Khamis, Jun 18, 2009

Dari KLM de PD ke AADD dan PERINTIS

Aku memang bercadang nak tulis di blog @Lambaian, sebab lebih eklusiviti, tulis di blog sendiri pon boleh, tapi blog aku ada konsep dan displin tersendiri. Hahah.

Cenggini jela, akhir 2007, ada pertemuan semula geng-geng kelab Lambaian. Di PD. Di Sunshine Bay Resort. Ironinya, aku sedang menulis dari resort ini sekarang ini.

Disember 2007, KLM de Port Dickson, Sunshine Bay Port Dickson

Awal 2008, ada perjumpaan di rumah aku. Dengan beberapa bilangan bekas KLM dan ahli KLM semasa waktu itu. Semua bersetuju untuk ditetapkan dan dicadangkan penubuhan Alumni Lambaian.

Februari 2008, Mesyuarat mencadangkan menubuhkan Alumni KLM, rumah Adam

Lepas pertengahan 2008. Diadakan satu gathering yang lebih grand. Di Desaru Beach Resort. Meeting diadakan untuk mewujudkan ahli Perlaksana Alumni Lambaian yang harus mewujudkan organisasi ini dengan rasmi.

Ogos 2008, Mesyuarat PERLAKSANA Alumni Lambaian Masyarakat, Ada Apa de Desaru, Desaru Beach Resort

Hujung 2008 sepatutnya Perlaksana ini membuat AGM pertama Alumni Lambaian.Tapi tak jadi. Ditangguhkan sehingga pertengahan 2009. Dinamakan projek ini Perintis 2009.

Maka. 7 Jun 2009. Tertubuhnya Alumni Lambaian Masyarakat dengan AGM pertamanya.

Jun 2009, AGM pertama Alumni Lambaian Masyarakat, PERINTIS 2009, Glory Beach Resort, Port Dickson

Aku, Sport, Syila, Ayu, Gap, Azwar, Ikin, Ain, Azam, NoorAfzan dan Aemi dipertanggungjawabkan sebagai peneraju rasmi Alumni Lambaian Masyarakat sekarang.

Dengan sokongan Persatuan Alumni UTM. Kami sekarang adalah SIG (Special Interest Group) di bawah PAUTM. Kami bergerak di bawah nama PAUTM tapi di dalam lingkungan kumpulan kami sendiri.

Kami punya objektif untuk mengumpul kembali semua Ahli Kelab Lambaian Masyarakat di KTC yang sudah menamatkan pengajian di UTM untuk bersama semula di dalam @Lambaian.

Kami juga punya keinginan untuk menyokong KLM sedia ada supaya terus menjadi kelab di KTC.

Kami juga ingin mempunyai ruang dan lingkung untuk memberi sesuatu kepada masyarakat umum dalam apa jua khidmat bakti yang mampu kami laksanakan.

Jadi lengkaplah tujuan dan objektif penubuhan untuk Alumni, Lambaian dan Masyarakat ini.

Apa jua yang berlaku di dalam pertemuan semula ini, aku kira sebagai kenangan, pengalaman dan bonus. Yang lebih bermakna adalah HASIL dari setiap pertemuan yang diadakan. Tiap pertemuan kita telah pastikan agar ada perkembangan di dalam menubuhkan @Lambaian.

Jadi segala yang terjadi, tergeser, tersentuh hati, terjauh hati, terjatuh hati di dalam menjayakan penubuhan @Lambaian ini, aku pohon maaf. Aku memang tidak sempurna di dalam menjaga hati. Tapi aku cuba sedaya upaya menjayakan hasrat dan objektif utama tidak lari dari landasan. Jadi, yang mana yang terasa/jauh/kecik hati sebelum ini, bagi aku itu cuma perbezaan pendapat, penglibatan anda di dalam @Lambaian tetap dialu-alukan. Sebab @Lambaian bukan agenda peribadi aku seorang. Ini agenda untuk semua. Tiada diskriminasi untuk semua penyertaan.

Kalau dikira KPI, sumbangan aku tidaklah sebesar mana. Aku tidak sedikit pon pening kepala memikirkan segala butir-butir kecil di dalam PERINTIS 2009. Semuanya rakan-rakan PERLAKSANA yang buat. Syila terutamanya. Banyak pandangan dan cadangan yang kami debatkan di dalam email PERLAKSANA. Hangat orang kata. PERINTIS 2009 berjalan lancar seadanya. Sekarang PERINTIS 2009 adalah sejarah. Sedar tak sedar, menghampiri setahun setengah juga usaha ini.

Kini, kita punya ruang, kudrat dan usaha untuk mencorakkan masa hadapan @Lambaian untuk dijadikan sejarah yang lebih bermakna.

Kami mengharapkan, agar sokongan terus diberikan untuk @Lambaian. Tugas-tugas tiap ahli Exco telah diperbincangkan dan akan diperhalusi, jadi mereka yang akan bertanggungjawab melaksanakannya dengan seadanya.

Semua ini adalah sukarela. Tiada paksaan. Tapi bagi aku, jika kita diberi kepercayaan. Kita harus kembalikan kepercayaan seseorang itu dengan melaksanakan sesuatu tugas dengan jayanya.

Sekian aku rasa titipan aku untuk PERINTIS 2009. Berkenaan ulasan tiap minit perjalanan program, boleh ke blog Syila dan Afzan yang lengkap menceritakannya. Berkenaan minit mesyuarat AGM, rasanya akan dihantar kepada semua secara emel. Rasa itu lebih formal.

disebalik tabir tika tercetusnya idea menerangkan objektif berdasarkan Alumni, Lambaian dan Masyarakat

11 ulasan:

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

Tahniah pada semua & AJK2 baru. semoga terus berjaya..yeay!!=)

fariz@abong berkata...

tahniah adam dan geng2 lain. harap2 aku dpt join next xtvt..mudah-mudahan

moyes berkata...

kenapa muka sport takde dalam gambar AGM??
kesian sport telah disabotaj..

Friction berkata...

Sebab aku ambik gambar. Hahaha. Anyway, takpe, aku AJK lp (low profile)... haha...

Adam Ruslan berkata...

^Sport^

Ah, banyak la AJK lp. Tiada dalam deskripsi tugas.

noorafzan.blogspot.com berkata...

semoga next event akan lebih meriah selepas ni..
hoyyehh..

ayen =D berkata...

klu gitu, ain pn AJK lp la kan.. haha..

ye.. meriah meriah.. yuuhuuu..!!

rasa mcm tak caye je ain ni.. smua nye dalam alam siber.. tau cite dari blog, emel2 AJK, gambar2, chatting2.. huhu.. ale jadi.. suka2!! smoga yg telah dan akan dijayakan memberi manfaat utk semua hamba-hamba Allah ni..
amin..

ikien aizad berkata...

yup, hope pasni lebih meriah,meriah & meriah lagi..yey!!~

aily berkata...

camner nak daftar alumni melalui klm tu ek?

Adam Ruslan berkata...

^aily^

download je borang kat panel kanan. Borang PAUTM. hantar ke emel Kak Syila.

PutRiMAdA berkata...

aku muncul setelah sekian lama...
aku masih mahu menyumbang tapi pergerakan aku agak terhad...
sampaikan pada aku sekiranya ada yang boleh aku bantu dan perlukan perkhidmatan aku...

semua ini aku rasa macam satu mimpi.. TQ pada usop yang memulakan group KLM di friendster...

tak sangka semuanya hari ni adalah satu kenyataan...

sebagai tambahan...
ianya bermula daripada syila dan azwar yang merancang majlis berbuka puasa pada penghujung 2007, berlarutan kepada sambutan hari raya di rumah azwar yang pada ketika itu menetap di shah alam dan seterusnya ko KLM de PD.

dulu aku terfikir boleh ke dengan hanya 9 orang tenaga mahu mengumpulkan semua bekas2 ahli KLM tapi hari ini dah pun menjadi kenyataan.

dan aku pasti ada banyak lagi yang mahu kita buat.. bukan sekadar tertubuhnya SIG ini.

SYILLA... sorry aku tetap jugak mengeja dengan double 'L', pastinya kau nadi penggerak utama tertubuhnya alumni ni. komitmen yang tak pernah putus sejak dari awal memang aku kagumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's