Ini gambar KP semasa Desa Siswa 2011
Ini gambar semasa kem Pemantapan Fasilitator di De'Bana 2001
Sampai sekarang benda yang sama diguna pakai. Tali rafia, pen marker, kertas A4 / kertas kaler untuk sesi LDK memperkenalkan diri ini.
Tak ke idea ini bernas, bernasihat, berhibernasi, berinti, berisi, bertoleransi, berinformasi dan bertapa hebatnya.
Agak-agak la kan, sapa la yang mula-mula memperkenalkan teknik rahsia ini kepada para fasilitator KLM untuk buat LDK pertama mengenal diri adik-adik guna cara ini ek?
Klu :
- Fasi tersebut jarang jadi fasilitator
- Rupa sedap dipandang
- Digilai ramai
- Dicemburui ramai
- Ada juga yang benci terus
- Pernah ke oversea
- Belajar takat degree
- Pernah berlari jogging keliling satu UTM dalam masa kurang setengah jam.
- Selalu makan nasi
- Suka tidur dalam kelas
- Bersatu Jaya merupakan tempat beliau beli ubat gigi
Ok, yang seriusnya adalah kenapa hal ini masih kekal?
Ada orang menggunakan masa berfikir untuk sesuatu perkara, ada orang hanya berfikir terhadap fikiran seseorang yang lain dan ada orang yang tidak langsung menggunakan fikiran terhadap fikiran orang lain.