Assalammu'alaikum warahmatullah...
Selepas aku persoalkan di hujung post terakhir aku di blog ini (jemputan ke program dan walimatul urus tidak dikira) pada 4 November 2010 yang lepas iaitu;
"kenapa aku harus update blog @Lambaian?" ,
baru hari ini aku nak menulis semula... Sebab...
Nak menulis tak perlu sebab kata... =p
Cerita kita pada hari ini diilhamkan daripada program yang akan berlangsung pada Sabtu ini, kelolaan adik-adik KLM kita iaitu Survival! Sedikit maklumat tentang program;
Tarikh : 29-31 Januari 2011 (Sabtu-Isnin)
Tempat : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, SELANGOR
Bayaran : RM 50
Tetapi tempat terhad sebenarnya.. Aku rasa kena contact direct lah adik-adik yang menguruskan kalau-kalau masih ada tempat atau rujuk event di
sini atau di
KLM's Group di FB
Sebenarnya aku tak diarahkan untuk mengiklankan program ni pun, tempat terhad. 28 insan terpilih sahaja! Apa yang aku nak kongsi dalam post kali ini ialah perasaan aku yang berbunyi lebih kurang macam lagu Ayushita,
"jangan bilang tidak..."
Aku nak join Survival!!!
Owh, aku masih ada ciri-ciri giler program rupa-rupanya.. Dalam kekeliruan aku nak join ke tidak, join ke tidak.. (ditambah dengan ada urusan lain pada hari Ahad), aku teringatlah program Yahoo!! di Nur Lembah Lenggong, Perak, pada satu hari yang indah dulu...
Bergambar ramai-ramai sebelum balik UTM
Khemah-mates : Piah dan kak Ikin! (tak tido pun dalam khemah; berborak je lebih)
Dalam dewan untuk aktiviti apa entah aku pun tak ingat- hahaha- Nampak sangat aktiviti
outdoor yang lebih menusuk ke kalbu (Walaupun gambar kecil; aku letak juga gambar ni sebab tak de gambar lain)
Aku sebenarnya tak berapa nak tahu Survival tu ada aktiviti apa- Tapi yang pastinya aktiviti-aktiviti berkaitan alam semula jadi dan mungkin juga ada aktiviti lasak yang menarik lagi da bomb kan! Kita tunggu saja la cerita daripada mereka yang hadir sebagai cenderahati untuk kita (biasanya ada pada FB adik-adik ni nanti)- Dan sebagai manusia kurang terpilih untuk hadir; biasanya aku akan baca cerita-cerita mereka sambil tersenyum dan berkata-kata dalam hati "bestnya lah hai kalau aku dapat join haritu" Adik-adik; nanti jangan lupa upload gambar!
Aku tak berapa nak tahu pasal Survival tapi aku tau pasal Yahoo!! (Yahoo!! yang pertama; yang kedua aku tak join)- Meh sini aku cerita sikit- Macam biasa; aku kan suka bercerita beriya-iya-
Antara yang aku paling tak boleh lupa ialah aktiviti aku merentas Sungai Perak!
*Sumber : Google*
Oh tidak- Bukan river crossing ini yang aku nak cerita- Kalau flying fox tu ada kami buat lebih kurang tinggi macam gambar di atas (dalam program Yahoo!! juga)- Teringat satu situasi; di mana 3 gadis (Marsya; Rai dan Kejan) dilepaskan bertiga bersama-sama- Masa tu aku ke kafe- Aku tak nampak mereka dilepaskan tapi aku cuma nampak mereka bila dah sampai ke penghujung flying fox yang merentasi Sungai Perak tu- Sebelum tu aku dengar satu bunyi yang amat ngeri
gedebush!; selepas jeritan gadis-gadis ayu itu-
Ya--
gedebush! sebab tali break petugas terputus dan mereka sampai di penghujung flying fox dengan momentum yang sangat tinggi! Dahan pokok patah! Mereka tak cedera tapi mungkin sengal-sengal badan- Serius seram! Tapi lawak lah bila tak de yang cedera =p Maaf lah Marsya; Rai dan Kejan aku cerita kat sini- Tak kesah kan hehehe-
Balik kepada cerita merentas sungai (river crossing) yang aku nak cerita adalah seperti gambar di bawah-
*Sumber : Google*
Ops! Bukan bukan! Ini tidak! Air Sungai Perak deras sungguh; kalau kami buat
river crossing macam ni mesti aku dah tiada untuk menulis di blog ini lagi- Hehehehe--
*Sumber : Google*
Kami tenggelam dalam air macam dalam gambar di atas dan akan bergerak sedikit demi sedikit dengan kuasa tangan kami untuk merentasi Sungai Perak- Tapi kami hanya guna satu tali dan diikat seperti gambar di bawah-
*Sumber gambar; Google sampai jumpa
Blog ini*
Haaa dapat bayangkan tak? Aktiviti
river crossing pertama dan terakhir (buat masa sekarang) dalam hidup aku tu sangat lah buat aku rasa macam dah nak mati! Air sungai sangat deras! Air bertubi-tubi menyesakkan dada- Aku rasa hangin sebab aku rasa macam tak bergerak-gerak padahal aku terasa sangat letih! Akhirnya bila aku dilihat tidak bergerak-gerak (dok statik je lawan arus) di tengah-tengah; petugas yang naik bot tu suruh aku lepaskan tali yang disambung antara tempat mula dan tempat akhir; aku telentang; pastu petugas tu tarik je
life jacket aku sampai ke seberang- hahahaha-- mengelat kan-
Tiba kat seberang; aku masih rasa sangat ditolak arus deras--
"Ain; dah sampai; berdiri! Berdiri!"
Abang Zairi jerit-
"Tak boleh- dalam! Kaki ain tak sampai lagi!"
"Ain; tengok Abang Zairi ni!"
*Sumber : Google*
Aku toleh; dan aku nampak Abang Zairi tengah berdiri di tepi aku- Owh-- Dah cetek rupanya-
=p
Bersambung-
************************************************************************************* Anda boleh menghantar apa jua article, dari email anda sahaja! E-mail yang anda hantar akan terus ke senarai article blog Lambaian ni.
(still ngah figure out nape xleh buang nama elqiranibizz)
*************************************************************************************