23 di kl.. kat jb tak campur lagi dengan budak utm.. tu pun ain dah g kl. kalau ain kat jb.. lagi ramai ada sebab mesti bawak mai sekali..
tapi cadangan masih diterima pakai.. tengs din..
Tengah2 gak. Melaka or Neg 9 pun ok. JB mcm terlebih jauh je.hehehe..
spesifik tpt tak tau. just nak kata kalau takde pape aral.. "i follow"
mmg betul budak kelab ramai dekat JB.. tapi bukankah kita nak buat hari keluarga @lambaian and AGM.. so yg penting kat sini kita kena tarik perhatian mmbr yg dah keluar kelab...
tapi kalau tahun nie nk buat kat jb best gak.. dekat sikit..huhuhuhu
satu lagi cadangan ialah buat kat pulai sibu..huhuhu.. tapi macam jauh je...
pulau best:: tp ada anak2; anak2 terjun bot tak nnti hehehe
memang kita nak tarik alumni. dan setakat ni kalau kita buat di JB, kita dapat kumpulkan lebih ramai alumni berbanding di luar JB. statis tik aku dah bagi dulu..
masa berbuka puasa di JB, ada 40 lebih alumni sahaja. termasuk kak sila, dan geng geng gap yang aku tak rasa ko kenal pun. diorang ada kat jb dan datang masa program di JB. setakat ni.. tu lah program paling ramai penyertaan dari alumni. walaubagaimanapun, kami masih lagi nak survey tempat lain di luar Johor.
sy on je, tp klu pulau agk costly la rsnya. tambah2 the time of the year ni monsoon.
just so u know, JIKALAU (w/pun unlikely) ad ura2 nk wt kt area pantai timur, mcm cherating ke, kuantan ke, just let me know, nnt sy boleh uruskan accommodation sume, full service.
Klu nk wt kt Afamosa resort tu, bapak mahal! aritu ktrg ad wt citu mcm family day, mmg la best, tp mhl dia tu mcm xworth it je, bhgian theme park dia xda ap2 sgt, xpadan ngn mahalnya.
wah
kami tak terfikir pantai timur pun nad
insyaAllah kami (aku; azwar; kak syila dan orang2 lain di johor; plus sport dan gang2 di KL) akan pertimbangkan:
korang! ain tak penah membirah kat pantai timur! nak!
@Nurul Nadiah,
Boleh kongsikan sedikit details kalau2 kita buat kat Kuantan?
Berapa untuk tempat tinggal, makan & aktiviti bersesuaian dsb. Thanks.
ain.. tetiba cam nak tarik nad jadi AJK sebab idea dia menarik..
td merajinkan diri dating dgn ayah usha pantai di Melaka.. tetap rs pantai Batu Layar lagi cantik hehehe..
kat Klebang, ada klasik pny style chalet nya. tak canggih. nyaman n lain dri lain. suasana best. kecik, privasi, tp laut pn tak digalakkan mandi.. (apakah)
kt Pengkalan Balak tu la laut paling boleh mandi. suasana kampung. ada chalet tu ada mcm2 xtvt termasuklah tengok penyu..
skian sebutan tempat di melaka.. lbih kurang 20 minit dri tol simpang ampat,Melaka.
pe2 pn, ain rasa nad adalah watak yg amat menarik utk jadi AJK, boleh ek Nad? ala.. dengan kami2 je pun.. Nad.. aku sgt nk gi pantai timur.. (tiba2 personal request kan)
Catat Ulasan