***************************************
Berkumpulnya sekumpulan manusia terpilih pada Khamis malam Jumaat yang lepas sempena Perjumpaan Perdana Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) semester 1 sesi 2010 2011 menemukan junior dengan senior KLM: Selepas macam-macam perancangan dibentang dan perkenalan sikit lebih kurang berlangsung termasuklah beberapa tazkirah bermakna; lebih kurang 11 malam; semua yang hadir mula bersurai:
Macam biasa; mustahil aktiviti bersurai itu berlaku dengan pantas kerana ada upacara sembang-sembang sampai penat di gelanggang bola keranjang KTC: 4 gadis dan seorang jejaka tanpa segan silu meneruskan upacara sembang-sembang di sebuah pondok kepunyaan kedai makan Chao Praya yang bermula pada jam 12 tengah malam!
Lepas je hantar 2 gadis yang menyewa di KTC; 2 gadis yang lain perlu pulang ke rumah sewa masing-masing: Ayat yang pertama keluar dari mulut si pemandu;
"Kak; Tak sabarnya nak pergi Batu Layar sabtu depan!! "
***************************************
Ada apa dengan Batu Layar ::::
Dengan Pintu Suka Hati Doraemon; alkisah 26 Februari 2010;
From @Lambaian |
Tiga kereta bersusun sebelum memulakan perjalanan ke Batu Layar: Perjalanan ditaja oleh Shell (aku tipu)
Dalam perjalanan singgah di Bandar Penawar (kalau tak silap lah nama tempatnya) singgah di masjidnya untuk solat; Budak-budak lelaki solat jumaat: Di luar masjid; berlaku sesi kelas fotografi dan ini salah satu hasil daripada first timer: Not bad
From @Lambaian |
Bukti kelas fotografi ;
From @Lambaian |
Perjalanan diteruskan untuk makan tengah hari: Sempat lah aku berbual-bual dengan seorang peniaga yang tinggal di sebuah pulau: Naik bot hari-hari untuk datang berniaga ke situ: Opss okay lah; karang cerita detail orang kata macam Abang ***** lak (ayok)
From @Lambaian |
Antara keindahan ciptaan Allah yang dirakam di tempat makan tengah hari itu:
From @Lambaian |
Haaaa Ini lagi lah indah ciptaan =)
Tengah hari buta; Barulah dapat kami teriak "Yeah!!!!! Dah sampai!!!!!"
From @Lambaian |
From @Lambaian |
Dengar cerita-cerita dongeng dulu sebelum berkubang; Bersantai di bangsal yang disewa (RM 10 satu bangsal) : Nampak tak pantai dia -- memang guling-guling buat filem hindustan pun masyuk:
From @Lambaian |
Tahun 1 lagi dah pandai bawa makanan; tak payah nak pesan: Terima kasih Radhi: Dialog yang sempat dirakam;
"Kita ada bawa pizza"
"Waaah"
"Tapi bukanlah Pizza Hut" sambung Radhi dengan nada rendah diri: =p
| ||
Selain aktiviti membasahkan diri (harap maaf; gambar-gambar tidak dapat disiarkan atas tujuan mengelakkan gangguan sebarang sentimen-- ahakz--nak tengok ada banyak kat FB manusia berkenaan); ada juga aktiviti beraksi luar biasa hebat di hadapan lensa kamera: Hasil para model dan juru gambar juga banyak di FB: the making of the album ;
From @Lambaian |
From @Lambaian |
From @Lambaian |
Bak kata Bang Bang Boom; HAPPENING!!! (sambil geleng-geleng kepala dan bengkok kan lutut sikit macam Adam; anak abang ST di Balai Cerap UTM pada suatu malam)
***************************************
Okay; sekarang ini dia pengumuman:
Anda dijemput hadir ke program Sehari Bersama @Lambaian : Ramah Mesra di Batu Layar:
Tempat : Pantai Batu Layar; Johor
Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Bayaran : Percuma (kira-kira duit minyak kawan-kawan je la)
Makanan : Potluck
Tema pakaian : Happening dan sopan
Pendaftaran : SMS abang Azwar; kak Syila atau aku (Ain) selewat-lewatnya Khamis ini 29 Julai: Sila maklumkan samada anda menaiki kenderaan apa atau tidak mempunyai kenderaan:
* Sila bawa kelengkapan solat masing-masing:
* Dirancang berkumpul di S01 pada jam 8:30 pagi untuk tujuan arrangement kedudukan dalam kereta-kereta serta taklimat keselamatan (cewah)
Semoga perancangan Sabtu ini dipermudahkan dan jadi lebih meriah:
*** kami (para alumni) juga nak sambil-sambil itu usha tempat untuk program lepas raya nanti (rujuk post sebelum ini)