PERINGATAN :
Diharapkan semua warga Lambaian yang membaca dan mengetahui blog ini, boleh TOLONG MENYEBARKAN KEWUJUDAN BLOG INI kerana masih ada keluarga Lambaian kita yang tidak tahu. Maka ada yang tertinggal jemputan walimatul urus, yang tertinggal kemanisan hidup ber-keep-in-touch ini, malah ada yang tidak dapat membuat jejak kasihan untuk pelbagai tujuan. Sharing is caring, tak sharing is self-fish. hahaha.. THANKS!
Assalammu'alaikum warahmatullah....
Sebenarnya aku nak letak tajuk tu, erti kebahagian sebenar.. Tetapi rasa macam kurang jiwa pula, sebab macam jiwang hehehe..
Okay.. Dalam kepala ini sememangnya tentang perjuangan sebelum hendak ke kenduri kahwin Kak Eni dan abang Atok sabtu lepas di Sungai Siput, perjalanan pergi, sesampai di kenduri, dan perjalanan pulang.. Tetapi atas faktor kengkangan masa dan fokus, aku cuma sempat beritahu setakat ini...
ITULAH ERTI KESONOKAN YANG SEBENAR...
Sekadar sari berita penting; aku, abang Azwar, Hanim dan Kejan gerak dari Johor (5 pagi dari rumah aku) sebelum bergabung bersama sailormoon Rozza di Shah Alam. Kami tiba di rumah pengantin 3 petang dalam keadaan kebulur, selain berjumpa dengan pengantin dan keluarga, ada juga kak So dan abang Chuck. Lepas tu, sampai kami berlima di Cameron Highlands hampir-hampir nak maghrib. Dan aaaaaakkkkkhhhhiiiiiiirrrrnnnyaaaaa sampai di UTM subuh Ahad.
Giler bosan kan penceritaan macam tu.. Orang yang sukakan keringkasan, mungkin suka. Tapi aku sendiri bosan baca balik perenggan di atas.. hahaha..
Apa-apa perkara fizikal yang berkurang demi permusafiran tersebut, tetap tak sebanyak keseronokan dan hikmah yang aku dapat. Keseronokan yang sebenar adalah apabila kita mampu buat orang lain seronok. Kalau tak terlafaz dengan kata-kata mereka sekalipun, hati yang bersih akan tenang jika kita mampu percaya dalam diri, bahawa.. "aku seronok kerana orang lain seronok". Inilah kesimpulan ringkas daripada post-moterm trip Skudai-Shah Alam-Sg. Siput-Cameron-S.Alam-Skudai. Post-moterm dihadiri oleh aku dan hanim di S 25, KTC selama 2 jam 30 minit dalam keadaan lapar dan busuk tak mandi-mandi, tengah hari semalam. Maka sangatlah mustahil aku nak tulis ERTI KESERONOKAN SEBENAR dalam post ini, melainkan untuk membuat orang membaca muntah darah.
Dan, macam biasa.. aku tak de gambar.. hahaha.. Aku tunggu kamera Kejan, Hanim.. Dan liputan lanjut, selepas hari-hari genting aku hari ini sampai Rabu..
daaa..
p/s Abang Sport.. hope post kali ini tidak dianggap seperti post personal.. hahaha..
11 ulasan:
totap tak lepass tu pergi cameron....
hahaha.. tu la pasal kan.. walaupun buku lali driver dah tak in place..
picture picture picture~~
muahaha
tetibe mcm nak jeles dgn ain
sebab macam selalu je senang nak ke majlis2 lambaian even jauh beribu batu..
syabas ain..:-)
kalau anda bernasib baik, anda blh cari gambar2 di facebook orang2 tertentu.. jika tidak, tunggu i cilok dari diorang yer.. hehe..
kak ikin.. kak ikin kene letak 'tahi lalat' kat tapak kaki.. hehe..
ngah tunggu u cilok gambo2 la neh..
da lenguh badan den tunggu neh...
:)
caiyok3
ala..
bestnye jalan2..
x tahupun..
eh, afzan tak tahu ke kak eni dan abang atok kawin kt sg siput tu? kitorang punya plan jadi 5 jam sebelum bergerak dari JB tau.. dan perjalanan ke cameron juga diputuskan masa jalan balik dari sg siput, dan selepas nampak sign board cameron.. huhu..
aku sayang adik-adik aku..
hahahahha.. punyalah sanggup. walhal baru je sampai dari palembang. tdo 3 jam. drive dekat 24 jam.
tapi memang best kan ain..
geli pulak dengar statement 'abang' aku ni hahaha..
tu la.. mmg best giler! (ada ke jln2 dgn kengkawan yg best, esp warga lambaian yg tak best?)
tahniah atas kesanggupan dan kegagahan anda encik azwar! tahniah atas kesudian turut serta dan memeriahkan perjalanan hanim n kejan! tahniah atas usaha roger meroger kak roza dgn kuasa Sailormoon!
moral value of the story : klu nk buat apa2, dont think abt problems 1st. pikir jalan/cara dulu. kalau pk masalah/kengkangan dulu, nescaya, anda takkan dapat buat apa yg anda nk buat.. ahakz..
Asal nama aku naik? hahaha... Kalo ukhuwah tu dah kuat, jarak tak menjadi penghalang.
Bagi tiap2 perjalanan ukhuwah yang lebih kuat terbentuk.
Syabas. Sayangnye, aku takde kuasa Sailormoon kali ini. hahaha...
Catat Ulasan