Selasa, Mac 02, 2010

Tahniah, KLM Kelab Terbaik LAGI...


Assalammu'alaikum warahmatullah...

Buat kakak-kakak dan abang-abang Lambaian yang tidak tahu menahu alkisah yang berlaku di Dewan Sultan Iskandar 27 Februari lepas, sabtu malam ahad, ada ABC. Bukan air batu campur, tetapi Anugerah Bintang Canselor (Canselor merujuk kepada Kolej Tuanku Canselor). Kalau zaman aku dulu, dikenali sebagai Malam Kempasia.

Bukan saja warga KTC, malah warga alumni juga dijemput, termasuklah satu meja Alumni Lambaian sendiri. Memang vouge malam pink-hitam-putih itu. Semoga hubungan baik Alumni Lambaian dengan KTC berterusan.

Terus kepada sari berita penting, kelab terbaik untuk KTC kali ini, masih lagi Kelab Lambaian Masyarakat. Tahniah..!! Anugerah ZAHIR ini berdasarkan sumbangan KLM dan warganya yang mantap dan best.. Usaha untuk meng'highlight'kan kekurangan KLM tidak berjaya, maka KLM masih terbaik! Opss.. kenyataan hampir laser.. (siapa tak faham, abaikan..)

Alkisah ini banyak dicoret dalam Facebook. Antara yang diambil,

Daripada Haziq, batch KLM 2008 (MT KLM sekarang, bahagian Dokumentasi) ;
"kepada mt2 , pengarah2 program , n ahli2 kelab yang telah menjayakan program yang lepas..[tahun lepas] congratz~~ =)"

Tahniah...!

Daripada abang Azwar (warga alumni Lambaian yang juga penasihat KLM sekarang) ;
"terima kasih gak kat penasihat.. hahhaha nak jugak"
Serius, terima kasih abang Azwar =) Dan Aimi juga...

Daripada Faiz, KLM batch 2006, bekas Pengarah KLM ;
"congratz to all!! xsangka dapat bertahan lagi kelab terbaik (^_^)~ keep it up n smile always!~"

Ya betul, senyum selalu itu penting sebagai awet muda. Tapi 'xsangka' tu macam ganjil bunyinya.. hehehe.. Daripada alkisah-alkisah yang aku dengar dan perkenalan aku dengan adik-adik KLM, ya, KLM layak!

Daripada Nabil, KLM batch 2005, sekarang alumni Lambaian, juga bekas Pengarah KLM ;
"salam..tahniah sume MT & ahli KLM yang support KLM smpai sekarang...dpt lg kelab KTC terbaik...TAHNIAH.. tp igt...kegemilangan x kan terus kekal kalu xd perubahan, xd pengorbanan, xd keberanian utk kekalkan ia.. Kelab terbaik xd makna kalu kite hanya angan2... ukhwah KLM terjalin bukan sahaja di dalam miting kelab, bukan shj ketika mkn2, bkn shj gosip2/pangkah2...tapi ukhwah terjalin dengan penglibatan ahli2 lambaian dalam sesuatu program...lg byk kesusahan nk jayakan pgram lg terkenang memori..
semoga terus gemilang...insyaAllah..."


haaa.. betul tu Nabil, penglibatan dalam program. Susah senang bersama. Menang dan sakit bersama. Semua itu bukan hanya melayakkan anugerah ZAHIR seperti yang diperoleh dalam ABC Sabtu lepas, tetapi juga memberi anugerah yang lebih bermakna, kebahagiaan dalam hati. Anugerah "BATIN" itu lebih besar nilainya, bukan mendekati riak dan megah. Anugerah kebahagiaan dalam hati itu lebih mendidik diri sepanjang kehidupan. If not applicable for everyone, at least for me.

Amanah terus dipikul oleh barisan MT sekarang,


Salam Tahniah.

3 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

tahniah ye KLM..
KLM mmg always the best ..=)

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

tahniah buat semua.. teruskan berusaha. perbaiki pengisian program dlm bentuk yg lebih happening & terbaik. jadikan yg lepas2 pengalaman & perbaiki kekurangan yg ada ppd pgm2 lalu.

keluarkn idea2 generasi baru utk tampil dgn pgm2 berbentuk baru melibatkan masyarakat. igt, kite berbakti pd masyarakat disamping mengeratkn ukhwah sesama ahli & epi2 selalu..=) yeay!!

Nurul Nadiah Hamidon berkata...

tahniah2..ak bangga ngn korg! klm ialah 1 budaya, dan utk train sseorg spy berbudaya klm ni amatla ssh, percayala..ak xtau cner kt blh jd bgs (serius!)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's