Tanpa arahan sesiapa atau sebarang panduan yang didokumenkan, aku tergerak hati untuk meninjau post jenis apa yang kerap dikomen di blog ini. Objektif? Aku tulis kejap lagi.
Komen paling banyak, 24 komen, pada post Perintis Updated oleh Tuan Pengerusi Persatuan Alumni Lambaian Masyarakat kita (boleh klik untuk meninjau).
Berada di tempat kedua (suka-suka hati aku je buat ranking sambil menyandar di dinding batu sebab di rumah sewa aku ni tiada kerusi sofa) pula ialah terdapat 17 komen. Berkongsi kedudukan yang sama, 3 post iaitu :
1. Liputan majlis walimah 'Ainul dan Nabil
2. Wawasan'05, satu siri cerita dulu-dulu tentang satu program khidmat masyarakat (Part 1)
3. Pengumuman (semasa Elya di awal semangat menukar wajah blog @Lambaian)
Di kedudukan ke-3, 16 komen ialah daripada Setiausaha-sampai-mati kita, Pengumuman tentang program Perintis (1st AGM @Lambaian)
Ke-4, pengumuman tentang Mari Hasilkan Banner untuk blog oleh moderator kita, yang ada 14 komen. Manakala ada 12 komen untuk cerita tentang Teka-teki di Lambaian, sejenis cerita dulu-dulu dan review.
Apa yang boleh difahami daripada pemerhatian ini?
Cuba fikir sat..
Fikir lagi...
Cewah, macam soalan cikgu Sains aku masa tingkatan 4. Tentang pemerhatian, hipotesis dan kesimpulan. Aku ingat masa tu, aku jawab salah, dan seorang budak laki tu jawab betul. Aku rasa menyampah tengok muka dia masa tu. hahaha.. budak-budak punya 'persaingan'.
Okay, berbalik kepada pemerhatian aku terhadap post-post di blog ini dan komen-komennya, hipotesis aku, semakin banyak komen wujud pada post yang melibatkan lebih banyak orang. Contoh, bila Encik Pengerusi kita menunjukkan banner program Perintis dengan tulisan yang ringkas untuk tujuan memberi rasa cemburu kepada rakan-rakan yang tak menyertai. Yang suka, yang marah-marah manja, turun bersuara. Begitu juga bila hal walimah 'Ainul dan Nabil, ramai yang turun ke majlis tersebut. Kot...
Selain itu, post berbentuk pengumuman yang memerlukan respon seperti pengumuman Elya semasa proses make over blog, pengumuman untuk program Perintis dalam hal-hal registration, serta post mewar-warkan keperluan banner untuk blog juga antara yang dapat respon banyak.
Namun, post-post liputan dan memerlukan respon ini sebenarnya ada banyak lagi tetapi bukan di sini, di FACEBOOK (zaman semakin memerlukan kepantasan dan kemudah-access-an) Kalau buka group KLM atau @Lambaian di Facebook, ya ampun, tak larat aku nak baca semua komen dan turut respon. Dan respon-respon ini kadang-kadang lebih pantas dan ada umppph bila lepak sama-sama sambil makan-makan, YM atau telefon. Aku rasa lah.. Lagipun, bukan semua orang rajin buka blog, berbanding dengan Facebook kan? Huh, salah aku juga, dah kurang momentum buat liputan aktiviti terkini bersama @Lambaian atau KLM di UTM.
Kemudian, dalam ranking, ada juga post berkaitan cerita dulu-dulu (Wawasan '05 dan Teka teki), yang disambut oleh para manusia yang sudi melayan ceritera-ceritera. Lagipun, kalau nak tulis cerita dulu-dulu, jenuh juga nak letak di Facebook KLM atau @lambaian kan?
Kembali kepada motif memeriksa post dan komen-komen, hmmm.. motif peribadi, nak asah kemahiran yang tumpul tentang membuat analisis data dan mengarang hipotesis kot. Motif untuk masyarakat umum... &^%$%^((*&&^^$#%%$#%%#@@#$%^&*((*&^%^%$##$^*.
Sekian
* Para pembaca dapat fikir apa kelebihan analisis ini tak?
2 ulasan:
masih menunggu komen ke-15. heheh..
tunggu lah.. ain dh anta 3 post sjak dua menjak ni pn, kumpul2, mcm tak best.. hahaha.. ain tunggu 15 post pulak lak sbelum next post.. over tak?
Catat Ulasan