Aku yang di dalam kedudukan tidak berapa senonoh untuk tontonan umum, bangun dan duduk di birai katil.
"Naik apa?" Aku bertanya. Pengarah mesti menunjukan etika kerja walaupun diterjah tanpa usul berita di dalam keadaan yang tidak berapa bersedia.
"Moto la, S dah setuju nak folo, aku naik dengan dia" H membalas.
Aku angguk kepala pada Nor A, Nor A angguk balik pada aku. Berbalas maksud yang sama-sama tak tahu apa ertinya.
"Boleh Nor A? Naik moto ko, tapi keras bontot la?" Aku pulak yang mem'propose'.
"Bila? Minggu depan? Sempat la kot, aku nak ganti absorber dulu" Nor A berkira-kira.
*********************
Sepatutnya aku ada kelas petang itu, tapi apakan daya, janji H kepada kami tentang kolam renang MRSM Muar lebih mengujakan selain dari bermotosikal berdua-dua antara aku dan Nor A dari Skudai ke Muar. Satu lagi pengalaman baru untuk ditempuhi.
Dua hari lepas, Nor A baru menggantikan pelaras suspensi RXZ nya. Jadi sedap dan lembut. Tapi ranap juga poket dia. Selesai sahaja makan nasi tengahari bungkus dari CP, aku dan Nor A dah bersedia. Baju sepersalinan, topi keledar tanpa visor mahupun pelindung, jaket sebagai penahan angin. Kit yang tidak berapa nak lengkap sebagai pembonceng. Mujur aku ada cermin mata hitam beli dari pasar malam.
H dan S dengan sebuah lagi motorsikal. Motorsikal S RGV perak dengan ekzos baru ubahsuai. Perjalanan bermula dengan tenang. Sebagai bukan rakyat Johor, aku dan Nor A memang tidak tahu menahu sama sekali macamana ke halanya nak ke Muar dari Skudai. H memang bekas pelajar MRSM Muar, tapi kampungnya di Pengerang. S pula kampungnya di Simpang Pertang. Tapi mujur dia ada sedara mara di bahagian Johor. Jadi, dialah penunjuk arah kami.
Rancangan awal adalah untuk menggunakan jalan lebuhraya hingga ke Yong Peng. Kemudian potong jalan dalam ke Muar. Tapi apa kami kesah, ikut belakang S konfem sampai juga. Perjalanan baru melepasi susur keluar pertama, ke Kulai, menuju susur keluar ke dua, Sedenak. Mulanya S memandu di belakang kami, tapi agaknya kebosanan, dia memecut jauh meninggalkan kami dalam 2 -3 tiang.
Nor A masih bersahaja memandu. Hati aku berdebar-debar tiap kali bas atau lori berselisih dengan kami. Terasa henyakan angin kuat yang boleh menerbangkan kami ke tepi jalan. Tiba pada satu cerun yang sedikit menuruni bukit, Nor A memulas lebih pendikit minyak motornya, di sebelahnya ada sebuah bas. Manakan dapat nak menyaingi bas yang membawa puluhan penumpang dengan motorsikal berpembonceng ini. Mesti la bas yang menang. Seraya bas ekspres melintasi kami, satu bunyi "POM!" kedengaran. Betul-betul di bawah tempat duduk Nor A. Tapi tidak kelihatan apa-apa asap atau api, agak-agak kalau betul la letupan, mungkin kehilangan teruna jugak Nor A.
Motorsikal mula perlahan. Pendikit tidak lagi responsif. Enjin mati. Berkali-kali Nor A cuba menedang penghidup, tiada respon. Hanya momentum yang menyebabkan kami masih bergerak, itu pun tak lama. Kami berhenti. Inersia mengambil alih. Nor A cuba lagi menendang penghidup. Hairan. Terasa macam kekurangan pemampatan di dalam silinder. Macam tembus atau telus. Aku masih memandang S dan H. Mereka ralit dengan kelajuan, diselangi bunyi bising ekzos ubahsuai motorsikalnya, memandu terus tanpa menoleh ke belakang untuk melihat kami. Tiada apa yang dapat dilakukan, menjerit atau melaung ibarat berbisik di dalam air.
"Apesal ek?" Aku cuba bertanya.
"Entah, tak boleh hidup. Aku perasan tadi ada bunyi POM!, tak tahu la" Nor A menjawab.
Aku pun cuba-cuba menendang penghidup. Sama sahaja hasilnya.
"Dah nak buat cemana nih?" Aku tanya lagi.
"S dangan H pon tak toleh-toleh, tolak je la kot motor ni" Nor A menjawab. Tapi masih berkira-kira apa nak buat.
Kebetulan, satu lori tunda dari arah bertentangan berhenti. Memandang kami. Pemandunya keluar dari lori tunda dan menuju ke arah kami. Berhati-hati dia melintasi jalan.
"Kenapa ni dik? Rosak ke?" Tanya pemandu tu. Seorang brader Melayu. Kulit sedikit gelap-gelap.
"Tak tau la bang, tak boleh hidup" jawab Nor A.
Brader itu cuba menendang penghidup. Kepes! Kepes!..
"Ooooh, bobos nih" Brader itu terus kepada point.
Bobos? Aku tak pernah dengar perkataan sebegitu teknikal. Aku pandang Nor A. Nor A jugak sedikit hairan.
"Yeke, bobos? Bobos tu apa?" Nor A mencuba mencari kepastian.
"Enjin bobos la, bobos?" Brader itu cuba memberi penerangan. Lebih kepada huraian dari penerangan.
Aku masih lagi hairan. Kamus pon tak bawak. Perkataan asing begini memang perlu sedikit petunjuk. Silap-silap brader ni memang nak kelentong je. Dia cipta sebuah perkataan yang mengelirukan. Kemudian mencari point untuk menekan servis beliau.
Meskipun tak berapa nak tahu apa maksud bobos, aku tanya jugak.
"Dah tu, boleh baiki ke kalau bobos nih?"
"Eh, tak boleh buat kat sini, kena buat kat kedai la. Abang boleh tolong hantar. Ada kedai yang boleh buat. Kena bukak enjin, ganti piston dia. Tapi kene cek dulu la, enjin rosak ke tak" Brader itu tahu umpan sudah mengena.
"Boleh ke nak hantar motor ni dengan lori abang?" Nor A bertanya. Selalu-selalu nampak kereta je naik lori tunda. Tak pernah nampak pulak motor kena tunda.
"Boleh, abang boleh bawak, kedai yang abang kenal. Murah la sikit" Brader itu cucuk jarum.
"Berapa kos tunda ni?" Nor A juga terus kepada point.
"Kalau motor biasanya RM70, tapi kos tunda je la. Untuk baiki, kena kira dengan kedai la. Boleh?" Brader itu dah nampak sinar harapan.
Dalam dompet, aku ada la RM50. Nor A pandang aku.
"Tak boleh kurang ke?" Nor A cuba menawar. Matanya sayu meraih simpati.
******BERSAMBUNG********
10 ulasan:
ishh...ade ugutan kecil jugak tu hehe
ok, dh 1 komen hihi
bobos.... hahahaha eden nak gelak guling2 bila baca 2 teruna tu terpinga2. lain kali, kalau masuk kampung jawa, jgn lupa bwk kamus jawa. nak tanya pakcik google pun belum tentu dia dpt jwb... sambung gelak..hahhahaa
tambah 1 lg komen...
rasanya ada insiden yg berlaku tatkala 4teruna ni pergi ke mrsm tu. ada para pelajar mrsm muar sebatch saya melaporkan. tp..biarlah mereka sambung dulu entry ni. kut2 pakcik amani akan sebut ttg insiden terbabit
5 dh komen ni..
kamon-kamon.. ada lagi 10.. hahah.
^anur^
ada apa2 perkara pelik ke masa kedatangan kami? tak tau pon. hahah.
p/s: baru tau 'bobos' tu perkataan jawa. Hahah.
ade. u all telah membuat onar di mrsm muar itu. menceroboh .....
8 hihi
wahai penulis.. baru baca ni ha.. alhamdulillah, berjaya baca selepas 5 hari tak kerja (campur sabtu ahad)
adakah sirih itu program KP atau KM?
Ain
Sirih itu adalah program KP...
Tak menceroboh kalau dapat kebenaran guru. H dah mintak dah kak cikgu yg jaga tu nak mandi kolam kan?
Catat Ulasan