Khamis, Disember 10, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Nabil & 'Ainul (6 Disember '09)

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Akhirnya, berkesempatan juga aku untuk bercerita tentang majlis perkahwinan Ahad lepas, di Sg Besi. Aku cakap kat nenek aku, "Ain nak pegi kolumpor ni, nek"

Selepas susah payah sms, call, dan YM rakan-rakan Lambaian sepanjang minggu untuk mencari teman seperjalanan ke majlis tersebut, akhirnya abang Pilo lah manusia pilihan Allah yang sudi menumpangkan aku dalam keretanya. Dia dan dua rakan serumah bertolak pagi itu dari Johor, dan sampai di tol Ayer Keroh untuk ambil aku yang dihantar oleh papa aku dengan kereta bernombor plat MBV **** Melaka Bandaraya Vouge (MBV).

Tanpa mampu menunggu Usop dan Kak Ikin di hentian Serdang, kami meneruskan perjalanan kerana abang Pilo mesti sampai pukul 12 tengahari. Aku berada dalam kereta orang penting rupanya, iaitu orang yang akan memulakan majlis dengan doa'. Nervous. Tambah nervous dan panik semasa mencari dewan. Fuh..

Akhirnya, sampai.. aku rasa on time yang cukup-cukup. Serentak dengan pasangan pengantin dan pasangan pengapit keluar dari kereta masing-masing. Timing baik punyeeeerr..

Lebih kurang 12.05 tengah hari, paluan kompang sudah berkumandang, dan pasangan pengantin, Nabil dan 'Ainul berarak memasuki dewan. Pergh.. segak dan comel. (aku puji sekali je cukup)

Ini sahajalah gambar yang paling elok aku mampu ambil dengan malasnya nak angkat bontot dari kerusi tempat aku nak makan masa tu. Mereka menuju ke pentas, juga gambar yang diambil oleh aku yang malas seperti di bawah,


Aku sangat suka majlis ini. Kenapa?

1. Sampai sahaja pengantin atas pelamin indah putih ungu itu, majlis dimulakan dengan doa, oleh abang Pilo. Rasa macam .. hmm.. tak tau apa perasaannya.. yang kahwin kawan-kawan aku, yang baca doa macam abang aku, yang amin-kan doa boleh tahan beberapa jugalah kawan-kawan aku, yang jadi DJ juga macam abang aku.. huh.. macam tu lah.. tak tau nak explain.. huhu.. bukan sekadar suka ni..

2. Lauk best. Nasi best. Acar buah dijamu dengan se-pemurah-pemurahnya.

3. Warna tema adalah sangat tema.. Ungu putih daripada kad jemputan, baju pengantin, pelamin, warna air (standard lah kot), sehinggalah kepada cenderahati dalam goodies bag iaitu senaskah buku yang mengandungi Juzuk 'Amma dan panduan Solat.

4. Majlis adalah sangat teratur dari segi perjalanan majlis dan pengurusan tetamu. Sesi bergambar tetamu sangat teratur. Kawan-kawan ada peluang bergambar dengan menunggu giliran di tangga pentas, dan seterusnya bersalaman dan beramah mesra. Terharu! Bukan semua majlis ada peluang macam ni.

5. Pengantin sempat beramah mesra dengan ramai orang. Terima kasih datang. Ucapan yang ringkas tapi boleh buat tetamu terharu. Walaupun aku dan kawan-kawan gurau kasar dengan Nabil.. "Wah, pandai ko cover... teeeettt..", Nabil masih control mood pengantin.. Dan 'Ainul sempat berkongsi pengalaman dengan contact lens dan bulu mata palsu.. hehehe..

6. Lebih mengharukan, pasangan pengantin hantar SMS mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan walimatul urus mereka.

Bukan bermakna majlis perkahwinan lain tidak menggembirakan atau mengharukan. Masing-masing ada yang best nya, nak-nak, kawan-kawan yang kahwin kan. Cuma aku sudi menyenaraikan hal-hal ini, tanda penghargaan, penghormatan.. dan sekadar berkongsi pandangan.

Buat 'Ainul dan Nabil, semoga bahagia dan berkekalan melayari bahtera hidup dalam rumah tangga yang akan dikemudi dengan tolak ansur, ketenangan, taqwa dan iman.. Semoga bahagia dunia akhirat.. insyaAllah.. amin..

Aku yakin ada banyak lagi gambar-gambar lebih menarik oleh manusia-manusia yang rajin. InsyaAllah, jika aku dapat kumpulkan dari manusia-manusia yang sudi, aku akan kongsikan.
DAN, suka aku nak tulis di sini bahawa AKU SANGAT SERONOK JUGA sebab dapat jumpa dan berkepoh dengan banyak keluarga Lambaian hari itu dan kenal kawan-kawan baru!

abang Pilo & Mamat & Shidi (mereka serumah), abang Afiq (paparazi yang berjaya), kak Ikin (mangsa paparazi), Faiz , Yati (kira dah Lambaian kot hahaha), Rai & Azali (suka suka je aku letak & kan..), Nad & Izzah (adik Nad), Sai, Zizi, Nik (kawan Sai or Zizi hehehe), Amin, Aznan, Azri, Usop (yang lambat sebab tunggu Boston), Boston (yang dah nak kawin Januari ni), abang Black (yang ada projek besar malam sebelum majlis), abang Sport (dengan dslr canonnya), Kay & Silah (pengapit), eerr.. ada nama yang aku lupa tak? Tak ketinggalan juga rakan-rakan Smart Camp..

Owh.. kak Syila.. yang akhirnya tak dapat ain jumpa.. dan keluarga abang Adam mungkin?

Wah.. panjang aku menaip ek.. naik syok pulak..

ok..

daaa...

17 ulasan:

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

nk tgk gambo lagi! nk gambo lg!!
waaaaa

Adam Ruslan berkata...

Mujur dah ada orang buat. Nanti edit buh gambar jela kat entri ini. Heheh.

ayen =D berkata...

sabar elya.. aku masih menanti siapa2 yang sudi berkongsi gambar.. sob sob sob..
haa.. abang adam tambah la apa suka.. buat entri lain pun tak de masalah..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

tahniah buat nabil & ainul..smg berbahagia selalu..=)

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

nabil, jaga yg tersayang elok2~~
jgn nakal2~
hua hua hua,
gambar2,
sabar menantikan gambo2 nyess

biskutrajin berkata...

AIN...TMBAH GAMBO DORG KAWEN

Kotak Hijau berkata...

dalam beg ungu tu pun ad kelainan..fuh..syukur

Kotak Hijau berkata...

ops...tarikh tu mcm ad yg tak kene jek..rasenye 6/12...cube cek balik kt kad tu

ayen =D berkata...

NAMPAKNYE, TAK DE ORANG YANG SUDI BERKONGSI GAMBAR MAJLIS KAHWIN NABIL WALAUPUN RAMAI YANG PERGI DAN AMBIL GAMBAR.. (huruf besar, saja nak sedondon dengan aemy hehehe)

ha ah la, usop.. ok.. thanks.. aku tukar tarikh.. hehehe.. 5hb tu tarikh orang merisik.. OPS...

ahmadNabil berkata...

salam semua..
Terima kasih kepada sesiapa yang dtg ke majlis kami..
Xtahu nak ckp ape hari tu bile tgk ramai ahli Lambaian dtg bersama-sama.
InsyaAllah akan di upload gmbr..pengantin pun xtgk lg gmbr..haha..
TQ semua...

ahmadNabil berkata...

terharu beb,...

Kotak Hijau berkata...

jgn terharu sgt..wakaka..merisik tu nk masuk gak..hahaa..ain..ko kne buat yang lain tuk tarikh tu

ikien aizad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayen =D berkata...

ala nabil.. pengantin baru mana lah sempat nak upload2 gambar ni.. takpe.. mak paham nyah.. (berjangkit penyakit hanim).. mak harap gambar2 dari kengkawan lain lah nyah..

usop.. aku kene buat surat mintak kelulusan dulu utk sebarang post hehehe..

ikien aizad berkata...

rindu kat nenek ain!!~
mcm baru je semalam dok ngadu kat dia kaki gatal2 kena gigit nyamuk sebab masuk dusun amek pulasan..haha..:-)

akak pun takde amek gambar..hu~

fizah berkata...

bestnyer ramai lambaian y dtg....
nk tgk gambar jgk....

ayen =D berkata...

hehe.. nenek ain mesti ingat akak punya la..

fizah.. tu la.. sape suruh tak sabar2 kawin, tak tunggu aku balik msia hahaha.. =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's