Isnin, Mei 17, 2010

Wawasan'05 ; Air Terjun Tepi Gunung (Part 5)

Air terjun tepi gunung... Tempat orang bermain...

Ingat lagu ini? Atau soalan yang lebih familiar bunyinya, ingat refreshment ini?

Gembira merendam kaki, berehat sambil lihat 'show' iaitu...

Gedebush...!!! Aksi don't-try-this-at-home. Siapa yang tengah terjun, wallahu'alam. Yang pastinya, di tepi tu, tengah tercangkung Sina memikirkan aksi seterusnya.
Senangkah nak sampai ke tempat ini?

Haa.. ceria menapak perlahan.. Aku yakin dua makhluk itu adalah abang Zairi dan abang Black, selain kak Eni watak utama gambar.

Nampak ceria dalam perjalanan kan? Tetapi sebenarnya...

Tinggi wooo... nak panjat.. kerja paling giler di air terjun aku pernah buat!

Suasana serius di saat abang Zairi memberi nasihat lekuk mana yang patut dipegang, dipijak. Aku ingat ada kawasan para perempuan ditarik ke atas dengan sebatang kayu!

Cerita di air terjun tepi gunung.

Abang Din, baju merah, selaku 'kepala' dalam 'pengembaraan ini'. Antara 'nasihat' yang jelas berkumandang semasa aku asyik melihat batu yang harus dipijak ialah, "korang pilihlah nak sayang kasut korang, atau kaki korang. kalau sayang kasut, buka tak nak basah. kalau sayang kaki, pakai kasut" dan "kepada perempuan-perempuan, sila jaga bahagian belakang anda (baju tak terjongket atau seluar tak terlondeh) kerana saya berada di belakang anda"

Semua rakaman detik-detik tersebut membuatkan rasa seronok di air terjun Kampung Tanjung Resang, Mersing kembali segar di ingatan, sesegar kaki yang dicelup dalam air dingin itu. Kawasan air terjun itu belum dijadikan hak awam untuk tujuan pelancongan atau perkhelahan. Masih belum diterokai. Masih jelas 'milik alam'. Seumpama peneroka tepian gunung (errr.. gunung kah? banjaran? bukit?) yang hanya berbantukan adik-adik serta anak muda Kampung Tanjung Resang sebagai penunjuk arah, kami menikmati cantiknya alam. Semangat bantu-membantu teruji, kekuatan fizikal jadi percaturan, kekuatan kata-kata semangat jadi sokongan, sikap pemandu/pemimpin dicabar hebat, displin dan patuh pada arahan jadi sebuah ujian.. Seribu macam pengajaran dalam satu perjalanan, yang pada asalnya hanyalah sekadar untuk hiburan dengan ayat "jom mandi air terjun...!"

Alhamdulillah, tiada yang cedera sepengetahuan aku. Tetapi ada 'parut' tanda ingat pengalaman lepas.

7 ulasan:

MrsNotSoCool berkata...

ayen, karang 40 kali i cakap kat u i mencik u, jadi betul2 plak nnt hahaha

tak tak.. sayang sayang..

seyes satu satu teringat.. ni geram nak mencatit sesuatu tetapi kekangan masa nih..haih..

bile la blh join klm balik nih..

ayen =D berkata...

hahaha.. ain tau, takkan mencik punya.. hehehe..

klu ain fulltime blogger, lagi 'mencik' agaknye kak aina kat ain kan hahahha..

bila leh join? akak turun johor, roger2 je.. tak de program pn blh jadi program tau.. tak caye, tanya kak syila, kak ezi, abg adam, abg azwar.. seyes..

haritu balik jhr kan? haaaa.. ayooookk..

noorafzan.blogspot.com berkata...

ayen,
dalam ni afzan notice ada 2 gambar ada afzan.
haha..
walaupun x nampak muka tapi tudung tu mmg kukenal.
tapi ini pengalaman pergi air terjun paling thrill dalam sejarah hidup.
tapi sampai2 kat puncak tak mandipun.
rugi2..
hoh~

ayen =D berkata...

wah.. ada 2 gambar dia untuk gambar2 yang dipilih secara rawak, kira bajet diva kan.. hhahaha..

memang tak mandi pun.. ye la, dok atas tu, dh pikir dah, camne nak turun balik ni.. ada sorang yang mandi sungguh2 sampai kene panggil untuk balik (perempuan).. nama dia kak ikin hahaha

MrsNotSoCool berkata...

balik johor tapi anem kata utm dh cuti.. so ingat mmg korang semua takde arr muahahaha

anur malati berkata...

walau takde dlm gambo tp dlm simkad memori ni byk gambo2 bersama lambaian. Akak turun jb 5&6 jun ni. sape nak jumpa akak angkat tangan...hahaha

ayen =D berkata...

takpe kak aina.. next time.. muaaah.. wlupun utm tutup, besar kemungkinan org2 kt johor ni tak tutup pntu rumah atau pintu kereta.. peace!

hai kak anur, wah.. ada apa projek 5&6 jun ni? ain ada je, habis2 pn 6 jun gi rmh org kawin (byk, nk pilih mn yg larat pegi)

gi the zon, ada pameran&jualan kraftangan (kraftangan kelolaan negeri johor), ada papa ain dengan songkok2nye.. heheh.. sempat kan.. paling command, kita lepak makan2, atau tgk hindustan kt rmh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's