Khamis, Mac 04, 2010

Modul kepimpinan di Tasik UTM

Badan dah lembik habis dah.. Cuti Maulidur Rasul Jumaat lepas, Sabtu, Ahad, penuh aktiviti.. macam Mawi satu masa dulu, "fully booked" hahaha..

Lebih daripada 50% masa diluangkan bersama keluarga Lambaian. Okay, nanti aku/orang lain cerita sebahagian demi sebahagian kalau kami rajin. Apa yang aku nak ceritakan sekarang hanyalah bahagian akhir weekend tersebut, iaitu Ahad malam Isnin.

Lepas maghrib, siap-siap untuk ke pasar malam di Sri Putri. Beli makanan.

Aku beli jagung bakar, kak Syila beli jagung rebus. Aku beli apam balik kering, kak Syila beli apam balik basah. Kami ke tasik UTM. Operasi di tasik kali ini, makan-makan sambil bual-bual. Ada Abang Azwar, Abang Sport dan Nadira (sekejap je), Abang Adam, Kak Ezi dan anak-anak mereka, Ammar dan Aqil. Bual-bual yang sangat eksklusif, membuatkan muka dan badan terasa maha panas. Serius, kepanasan yang tak boleh diterangkan dengan mana-mana hukum termodinamik!

Okay, bukan itu juga yang nak aku perincikan.

Ammar dan Aqil susun kerusi-kerusi plastik putih untuk dibuat kereta api semasa di tasik.

Kereta api macam dalam gambar ini. Tapi ini gambar masa barbeque di Balai Cerap KLM & @Lambaian 6 Februari lepas. Di tasik, Ammar dan Aqil cuma ada 3 kerusi putih.

Ammar pegang kerusi plastik yang sedang aku duduk.
"pegi, pegi..." Ammar cakap kat aku. Aku dengan tergamamnya, bangun. Ammar ambil kerusi itu untuk jadikan kereta api nya 4 kerusi.
"habis, cik Ain nak duduk mana?" tanya abang Adam.
"sini..." sambil Ammar menunjukkan 'kepala' kereta api.
"ala.. cik Ain nak duduk belakang..."
"tak boleh.. tak muat.." jawab Aqil.

Arrgghh..! Nasib baik budak-budak.

Manusia bernama cik Pok (Sport) dan cik War (Azwar) pun sampai dari menghantar Nadira pulang. Merosakkan perancangan pembinaan kereta api jurutera Aqil. Pening Aqil melayan 'kepala' kereta api yang tak mendengar kata.

Haih, macam ni pulak. Sabar Aqil, sabar. Kami sedang laksanakan modul kepimpinan. Menguji bagaimana pemimpin perlu mengendalikan anak-anak buah yang sukar taat.

Akhirnya, kereta api berjaya dibina dengan adanya sokongan daripada kedua ayah ibu jurutera Aqil dan pembantu jurutera, Ammar. Moral value of the story, to become a good leader, don't forget you parents. hahaha.. tiba-tiba.

1 ulasan:

Nurul Nadiah Hamidon berkata...

wahahahaha.. sengal je bbdk ni.. ni mesti trait inheritance dri parents klm diorg ni..runs in the family la katakan..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's