Khamis, Ogos 11, 2011

PAKEJ BERBUKA 2011 DI MAI CAFE (BERHAMPIRAN TUGU NEGARA)


Salam semua...


Lama gile tak post kat blog @Lambaian nih...


Bersempena dengan bulan Ramadhan ni mesti ramai yang mencari buffet berbuka yang sedap dan murahkan?...Sama la kite! dalam kepala kalau boleh nak yang banyak lauk/kuih, sedap dan murah. Emm tak sedar diri betulkan, ingat peniaga tu semua beli barang masak dengan daun kayu ker....


Awal minggu lepas ada chat kat FB dengan Abg Jijoe (batch Lambaian 1997), baru tahu yang Abg Jijoe ada run Mai Cafe dekat dengan Tugu Negara. Menariknya dia ada sediakan pakej semurah RM18++/pax dan RM20/pax (menu istimewa nasi bukhara).

Ini le tempatnye....Mai Cafe


Luas dan selesa, nak parking pun senang nih....


Tengok replika buah2 tu rase lapar pulak!


Oleh kerana saya pun belum pernah cuba lagi nak cakap hal rasa tu tak boleh le kan tapi yang confirm itulah harganya.


1) Pakej masakan ala kampung

Harga: RM18++ (dewasa) & RM10++ (kanak2)

Menunya:-a


Signatures Dish


  1. Asam Pedas - Ikan Kembung/Pari

  2. Asam Pedas - Ikan Duri

  3. Telur Itik Masak Lemak

  4. Cencaru Sambal Belacani
Lain-lain


  1. Kembung Masak Kari

  2. Kembung Goreng Berlada

  3. Keli Masak Lemak Cili Api

  4. Keli Goreng Bercili

  5. Daging Masak Black Paper

  6. Ayam Goreng Berempah

2 Jenis sayur antara pilihannya:-



  1. Kangkung Goreng Belacan

  2. Pucuk Paku Goreng Tumis

  3. Jantung Pisang Masak Lemak

  4. Rebung Masak Lemak


Jenis Kerabu - antara pilihannya



  1. Kerabu Jantung Pisang

  2. Kerabu Tauge

  3. Kerabu Perut

Tambahan



  1. Telur Masin / Telur Dadar

  2. Ulam-ulaman & Sambal Belacan

  3. 1 Jenis Buah (Tembikai/Oren)

  4. Cordial Sirap Selasih

  5. Air Suam

  6. Kurma

  7. 2 Jenis Kuih Pedas/Manis @ Bubur Kacang Hijau


2) Pakej Istimewa Nasi Bukhara
Harga: RM20/pax (dewasa) & RM12/pax (kanak2)
Menunya:-



  1. Nasi Bukhara - Ayam @ Kambing

  2. Kuah Dalca

  3. Acar

  4. Telur

  5. 1 Jenis Buah (Tembikai/Oren)

  6. Cordial Sirap Sunquick

  7. Air Suam

  8. Kurma

  9. 2 Jenis Kuih Pedas/Manis @ Bubur Kacang Hijau

Alamat: 515, Persiaran Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur


Waktu Operasi: 4.00 ptg hingga 10.30 mlm


Contact Persons: 013-9317992 (Azizul), 012-2540492 (Yuni), 017-6686478 (Roma)

Kemudahan: Surau & Tempat parking luas & selesa


NOTA PENTING: TEMPAHAN MESTI DIBUAT 2 @ 3 HARI LEBIH AWAL!!


\Sebarang pertanyaan sila hubungi terus contact person di atas yea.



******************* SELAMAT MENCUBA & BERBUKA DGN GEMBIRA ******************


Selasa, Ogos 09, 2011

Berbuka Puasa Bersama @Lambaian.. Jom!!!

Disertakan link di Facebook untuk jemputan dan perbincangan yang telah dan sedang berlangsung bagi berbuka puasa bersama @Lambaian tahun ini...

Untuk iftar kawasan JB ada dua cadangan setakat ini, 19 Ogos di mana-mana buffet, dan 20 Ogos Potluck di rumah Abang Adam & Kak Ezi ;
http://www.facebook.com/event.php?eid=267108529973352 (klik link untuk perbincangan lanjut dan makluman kehadiran)

Untuk iftar di kawasan KL, 14 Ogos, depan PICC
http://www.facebook.com/event.php?eid=215036745210240 (klik link ini juga untuk borak-borak dan beritahu nak datang ke tak...)

Jika ada kesulitan mencapai link-link di atas, sila tulis di ruangan komen di bawah, saya sedia membantu.. hehehe.. Adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat yang tengah bercuti di rumah masing-masing atau sibuk mencari kerja atau tengah lalalalalala.... dijemput sama memeriahkan iftar..

Kalaulah dapat dirasa manisnya ukhuwah... Confirm boleh ganti kurma masa berbuka puasa =D

Happy fasting and feasting!

Love,
Ain Cantik

Isnin, Ogos 08, 2011

Selesai Siswa@Desa (Khidmat Masyarakat Julai 2011)

Tak adil jika manusia yang mampu mencapai Facebook sahaja, termasuklah aku, sengih sorang-sorang, gembira melihat adik-adik menjayakan program Khidmat Masyarakat mereka, terbaru, di Sungai Siput Perak, hujung Julai lepas.

Bukan saja gembira untuk adik-adik.. Tapi turut sengih dan senyum, teringat khidmat masyarakat yang pernah dibuat masa zaman 'muda-muda' dulu.. Memang sentimental!

Maka, post ini diharap dapatlah perasaan best ini dirasai bersama.. dengan adanya video yang adik-adik kita buat ni.. (Zaman kita dulu macam tak ada video je.. ke kalau ada pun, entah mana..)

Terima kasih Naimah, kongsikan video ini di FB!




** Tak lupa ucapan berbanyak terima kasih kepada warga @Lambaian yang menyumbang untuk program Siswa@Desa ini. Dapatlah RM 340 semuanya yang dalam pengetahuan hamba. InsyaAllah, ada hadiah daripada-Nya =)

Sabtu, Ogos 06, 2011

Sukan @Lambaian - EPL Fantasy

Semua yang berminat untuk bermain sukan tengok jersi, sila daftarkan team pilihan di fantasy.premierleague.com


Kod untuk menyertai private league @Lambaian La Liga : 454986-186574 


Mekasih untuk Moy yang mensetap liga ini. 


Untuk nota, aku dah menyertai sukan tengok jersi ini sejak 2004. Jadi, bersedialah untuk kalah. Heheh.  


Sekian. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's