Assalammu'alaikum warahmatullah,
Dasar penulis yang bahagia ketika menulis, aku memulakan penulisan kali ini pada tepat 2.30 pm, 23 Mac 2010, iaitu pada masa sepatutnya satu mesyuarat di tempat kerja bermula..
Aku nak cerita tentang, War Game.
Aaarrghh.. nostalgia, nostalgia.. ada terasa nak main War Game juga. Huh.. Okay, aku pergi meeting dulu...
*****
Okay, sekarang aku dah berada dalam bilik mesyuarat. Cuma mesyuarat, macam biasa, belum mula dan macam biasa, kami (tenaga muda) adalah orang yang awal sampai. Aku sambung cerita dulu ya.
Kalau aktiviti malam untuk program sesama ahli kelab Lambaian Masyarakat, masa zaman aku, biasanya War Game. Dan seingat aku, War Game ni biasanya bertempat di Hutan Rekreasi UTM atau luar hutan, on the way nak ke Balai Cerap, UTM.
Apa itu War Game?
Permainan ini adalah perlawanan antara dua pasukan. Dalam satu-satu permainan, satu pasukan adalah penyerang, satu lagi defender (penghalang? pertahanan?). Apabila permainan dimulakan ('war' bermula), pasukan penyerang berusaha untuk memadam nyalaan lilin (5-9 lilin) di merata tempat. Penyerang boleh bergerak sesuka hati untuk tujuan itu. TETAPI, defender boleh menghalang mereka daripada bergerak dengan menyuluh (menggunakan lampu suluh) mereka selama 5 saat (kot..). Apabila penyerang disuluh, mereka tidak boleh bergerak. Jika bergerak, mereka 'mati'. Keluar dari 'peperangan'. Siapa yang menentukan mereka 'mati'? Permainan ini mempunyai pengadil sebagai pemerhati.
Sepatutnya War Game 'dilaksanakan' dalam malam yang gelap.. Baru chare...
****************
Meeting.....
Okay, meeeting dah habis, sambung cerita...
****************
Pertama kali aku bermain War Game, aku tak ingat siapa lagi team aku melainkan abang Din. Aku ingat dia sebab dia melompat/berlari dengan sungguh-sungguh dalam gelap sehingga tangannya luka berdarah dek ranting di atas tanah. Fuh.. Ngilu aku membayangkan.
Ada abang Munir juga (yang nak kahwin dah tu) dalam War Game pertama aku. Mungkin pasukan lawan. Aku ingat komen abang Munir selesai 'perang', "saya terasa macam berada dalam zaman komunis. berdebar-debar. sembunyi-sembunyi untuk bergerak. memang macam perang!"
Seumur hidup aku dalam War Game, aku cuma berjaya meniup satu lilin. Dan terima kasih kepada yang merakamkan saat-saat genting tersebut!
Haaa.. nampak tak belah kanan dan atas gambar, ada seseorang bersama 'senjata' penyuluh untuk 'membekukan' aku?
War Game tidak terhad kepada pemadaman api lilin sahaja. Apabila KLM didatangi batch yang ramai lelaki (2005) berbanding batch aku (2004) yang hanya ada seorang sahaja (Bad), ada War Game versi air. Ya, air dibungkus dalam plastik-plastik sebagai 'bom'!
Konsep sama, ada dua pasukan. Matlamat? Cabut bendera kot.. ke padam satu lilin? hahaha.. Ingat-ingat lupa. Siapa kena 'bom tangan air', 'mati'. Simple.
Paling aku ingat, aku tengah jaga lilin. Pasukan lawan tengah serbu. Aku ambil 'bom tangan air' dan dengan yakin di dalam kegelapan malam itu, aku baling 'bom' itu ke arah satu lembaga yang mendekati aku...
Lembaga itu bersuara dengan lantang berbaur hampa.
"Ain... kenapa baling abang Black!!!"
Owh, abang Black ialah pasukan aku sendiri! Dia datang nak ambil peluru lebih kat aku rupanya.. huhuhu.. ampun, salah pandang..
Ops.. adakah cerita ini tak patut diberitahu umum?
* Terima kasih kepada Usop sebab masih menyimpan dan membekalkan gambar-gambar ini.
7 ulasan:
hehe, mantap nye gambo ain mao tiup lilin~~ ekeke
suka2, troskan usaha anda membunuh rakan sndri! hak hak hak sian a.black.. niat murni xmenjadi.. :P
bencila ain ni..suka tau mengimbau kenangan lama2 yang indah nih tau..
uwaaaa nak main war game lagi...
haha.. tu la elya, tak sangka ada gambar tu.. nampak sangat aku sangat fokus!
kak aina, dah memang ditakdirkan ain menulis untuk dibenci akak.. hahaha..
pertandingan: mencari yg tersembunyi..cepat2..tarikh tutup besok
ha... yang ini paling aku ingat jeritan a.yerk
"woi....y kt situ mati, p***g**g bergerak'
aku xtahu la sape y jd mangsa tu hehehe
masatu jugakla kena serang ngan semut api sedang duk merangkak2 ala2 ain hehe
ohhh sugguh memori.....
p***g**g tu apa fizah.. tak dapat pk la
punggung la ain...haha
Catat Ulasan