Hari kejadian.
Khidmat Masyarakat (KM) ini berlangsung selama 7 hari di kampung Tanjung Resang. Namun disebabkan penduduk yang tidak ramai, kami gabungkan dengan penduduk kampung bersebelahan iaitu kampung Sisik. Di kampung yang indah permai, jauh ke dari bandar Mersing. Nak beli petrol di kedai runcit, dalam botol. Kalau tak, menjejaklah anda ke bandar Mersing itu. Suasana sangat permai. Aku suka. Udara segar, bau tepi laut dan bau buangan haiwan ternakan. Kalau langgar yang kering, dapat 10 markah. Kalau langgar yang basah, dapat 50 markah. Hahaha.. Itulah peraturan ''permainan' yang disebut oleh abang Pilo.
Haa.. itu dia abang Pilo, muka tengah khusyuk nak belajar cara potong buah nanas mungkin. Padahal bukan kampung dia Pekan Nanas ker? Ataupun tengah dengar gosip? Jup, nampaknya sangat tekun dan arif. Ini adalah gambar persiapan kenduri sekampung.. sangat seronok...!!! Buat persiapan di kawasan surau Kampung Tanjung Resang. Malam tu, makan...! Ada marhaban sekali di surau.. Semua lancar seperti yang dibayangkan untuk kenduri kendara kebiasaannya. Namun yang comelnya, ada orang-orang belakang tabir, termasuk aku, makan di luar surau, malah luar dari kawasan bersimen seperti dalam gambar di atas. Kami makan beralaskan plastik tebal di atas tar! Yang penting, makan dalam dulang.. so sweet..Sumbangan aku? Aku tolong gentel buah melaka, ... eerrr.. tu je ke kerja aku? ayoyo.. Tapi aku macam ada di situasi kak Aina basuh ikan.. ada juga di babak belah buah kelapa... Banyak je.. Cuma tak de kerja tetap kerana tiada kepakaran tertentu agaknya.. MT program lah katakan.. bajet sibuk =p
Haaa.. adik kecil tu, dari rumah keluarga angkat aku.. Nama dia, Abang.. hehehe.. Kenduri sekampung hanyalah satu daripada banyak program. Okay.. aku cerita satu lagi program, di pusat operasi kami, di Sekolah Kebangsaan Tanjung Resang.
Itu dia, pertandingan gubahan... Dalam gambar ini ada dua keluarga.. dua mak angkat.. jiran. Satu mak angkat aku, Mokda Munah (yang tak nampak muka), dan satu lagi mak angkat Cha ah. Cha ah berbaju batik kelab, tolong mak aku.. hehehe.. Itu kak Eni yang dah kahwin dengan Atok, juga adik beradik angkat aku. Sebenarnya aku masuk juga pertandingan ini, tapi mungkin aku yang ambil gambar. hahaha.. Sayang, aku tiada gambar gubahan-gubahan. Huhu.. almaklumlah, zaman dulu, tiada Friendster, Facebook, Blogspot untuk buat kita beringat mahukan macam-macam gambar. Yang ada cuma gambar pemenang...
Nampak hadiah yang dipegang Sina, pemenang tempat ke-2. Gubah kain jadi macam baju berkolar kebaya..Bercerita tentang pertandingan ini, sebenarnya hari tersebut ada jemput KEMAS datang menyertai. KEMAS kawasan buat kelas untuk gubahan. Memang bestlah anak-anak angkat perempuan berkumpul bersama mak-mak angkat mereka. Dewan terbuka, angin sepoi-sepoi bahasa. Memang kelaaaaaas.....!
Petang itu juga, kalau aku tidak salah ingat, ada sukan sekampung di tepi pantai yang landai, bersih dan belum tercemar. Memang syok..! Perempuan main bola tampar.. (sukan paling selalu dimainkan dalam Kelab Lambaian Masyarakat tapi aku tak pandai main.. bengkak tangan saja). Lelaki main bola sepak. Bola sepak, orang kampung lah yang menang.. Sebab lelaki Lambaian kita kurang stamina kot, tak turun ke laut macam mereka.. hehehe..
Bersambung...











