Jumaat, Jun 29, 2012

Laporan Program SBL III

Ahamdulillah, Program Sehari Bersama @Lambaian atau ringkasnya SBL III telah pon disempurnakan pada 2hb Jun 2012 yang lepas.


Program sembang kerjaya kesinambungan SBL I dan SBL II kali ini dijalankan dengan sangat ringkas dan mini. OK, mikro mungkin lebih tepat.

Pada awalnya, perancangan pergerakan program telah dijalankan 3 bulan, namun kata perpatah memang betul, kita hanya mampu merancang. Takdir Allah yang tentukan. 

Tarikh, tempat, tenaga gerak kerja dan kerjasama semuanya tidak menjadi seperti yang dirancang atau diharapkan.

Mengambil kira penglibatan dan pertolongan beberapa ahli KLM yang bertungkus lumus membuat SBL I dahulu, aku rasa tak berapa sedap hati untuk melepaskan dorang dari sem akhir tanpa membuat SBL III buat mereka.

Jadi SBL III dikecilkan skop dan lingkup menjadi hanya satu aktiviti. Satu slot dengan menumpang dewan yang malamnya akan diadakan jamuan makan malam akhir tahun KLM. Sedang adik-adik tahun 1 dan 2 sibuk mempersiapkan dewan, aku mengambil satu sudut dewan beserta meja bulat dan kerusi untuk duduk menunggu peserta SBL III.

Persiapan dari kami (aku, K Ezi, Aqil, Ammar & Ayman) agak ringkas. Bawa sandwich, roti sapu coklat, popiah readymade, air kopi susu untuk 20+ orang makan dan sebuah laptop. Kami tunggu dari jam 2 petang di dewan Banquet.

2 rakan alumni juga datang menjenguk dan membantu iaitu Elya dan Faiz. (terima kasih!). Elya mengambil tugas menambah apa yang patut. Faiz pula membantu menemuduga Sasa dan Haziq.

Kedatangan peserta sukarela pula terdiri dari 6 ahli KLM pelajar sem akhir, Izaat, Syahrul Anuar, Erizuan Soib, Syahrul Haziq dan Sasa Tasnimuddin hasil dari pesanan mulut dan sebuah notis di grup KLM.

Setiap dari mereka perlu memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris secara one-on-one. Kemudian soalan-soalan berkenaan dengan resume mereka ditanya secara ringkas, soalan-soalan yang selalu ditanya ketika sesi temuduga juga dikeluarkan untuk melihat reaksi mereka menjawab. Soalan inilah yang dijadikan pengalaman buat mereka untuk dijadikan persiapan menghadapi temuduga sebenar. 

Dari segi resume, 3 calon peserta lelaki yang datang menggunakan format yang serupa dengan isi kandungan yang berbeza. Walau sudah dipesan yang tiru kawan. 

Dalam isi kandungan pula ada yang tersalah taip nama kampung sendiri. Gambar semua segak-segak belaka. 3 peserta lelaki yang datang pernah jejak anugerah dekan. Penggunaan bahasa Inggeris di dalam kandungan di kalangan mereka ada yang boleh diterima, ada yang agak lemah. Bergaris-garis juga tanda-tanda dan pembetulan yang dibuat. Tiap resume yang diberi tak ada yang lepas bersih tanpa tanda. 

Semua keperluan dan panduan untuk membuat resume juga telah disampaikan secara personal dan tertumpu kepada tiap sorang dari mereka dan bagaimana untuk menggunakan resume tersebut di dalam sesi temuduga. 

Dalam pukul 3 lebih mereka datang, kami hanya betul-betul selesai dalam jam 6.30 petang.

Dengan itu, selesailah sesi SBL III kali ini. 

Kalau diikutkan, SBL III ini agak hancur lebur. Tidak layak dipanggil program, menyusahkan banyak perasaan ramai alumni dan tidak dirancang dengan baik. 5 peserta, 3 fasi dan 3 jam pengisian? Program ke ni?

Tapi jangan kita lupa, dalam masa 3 jam ini, perkongsian yang dibuat adalah padu, jitu dan bermutu. Ia sudah merubah taraf hidup seorang peserta (dan mungkin peserta-peserta lain).

Dengar kata, 3 hari selepas ke SBL III, sorang peserta ini pergi ke interview syarikat pembuat kord Oil & Gas. Beliau telah diterima masuk 2 hari lepas  sebagai jurutera pelatih untuk 12 bulan sebelum dinilai semula sebagai jurutera sebenar. 

Ok, sebenarnya ini semua hasil usaha beliau sendiri, aku tumpang publisiti je. Ha ha.

Disertakan gambar-gambar laporan buat tatapan. 

 AJK minuman sedang bersedia dengan cawan.

 AJK makanan, peralatan dan perasaan.

 Peserta yang menunggu giliran.

 Setelah ditemuduga, beliau bertambah yakin dan berani.

 Boleh tahan jugak photog berumur 6 tahun amik gambar. 

Beliau nampak gusar petang itu, rupanya sebab malamnya nak menyanyi. Ceh.

POST MORTEM (Serius):

Kalau kita punya masalah, sudah tentu masalah itu orang lain tidak perlu selesaikannya. Tapi kalau kita ada kudrat, tenaga dan masa yang lebih, kita boleh sukarela tolong menyelesaikannya tanpa perlu meminta izin kalau kena caranya. 

Jangan ditambah masalah sedia ada dengan hal-hal yang bukan objektif utama masalah sedia ada. Tidak semua benda kita perlu serius atau suka-suka / seronok-seronok.

Sekian. Aku memohon maaf kepada semua yang telah disusahkan, diperli dan disound secara serius ketika perancangan program. Progam ini memberi peluang aku dikenali dan mengenal sisi lain di kalangan kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's