Di celah-celah kehangatan PERINTIS, sebagai orang yang tidak mampu menghadirkan diri, aku hanya mampu membaca dan bergelak sama dengan kerinduan. peerrggh.. ayat...!!
Sebagai mengubat rasa rindu (peerrgghh sekali lagi), aku kirimkan sebuah penulisan, lahir dari hati seorang manusia yang sepatutnya sibuk. Semoga selamat membaca dalam keadaan tidak bersalah kerana menggunakan masa bekerja kepada majikan yang keterlaluan.
Bismillahirahmanirrahim..
"Cube teke ape itu teki?"
"haa? Tu ke soalannye?"
"Ye la.. Cube teke ape itu teki..?"
Sambil buat muka selenge, K, iaitu Khair cuba menunjuk hebat dengan teka-teki nya, di tempat buat banner, depan kiosk s01, KTC. Aku ingat muka selenge tu sangat-sangat =D
Aku rasa kebanyakan stok teka-teki aku adalah bersama warga Lambaian. Stok teka-teki aku itu lah yang aku bawa ke hulur ke hilir untuk jadi bahan hiburan seisi keluarga dan sanak saudara di kala berkumpul beramai-ramai. Seronok dengan teka-teki jugalah yang buat aku rasa kursus BTN suatu masa dulu adalah kursus yang sangat happening.. Hobi main teka-teki tu lah yang aku bawa kalau nak melagha dalam chatroom dan menguasai satu room tu. hahaha.. Bila kita bagi teka-teki, orang akan bagi teka-teki juga, maka, stok teka-teki bertambah besar. yeeehhhaaaaa..!! Sampai aku telah mengajar dan mendengar perkataan "teka-teki" dari mulut seorang rakan Polish aku di Poland. hehehe..
Tapi lama-lama aku rasa stok teka-teki aku semakin berhabuk.. Dan rasa macam aku semakin tumpul untuk berfikir jawapan teka-teki, malah memberi teka-teki.. aaarrgghh.. aku mau stok teka-teki baru!! Teriak aku dalam hati.
Nabil menambah pekat teriakan aku itu bila dia merajinkan diri meletakkan beberapa teka-teki di ruangan status YM nya baru-baru ini. Lepas satu, satu teka-teki dia letak. Aku suka pada teka-teki yang aku boleh jawab, tapi yang tak boleh aku jawab, lagi aku suka...!
Seorang manusia yang aku TAK PERNAH dapat jawab teka-teki dia ialah abang Din. Aku memang hangin tak berkesudahan setiap kali dapat teka-teki dari dia, sebab aku tak boleh jawab. Tapi kalau teka-teki orang lain dia boleh jawab! Aku berniat nak pecah kan rekod, semoga suatu hari nanti ada teka-teki dari mulut dia yang aku boleh jawab. (dengan hati yang kental)
Seorang manusia yang tak boleh jawab teka-teki aku, (aku seolah-olah tak dapat ingat sebarang teka teki aku yang dia berjaya jawab) adalah abang M**** hehehe.. Tapi bila dia yang bagi teka teki, aku mesti boleh jawab. kan kan kan? Abang Black, semoga menjadi saksi ya. Tapi kan, di sini, ain nak buat pengakuan besar-besaran lah abang M****. Ampun banyak-banyak.. =D Ada satu teka teki tu, ain jawab dengan bantuan talian hayat. hehe.. Soalannya ialah,
"Kenapa kalau nak teksi, orang tak bayar duit dulu?"
haaa.. itu lah soalan nya, dan talian hayat ain masa tu ialah abang Din, yang ain hubungi melalui sms. Ternyata abang Din masih memegang rekod, "teka teki aku dia boleh jawab, teka teki dia aku tak boleh jawab" jangan marah ye abang M****
Ada macam-macam jenis teka teki. Seawal program pemantapan batch aku, Ainon jadi heroin kami. Segmen lawan teka teki junior senior. Soalan-soalan Ainon sangat menghiburkan dan menariknya, tidak berjaya dijawab oleh para senior. hehehe.. Antaranya ialah,
"masa kecik dia hitam, dah besar dia putih.. apa dia?"
Cuba lah bayangkan muka kawan penglipur lara aku tu kan. Memang sangat menenangkan. =D
Soalan Ainon seterusnya,
"Okay, soalan lain, masa kecik dia bulat, dan besar dia terkangkang... haaa..."
Aku ingat muka Ainon semasa memberikan jawapan-jawapan, maka ternyata para senior ketika itu tidak dapat menjawab. Aku tak ingat masa tu abang Din pergi mana. Yang aku ingat, muka abang M****...
Dalam segmen itu, abang M**** ada bagi teka teki, tapi maaflah, Ain boleh jawab. huhuhu..
"masa kecik bola hoki, dah besar bola ragbi, apa dia..?"
haaa.. Ni mungkin ada tempias teka teki Ainon tu lah kan. =)
Zaman seterusnya, zaman aku sebagai senior. Stok teka teki yang boleh tahan mantap, dari Bad. Dia boleh bagi teka teki tanpa dijemput =P Dan ada satu program di resort KLM, iaitu hutan rekreasi UTM, Bad ada beberapa set teka teki yang berupa permainan perkataan, (mungkin hanya sangat sesuai jika didengar, bukan dibaca)
"banyak-banyak burger, burger apa yang ke kiri dan ke kanan"
"banyak-banyak sekolah, sekolah apa yang tak de guru dan murid"
dan lain-lain.. bertubi-tubi. Macam latih tubi dah aku rasa.
Ada juga dalam kotak kenangan aku, masih di resort KLM, di satu meja dan bangku kayu dekat dengan kawasan dapur. Berkumpullah para senior VIP hehe.. Ntah kenapa masa tu free agaknya. Ada sesi teka-teki-pecah-perut-bersama-abang-Pilo. Teka teki yang dikeluarkan oleh abang Pilo ialah stok dulu-dulu, yang memerlukan kertas dan pen untuk menyoal. Contoh,
Sambil melukis apa yang perlu,
"Ini rumah Ali, Abu, Ahmad. Ni jalan raya. Seberang ni kubur..." blah blah blah.. kemudian sampai ke soalan... dan, biasa nya kami tak dapat jawab. Bila abang Pilo bagi jawapan,
sambil melukis juga apa yang patut,
"sebab.. inikan... " blah blah blah..
lalu segenap usus diusik bagai nak rak, memang mampu menghalau siamang dan babun yang menjengah kawasan perkhemahan agaknya. Disebabkan ketawa yang teramat over, aku tidak berjaya mengingat satu pun teka teki set pen kertas abang Pilo tu. huhuhu..
Dan, stok teka teki yang aku tak suka, ialah semasa program Road to Glory. Suatu malam, ada beberapa lagi orang, dan watak utama ialah abang Irman, Yerk, Ayam (mereka adalah orang yang sama). Aku tak suka sebab aku tak ingat, tak faham beberapa teka teki. Dan bila ditanya, kenapa?
"owh.. teka teki ni sesuai untuk lelaki je.. haha"
Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga. cis..!
Ada apa-apa teka teki baru ke masa PERINTIS? Mungkin, apakah rahsia "kemenangan" Jup? jeng jeng jeng..
12 ulasan:
Suke gile teka teki abg pilo..
memang sejarah gile teka tekinye~
afzan ada 1 teka teki jer yang ingat sampai sekarang..
Bentuknya cam matematik sket..
Ada sekor katak masuk dalam perigi buta..
Dai nak keluar dari perigi tersebut..
Dalam sehari dia dapat melompat naik 3 meter
dan terjatuh 2 meter..
Kedalaman perigi tu 30 meter..
Berapa hari diperlukan
supaya katak tu dapat sampai ke darat dengan selamat..
haaa~
mesti ada yang ingat jawapannyer kan..
Wah.. rupaya aku ada byk teka-teki yg selama ini aku xperasan..tapi mmg time kat UTM dulu, itu je la modal aku nk rapat dengan budak2 junior..sebenar ye teka-teki tu aku kutip kat Kedah, masa Program Khimat Masyarakat aku yg pertama...tapi sekarang aku dah xingat dah semua teka-teki tu..mungkin otak pun dah berkarat gak ye..huuhuhu.. yg aku ingat ialah permainan 'dam dam da da"...hiihihih
Teka Teki bersejarah: Byk byk gajah, gajah aper paling panjang? haha... jawab2...
gajah aper ke gajah saper ni spot?
tospot..:banner tu sehari dua ek ...ak nak kemas2 balik kl dlu..pasni potluck da boleh join nih..alallaal
haaa.. ingat yang itu afzan.. hehe.. ntah siapa yang bagi, tak pasti dah.. hoho..
aahhhaa.. dam dam da da.. kene tunggu post lain tentang refreshment pulak.. yeehaa!! makasih for the idea.. ;)
gajah apa paling panjang? belalai gajah la.. (tp takkan la jawapan dia ini kan.. mesti ada gajah disebalik gua ni)
yeah.. tak dengar lagi dah kata2 merendah diri abang afiq "tapi, abang bukan alumni" hehehe..
adakah teka-teki yang terselit dalam post tu harus diberi jawapan?
yela,dulu kalo lepak dgn abg2,akak2 kelab,
time cat banner ke,buat backdrop ke,minum mlm sambil kunyah biskut kelab ke, gosip2 ke,
mesti kuar teka teki punye..tp kalo silap jwb,
sampai 10 akan dtg pun isu jwpn tu msti jadi subjek utama..nasib la labu..:-p
tp da keje ni,bile soh buat teka teki mcm da blur2..haha
ain,akak pun xtau jwpn tu..
klu jadi subjek utama.. tekan lah butang.. teeettt.. hehe..
okay..
1. teke ape itu teki tu, jawapannya, ayam belanda. sebab, teki tu sebenarnya adalah "turkey"
2. naik teksi tak leh bayar duit dulu sebab.. duit dulu tak laku.. yang laku, duit zaman sekarang.. atau zaman semasa yang laku.. ngeh3
3. kecik hitam besar putih, michal jackson. tau kan?
4. kecik bulat, dah besar terkangkang, huruf 'a'. dah besar kan dia jadi "A"
5. kecik bola hoki, dh besar bola ragbi, turban orang singh tu. budak kecik kan pakai bulat kecik kt depan kepala, kalau dah besar kan mcm bola ragbi, besar dan lonjong. Ni ain pernah baca kat buku teka teki masa sekolah rendah. hehe..
6. burger yang boleh ke kiri dan ke kanan.. ialah.. bur-ger-rak.. bergerak sebenarnya.. moving..
7. sekolah yang tak de guru dan murid, se-kolah-air. satu kolah air, cuma ada air je lah dalam kolah tu.
sekian.
Byk byk gajah, gajah aper paling panjang?
= Gajah Beratur. (honestly, aku pun tak paham jawapan dier... hahaha)
hahaha.. gajah beratur..
ain ni tak sah kalau entry die mengimbau sejarah lama tau.. rindu akak tau..
hehehe.. lek la kak aina.. saje sentimental jap.. kasi rindu2, biar baby jadi baby lambaian.. ngeh3..
sebenarnya, ain tak dapat bagi hal2 terkini kerana dari kejauhan, maka hal2 terdahulu je la yang ada.. =p
hahaha.. teka teki teka tekuk..jwb salah jd mangkuk...
:p
Catat Ulasan