Jumaat, Ogos 14, 2009

Mari Memeriahkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan ANSARA *Telah dikemaskini*

Program ini dianjurkan serentak diseluruh JUSCO seluruh Malaysia serta beberapa tempat awam lain. Jadual penuh di sini.

Cuma, aku sebagai wakil dari salah satu ANSARA ingin menyumbang dengan lebih lagi dengan menjemput semua ahli Alumni @Lambaian dan semua ahli KLM di KTC untuk turut serta menderma di lokasi berikut. Ini kira sumbangan menyeluruh dari semua Lambaian.

Venue : Jusco Bukit Indah JB

Tarikh : 16 Ogos 2009, Ahad
Masa : 10.30am to 5.00pm

Sesiapa yang ingin turut serta, rasa boleh sms kepada aku (0178784041), kemudian kita gerak sama-sama dari KTC dalam jam 11.00pagi ke JUSCO Bukit Indah.

Kalau-kalau yang ingin berbakti dengan lebih lagi, ingin menjadi pemudahcara program ini dari pagi sampai petang (menarik pengunjung JUSCO untuk turut menderma) boleh sms aku juga.

Mintak war-warkan kepada semua. Penderma tak semestinya ahli KLM / @Lambaian, sapa-sapa yang korang kenal tetap korang boleh ajak. Terutamanya penderma-penderma darah dari program KLM sebelum ini.

********************************************************************************

KEMASKINI 20 Ogos 2009

Berikut adalah laporan ringkas mengenai Program Derma Darah yang diwar-warkan sebelum ini seperti di atas.

Program seharian ini (pagi sampai petang) ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua pengunjung JUSCO, pekerja-pekerja JUSCO, pegawai keselamatan, pekerja kedai berhampiran tidak kira usia, agama dan bangsa. Tiada wakil dari @Lambaian / KLM yang menjadi penderma setakat program berlangsung di sini. Maaf.

Yang sudah punyai anak gadis sunti mahupun yang masih gadis sunti, yang berkulit cerah mahupun berkulit gelap, yang rambut sudah beruban mahupun rambut bertutup topi keselamatan, yang suaminya bersemangat menderma mahupun isterinya sahaja yang sangat bersemangat menderma. Juga yang hanya menjadi penyokong rakan-rakan lain menderma. Semua memberi kerjasama yang sangat baik dan ikhlas menderma.

Ada juga yang kecewa kerana tidak dapat menderma. Sebab tak menepati kriteria. Kurang berat. Kurang hemoglobin. Sedang/telah mengambil ubat. Didatangi bulan dan takut jarum.

Aku sendiri mendapat beberapa pengajaran berguna untuk tempoh singkat membuat khidmat masyarakat ini. Terutamanya dari segi tenaga kerja, persiapan sebagai penderma, hal ehwal program dan persiapan program.

Program Derma Darah di JUSCO Bukit Indah ini dijayakan oleh 3 sukarela dari ANSARA (1 @Lambaian) dan 11 sukarela dari Hospital / Jab Kesihatan Pontian. Kami berjaya mendapatkan 103 beg darah untuk program sehari ini. Semua kerjasama yang diberikan sangat dihargai dan diharap darah itu akan dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sekitar gambar program

Beratur sebab tiada kerusi untuk menunggu.

2 ulasan:

anur malati berkata...

dengan jujur dan rendah dirinya, aku mengaku yang aku tak pernah derma darah krn aku sndiri x tau apa yg aku rasa. maybe takut jarum, takut itu, takut ini. Tp, aku akan war2kan berita ini kpd org lain expecially suamiku krn beliau seorang yg rajin menderma darah. Ntah bila kerajinan dan keberaniannya itu akan jatuh kpd ku. huhuhu...

biskutrajin berkata...

wah...meriah meriah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's