Selasa, Mac 02, 2010

Wawasan'05 ; Sayonara (Part 3)

Walaupun gambar tak bersih dan tajam, aku letak juga gambar di atas untuk menggambarkan suasana perjalanan pulang kami dalam bas UTM dari program Wawasan'05 ke KTC, UTM. Penat habis. Tapi lega, puas hati, gembira. Bercampur baur juga dengan rasa sedih dan rindu meninggalkan keluarga angkat yang baru dikenali.

Dalam bas, kami makan kurma goreng. Pertama kali aku makan kurma goreng. Macam cempedak goreng je sebenarnya, tapi gunakan kurma. Mak angkat aku yang buat. Tak boleh lah aku makan seorang kan, sebab nanti bau satu bas, berjujuran air liur orang lain terutama Bad, Aufa dan abang Black tu haa...

Tak kurang juga kesibukan melayan SMS orang di kampung tersebut. Biasalah, kalau berprogram, kita kena pandai menangani gejala digilai peminat ni.. hahaha.. Tak layan kata sombong, layan lebih-lebih, sendiri terjerat. Maka, agak-agak la.. Mula-mula tak beri nombor telefon pun selepas majlis penutup tu, aku beri alamat emel. Tapi Cha'ah merayu pada aku bagi pihak peminat, "agak-agak lah.. bagi la nombor telefon.." Huh.. baiklah..


Haa.. dalam perjalan pulang, ada menyinggah di tempat makan minum dan ke tandas. Apa ntah nama tempat, tapi belakang Mai dan Ajan tu adalah bangunan tandasnya.. Cantik di luar, di dalam tak aku ingat.. hehehe.. Kenapa Mai pakai baju kurung oren, tapi bukan baju batik kelab? Haaa.. sebab, kain baju batik dia masuk celah rantai motor seorang warga kampung.. dan.. syahid.. Eh, Mai, ini bukan rahsia kan? hehehe...

Suka ria ada di mana-mana di dalam Lambaian. Tetapi tak ketinggalan suasana serius, terharu, syahdu, menikam kalbu dek panahan mulut tiada insurans atau luahan hati sayu. Semuanya ada dalam post moterm program Wawasan'05 sejurus selepas sampai ke S01. Tidak bertangguh, masih dengan baju batik kelab lagi. Di Dewan Sri Kempas.



"Saya tahulah, saya lambat tangkap apa korang cakap.. tapi saya pun ada hati dan perasaan jugak.." kata-kata terhenti. Muka terkilan selepas ucapannya dengan suara yang bergetar.

Aku dengar, dan ingat sampai sekarang. Rasa bersalah juga singgah di hati. Aku minta maaf ye **** kalau aku termasuk dalam orang yang buat hati dan perasaan kau jadi terguris. Glup... Haaa.. tu lah korang.. main suka hati je main-main kan orang... gelak-gelak kan orang.. notti... (naughty)

Antara isu lain dalam post moterm ialah ada beberapa peserta menyebutkan tentang betapa banyaknya aktiviti sehinggakan tidak ada banyak masa diluangkan khas buat keluarga angkat sahaja. Contohnya, nak membeli belah bersama keluarga, berbual mesra dan lebih mengenali keluarga. Masa tu, aku cuma take note, sebab tiada yang salah jika ucapan itu adalah satu PENDAPAT. Masing-masing ada perspektif tersendiri.

Namun, isu ini dibidas oleh Ketua Khidmat Masyarakat. (cewah, ayat macam berita...) Jawatan ini secara umumnya menyusun segala aktiviti sepanjang program selain daripada yang berkaitan khidmat pendidikan. Di bawah beliau kemudian barulah ada ketua-ketua program kecil. Maka isu tersebut sangatlah berkait rapat dengan beliau yang juga meng'usha' tempat program sebelum hari Wawasan'05.

"Program suka neka kat tepi pantai tu, bukan bersama keluarga ke? Belajar gubahan dan pertandingan gubahan tu, bukan bersama keluarga ke? Bukan ada beberapa slot free untuk bersama keluarga jugak ke?"

Ya, adalah sangat betul.. Secara peribadi, aku lebih rapat dengan mak angkat aku semasa aktiviti di tepi pantai sebab masa itu, kami sama-sama dengan cucu-cucunya memberi sorakan kepada permainan yang sedang berlangsung. Mak angkat aku masa tu tengah anyam ketupat, sempena satu pertandingan. Sama-sama aku sertai dengan mesra dengan tiupan angin laut.. Perggh.. memang masyuk.. Aku juga turut bersorak semasa sukan bola sepak di pantai sebab pasukan orang kampung disertai oleh menantu mak angkat aku, Bang Man. Aku dengan mak angkat aku jugak masuk pertandingan gubahan, sekumpulan dengan kak Eni. Walaupun aku Ketua Khidmat Pendidikan, sibuk, menyertai mesyuarat juga, aku yakin aku telah meluangkan masa berkualiti bersama mak, bang Man, kak Zan, bang Nasir, dik Wan dan abangnya sehinggakan perpisahan kami dihiasi dengan cucuran air mata dari aku dan mereka. Cukup rapat...!

Ya, kita boleh 'cipta' masa untuk keluarga...!

Bersambung...

*Walaupun sudah ada tulisan tentang post-moterm, tidak bermaksud perkongsian hampir tamat. Bukan satu kesalahan pun jika penceritaan tidak secara kronologi kan?

9 ulasan:

MrsNotSoCool berkata...

haha tang post mortem nih paling tak boleh lupa.. tetap nak mengomel walaupun demam bengkak2 muka.. kahakhahak hak tuihhh..

mesti ain tak terlibat dgn kejadian bas yang bawak macam @#$%^!&. kan?? sbb siap blh main pas2 makan sume bagai..

ayen =D berkata...

ha ah la.. cerita kak aina demam sampai bengkak muka..! boleh la ain letak dalam next part.. hahaha..

owh. kita tak sama bas kot.. bas u all yang nk berhenti solat di jawab apa ntah tu kan..? haih.. dunia dunia..

~ fiza berkata...

and selepas itu, driver itu pon d pangkah hehe

mak ko kn ain y luka ms kopek epal....berdarah2...

ayen =D berkata...

ha ah.. mak aku la luka.. darah cair betul.. sihat sungguh! (itu pulak yang aku nampak kan)

cucu dia la, nak makan epal time kat pantai tu.. hehehe..

dan, ada lah manusia kena pangkah sebab tak de first aid kit untuk program tu kan.. hahaha..

MrsNotSoCool berkata...

takleh lupa bila usop dgn pilo main potong2 bas yang bawak gila khinzir itu..gile gigih nak bagi bas tu bawak slow balik..

malangnyer tidak berjaya. akak plak duk la dipeluk oleh rozza. dahla demam naik pulak bas cenggitu lemah semangat...

Batu Bata berkata...

aina.. aku ingat ko dipeluk sina

MrsNotSoCool berkata...

hagham azwar... die tak satu bas dengan aku muahahaa ingatttt tuhhhh!!!

ayen =D berkata...

hahaha.. tak satu bas ek kak aina.. ngeh3.. nak buat satu post cite yg kak aina n abg sina cite ms hari jd pengantin tu la.. hahaha..

ayen =D berkata...

hahaha.. tak satu bas ek kak aina.. ngeh3.. nak buat satu post cite yg kak aina n abg sina cite ms hari jd pengantin tu la.. hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's