Isnin, Mac 15, 2010

Retro Night Invitation

Assalammua'alaikum warahmatullah...
Hazwan telefon aku pada satu malam. Masa aku tengah memandu. Dengan yakin aku jawab panggilan. Berbual mesra.. blah blah blah...

"Ain, polis..!" kata kak Syila.
Talian aku matikan.. hahaha..
Don't try this at home!

Sebenarnya Hazwan nak sampaikan hajat, untuk letak benda bulat ni ha...

Sila klik benda bulat di atas untuk merehatkan otot bebola mata anda.

Post sebelum ini juga ada sebut tentang Retro Night ini, karangan Mr Batu Bata (sila klik)

Jumpa di sana....!!!!

p/s : Owh, kepada yang rasa pelik kenapa buat Isnin malam ahad, hmmmm.. adik-adik kata, tak dapat nak susun ke tarikh lain dah.. huhuhu.. (betul kan?)
p/s lagi : Dengar nya, kak Sor (Soraya) dan abang Chuck nak kahwin hujung Mac ini. Ada jemputan di Facebooknya. Boleh check lah yer, tak sempat nak usha.. Begitu juga dengan Ciklin (sorry, I am not so sure, maybe belum kenal lagi)

Daaa...

Selasa, Mac 09, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan Syed Munir - KLM Batch 2003

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Hari ini, aku dapat emel daripada Kak Rozza. Isi email tersebut ialah undangan ke majlis perkahwinan Abang Munir. Ya, Abang Munir nak kahwin...! (dengan gaya joyah)

Maka, disertakan sekali gambar kad jemputannya.

Warga Lambaian dijemput hadir untuk memeriahkan Walimatul Urus ini ya..


Kepada yang ingat-ingat lupa, Syed Munir adalah warga Lambaian batch 2003, iaitu senior kepada aku setahun. Pertama kali aku bekerja sebagai MT Program, adalah sebagai setiausaha beliau dalam program Dekat Padamu 2, Disember 2004.

Di atas adalah gambar Abang Munir (berbaju batik kelab), Dr Yahya (our very supportive pengetua), wakil wad Hospital Sultanah Aminah, wakil barisan penaja (Mutiara Motors, Dewan Bahasa dan Pustaka dan.. eerr.. tak ingat) Yang sebelah abang Munir tu siapa ya? hehehe.. Jangan marah...

Ucapan daripada Ain buat Abang Munir ;

Abang Munir.. Tahniah...! Dan selamat berumah tangga. Hope you are happy always dan tenang-tenang selalu disamping membina keluarga yang diredhai Allah.. amin...

*** Selamat memberi komen untuk wajah baru blog @Lambaian (sila klik)

Isnin, Mac 08, 2010

Perhatian Warga @Lambaian

Kini kembali dengan beberapa program menarik sepanjang bulan Mac sebelum study week.

1. Pesta Air KLM
Tarikh: 13 Mac 2010
Tempat: Court Bola Keranjang KTC
Masa: 8 pg sampai 12 tghari
Bayaran: Percuma untuk alumni. Just bagitau berapa ramai, bayaran untuk anda ditanggung sepenuhnya. *Sarapan pagi disediakan*

2. Jamuan Akhir KLM dan Alumni
Tarikh: 21 Mac 2010
Tempat: Dewan Astana, KTC
Masa:8.20 malam
Bayaran: Tunggu pengarah bagitau
RSVP diperlukan

3. Star v7.0
Tarikh: 26-28 Mac 2010
Tempat: KLM Bayu Resort
Ni just nak bagitau je. Takkan la korang nak join pulak kan. Tapi kalau nak menjenguk program adik adik ni, apa salahnya. Bulan 5 nanti ada 2 KP. Akan diberitahu kelak.

Seadanya aku.


..

Khamis, Mac 04, 2010

Modul kepimpinan di Tasik UTM

Badan dah lembik habis dah.. Cuti Maulidur Rasul Jumaat lepas, Sabtu, Ahad, penuh aktiviti.. macam Mawi satu masa dulu, "fully booked" hahaha..

Lebih daripada 50% masa diluangkan bersama keluarga Lambaian. Okay, nanti aku/orang lain cerita sebahagian demi sebahagian kalau kami rajin. Apa yang aku nak ceritakan sekarang hanyalah bahagian akhir weekend tersebut, iaitu Ahad malam Isnin.

Lepas maghrib, siap-siap untuk ke pasar malam di Sri Putri. Beli makanan.

Aku beli jagung bakar, kak Syila beli jagung rebus. Aku beli apam balik kering, kak Syila beli apam balik basah. Kami ke tasik UTM. Operasi di tasik kali ini, makan-makan sambil bual-bual. Ada Abang Azwar, Abang Sport dan Nadira (sekejap je), Abang Adam, Kak Ezi dan anak-anak mereka, Ammar dan Aqil. Bual-bual yang sangat eksklusif, membuatkan muka dan badan terasa maha panas. Serius, kepanasan yang tak boleh diterangkan dengan mana-mana hukum termodinamik!

Okay, bukan itu juga yang nak aku perincikan.

Ammar dan Aqil susun kerusi-kerusi plastik putih untuk dibuat kereta api semasa di tasik.

Kereta api macam dalam gambar ini. Tapi ini gambar masa barbeque di Balai Cerap KLM & @Lambaian 6 Februari lepas. Di tasik, Ammar dan Aqil cuma ada 3 kerusi putih.

Ammar pegang kerusi plastik yang sedang aku duduk.
"pegi, pegi..." Ammar cakap kat aku. Aku dengan tergamamnya, bangun. Ammar ambil kerusi itu untuk jadikan kereta api nya 4 kerusi.
"habis, cik Ain nak duduk mana?" tanya abang Adam.
"sini..." sambil Ammar menunjukkan 'kepala' kereta api.
"ala.. cik Ain nak duduk belakang..."
"tak boleh.. tak muat.." jawab Aqil.

Arrgghh..! Nasib baik budak-budak.

Manusia bernama cik Pok (Sport) dan cik War (Azwar) pun sampai dari menghantar Nadira pulang. Merosakkan perancangan pembinaan kereta api jurutera Aqil. Pening Aqil melayan 'kepala' kereta api yang tak mendengar kata.

Haih, macam ni pulak. Sabar Aqil, sabar. Kami sedang laksanakan modul kepimpinan. Menguji bagaimana pemimpin perlu mengendalikan anak-anak buah yang sukar taat.

Akhirnya, kereta api berjaya dibina dengan adanya sokongan daripada kedua ayah ibu jurutera Aqil dan pembantu jurutera, Ammar. Moral value of the story, to become a good leader, don't forget you parents. hahaha.. tiba-tiba.

Selasa, Mac 02, 2010

Tahniah, KLM Kelab Terbaik LAGI...


Assalammu'alaikum warahmatullah...

Buat kakak-kakak dan abang-abang Lambaian yang tidak tahu menahu alkisah yang berlaku di Dewan Sultan Iskandar 27 Februari lepas, sabtu malam ahad, ada ABC. Bukan air batu campur, tetapi Anugerah Bintang Canselor (Canselor merujuk kepada Kolej Tuanku Canselor). Kalau zaman aku dulu, dikenali sebagai Malam Kempasia.

Bukan saja warga KTC, malah warga alumni juga dijemput, termasuklah satu meja Alumni Lambaian sendiri. Memang vouge malam pink-hitam-putih itu. Semoga hubungan baik Alumni Lambaian dengan KTC berterusan.

Terus kepada sari berita penting, kelab terbaik untuk KTC kali ini, masih lagi Kelab Lambaian Masyarakat. Tahniah..!! Anugerah ZAHIR ini berdasarkan sumbangan KLM dan warganya yang mantap dan best.. Usaha untuk meng'highlight'kan kekurangan KLM tidak berjaya, maka KLM masih terbaik! Opss.. kenyataan hampir laser.. (siapa tak faham, abaikan..)

Alkisah ini banyak dicoret dalam Facebook. Antara yang diambil,

Daripada Haziq, batch KLM 2008 (MT KLM sekarang, bahagian Dokumentasi) ;
"kepada mt2 , pengarah2 program , n ahli2 kelab yang telah menjayakan program yang lepas..[tahun lepas] congratz~~ =)"

Tahniah...!

Daripada abang Azwar (warga alumni Lambaian yang juga penasihat KLM sekarang) ;
"terima kasih gak kat penasihat.. hahhaha nak jugak"
Serius, terima kasih abang Azwar =) Dan Aimi juga...

Daripada Faiz, KLM batch 2006, bekas Pengarah KLM ;
"congratz to all!! xsangka dapat bertahan lagi kelab terbaik (^_^)~ keep it up n smile always!~"

Ya betul, senyum selalu itu penting sebagai awet muda. Tapi 'xsangka' tu macam ganjil bunyinya.. hehehe.. Daripada alkisah-alkisah yang aku dengar dan perkenalan aku dengan adik-adik KLM, ya, KLM layak!

Daripada Nabil, KLM batch 2005, sekarang alumni Lambaian, juga bekas Pengarah KLM ;
"salam..tahniah sume MT & ahli KLM yang support KLM smpai sekarang...dpt lg kelab KTC terbaik...TAHNIAH.. tp igt...kegemilangan x kan terus kekal kalu xd perubahan, xd pengorbanan, xd keberanian utk kekalkan ia.. Kelab terbaik xd makna kalu kite hanya angan2... ukhwah KLM terjalin bukan sahaja di dalam miting kelab, bukan shj ketika mkn2, bkn shj gosip2/pangkah2...tapi ukhwah terjalin dengan penglibatan ahli2 lambaian dalam sesuatu program...lg byk kesusahan nk jayakan pgram lg terkenang memori..
semoga terus gemilang...insyaAllah..."


haaa.. betul tu Nabil, penglibatan dalam program. Susah senang bersama. Menang dan sakit bersama. Semua itu bukan hanya melayakkan anugerah ZAHIR seperti yang diperoleh dalam ABC Sabtu lepas, tetapi juga memberi anugerah yang lebih bermakna, kebahagiaan dalam hati. Anugerah "BATIN" itu lebih besar nilainya, bukan mendekati riak dan megah. Anugerah kebahagiaan dalam hati itu lebih mendidik diri sepanjang kehidupan. If not applicable for everyone, at least for me.

Amanah terus dipikul oleh barisan MT sekarang,


Salam Tahniah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's