Sabtu, Julai 04, 2009

Setiausaha Dekat Padamu 2

Teruja, berdebar, gembira, takut, malu, semangat.. macam-macam perasaan bertukar-tukar apabila di'lamar' menjadi sebahagian dari MT program Dekat Padamu 2, 2005. (MT = Majlis Tertinggi). Program yang bermotifkan lawatan satu hari ke wad pedriatik Hospital Sultanah Aminah adalah program pertama aku sebagai MT program dalam KLM, sebagai setiausaha. Pertama kali jadi setiausaha ni. neves, seves..

Pengarah, abang Munir yang bermuka tenang, tetapi boleh jadi serabut juga. Ada satu masa tu, semua orang macam serabut nak buat apa, berbincang di DSK, tapi tak seorang pun menulis kecuali aku. Aku menulis apa yang abang Munir suruh aku buat je lah kan. Tiba-tiba, abang Yerk (masa tu aku panggil dia abang Irman lagi) ambil kertas dan pen,
"haa.. cakap balik Munir, biar aku tulis semua flow dan semua kerja.. tengok semua.. baru nampak.."
S
atu ilmu penting untuk aku masa tu. ehehehe.. tentang tugas sebelum, semasa, selepas. tindakan siapa. deadline. keperluan. Terima kasih abang Yerk.

Memandangkan Asmida cuma tinggal bertentangan dengan bilik aku dan Mai je, dia jadi kaunter pertanyaan aku lah tentang kerja-kerja setiausaha ni. Asmida, aku panggil As, adalah setiausaha 2 KLM masa tu (kalau tak silap lah). Sebelum program, kerja buat surat lah yang paling utama kan. Pernah pukul 1 atau 2 pagi. Aku dah baring dah, nak tidur. Abang Munir telefon,
"Ain, abang Munir nak mintak tolong buat surat ni. Esok pagi-pagi nak pergi *** " aku tak ingat dia nak pergi mana.

"owh.. surat apa?"
"eh, ain dah nak tidur ke ni?"
"err.. tak tak.. belum.."
Dah dia kata nak pagi esok, takkan aku nak jawab dah nak tidur kan. hehehe..

Esok, pagi-pagi abang Munir dah ada depan blok kapal, s39 dengan motosikalnya untuk mengambil surat tersebut.

Kisah lain, di DSK, membungkus hadiah untuk hari program. Ada Mai, kak Roza, dan kak Anum. Ada lagi orang lain, tapi kami berempat macam makngah dan joyah berbual, tu aku ingat sangat. Tagline paling aku ingat dan kasi perut tergeliat sekejap, dari kak Roza. Dia respon tentang satu orang yang tak dapat balas sms kerana ketiadaan kredit, iaitu,
"apa lah, kredit pun tak de. kalau gitu pegi jual handphone tu, beli kredit..!"

Pada hari program, juga ada satu tagline yang menusuk ke jantung hati aku. Salah seorang dari wakil penaja, Dewan Bahasa dan Pustaka jumpa MT program di luar bilik perasmian.
"Siapa setiausa? Saya nak jumpa"
Masa tu, ada lah aku ingat muka abang Yerk dan Sina (aku rasa tak panggil Sina ni abang kot) dan kakak abang yang lain. Dengan teragak-agak, aku mengaku aku lah setiausaha.
"ooo.. awaklah ye. saya nak cakap sikit.. ayat awak dalam surat tu, macam kaf lam ye nge la.."
haa? aku sedikit blur.
"oo.. macam dia ni ek?" Sina menunjuk kepada abang Yerk. haha..
"Cik, dia ni budak baru, baru belajar jadi setiausaha.."
"oo.. takpe takpe.. saya tegur je.. boleh belajar lagi.."
huhu.. semangat kakak tu tegur kan. Siap dia cerita-cerita tentang kursus kesetiausahaan lagi. fuh, nasib baik aku tak kena pergi, kalau tak, dah tukar profesion dah aku. hehehe..

"haa.. lagi satu, bukan saya tak nak bagi ucapan.. tapi, kebiasaannya, kalau awak jemput orang luar, atau penaja untuk beri ucapan, awak kene siapkan teks ucapan.." sambil dia memandang aku, yang tercop di dahi, 'saya lah setiausaha'

huh, aku belajar lagi. Terima kasih kakak DBP. Dan terima kasih kakak abang yang ada masa tu, yang men'cover' muka kesian aku agaknya.

Sehabis program, masih ada tugas yang perlu dibuat. Antaranya, buat sijil peserta program dan laporan program. Pasal laporan. Hmm. Siapa nak ajar aku buat laporan program?
"kene tengok contoh-contoh laporan program kot Ain"
, seseorang menjawab.
Ntah macam mana, ale-ale aku dah ada di bilik JKM KTC. Bertemankan Ajan, rakan KLM yang juga merupakan ahli JKM, kami mengambil beberapa stok laporan program. Aku rasa macam nak nangis,
"betul ke aku kene tengok laporan-laporan ni? takkan la tak de beberapa helai kertas yang menceritakan tentang, panduan-membuat-laporan-program? huhu.."
Lebih syahdu lagi pada masa tu, abang Munir duduk di sofa dalam bilik JKM tu sambil baca surat khabar! Nape abang Munir tak tanya ain buat apa??!! eeeee.. hehehe.. (geram-geram manja je)

Tapi tak pe, terima kasih As, Ajan dan abang Munir. Aku belajar cara mengkaji, mencari, merancang dan berdikari dengan cara-cara korang tersendiri. Ilmu tu aku pakai untuk segala kerja aku, baik proposal, laporan, modul dan segala macam kerja dalam hidup aku. Sampai sekarang. Terima kasih.

Tak selesai dengan memeras otak untuk laporan program, terutama bahagian "masalah, tindakan dan cadangan" dengan bantuan rakan sebilik setia, Mai, aku kena buat sijil program. Ntah macam mana, sijil diputuskan untuk berbahasa Inggeris. Yeah.. dah siap.. aku serahkan semua sijil tu kepada abang Munir. Pengarah program yang sempat mengingatkan aku tentang sesuatu iaitu, "segala-galanya memerlukan duit, tapi duit bukanlah segala-galanya" ketika dia ditimpa masalah kekurangan duit akibat motosikal dan komputernya rosak. huh.

Dalam satu program pendidikan dengan kelab KTC yang lain, abang Munir datang sebagai wakil JKM. Dia panggil aku ke luar dewan sementara aku agak free. (aku pun ada)
"Ain, abang Munir nak cakap sikit"
"haa.. apa dia.. kenapa macam suspens je.."
"sijil yang ain buat tu kan.. ada salah.."
"ooo.. ye ke.. apa dia ek.. huhu.. takpe2.. ain betulkan.. "

"hmm.. camne nak cakap ek.. banyak tau ain.. "

"huhu.. ye la, apa, cakap lah.."

"untuk sijil peserta.. ruang, for participating as tu kan.. sepatutnya tulis participant.. bukan participator ain.. "

wwwwuuuuuaaaaaa...........!!!
"haa? ye ke? hahaha.. malu malu.. hoho.. wah.. banyak tu.. huhu.. ain betul kan.. "


Hohoho.. itu lah jadinya manusia yang terkocoh-kacah buat keje. hmm.. tak lah kocoh kacah sangat.. Aku tanya beberapa orang jugak lah. hahaha.. Entah la.. takpe la.. cubaan dan pengajaran. Maka ada la 'scene' aku dan Mai duduk di lantai bilik, menampal perkataan 'participator' itu dengan 'participant', menggunakan kertas sijil yang sama. Tampalan dibuat dengan kertas sijil lebih yang sama. Tampalan tu timbul, dok gelek pulak supaya terpenyek sikit. Haih, memang tak de kerja cari kerja la tu namanya. huhu..

Apa-apa pun, pengalaman menjadi setiausaha Dekat Padamu 2 ni satu pengalaman pertama yang sangat hebat. Jadi, tak mustahil lah kalau ada junior yang mintak tunjuk ajar aku over-over, aku blur over-over, (yang over-over je okay!) aku cop kan hati aku, bahawa "haih, manjanye lah kamu.." oppsss... (semoga tak jadi isu.. kah kah kah..)

++ Kalau kata-katamu itu tidak bermakna buat orang lain, jadikan lah kata-katamu itu bermakna untuk diri kamu sendiri+++

8 ulasan:

anur malati berkata...

awat tak tanya akak or senior2 lain klu nk wat laporan. huh..kematu jemari akak masa sering kali dilantik jd s/u program sampai ke timb s/u kelab dulu.tak susah nk susah dan tak senang nk senang.. pengalaman ilmu paling berharga..^_^

AFIQ zainal berkata...

ahaha...abg ngan a.munir merempit nek motor gi hsa tau...hihi...gi riki tempat...

Adam Ruslan berkata...

Untuk semua setiausaha-setiausaha di Lambaian, korang memang gigih dan sangat-sangat sabar untuk direjek segala surat dan kertas kerja yang telah dibuat.

anur malati berkata...

i dh biasa kene rejek namun krn pengalaman itu, aku aplikasikan dlm dunia kerjaya. segala ayat, modul, paperwork, skrip dan segala mende yg related ttg ayat dan karangan mereka akan refer kpd aku krn ayat2 aku best.. muakaka..(pacan sndiri)

ayen =D berkata...

kak anur tanya ain ke tu? awat tak tanya senior lain? tidak lah dinyatakan saya tak tanya.. hehehe..
panjang lagi cerita nye ni kalau nk buat part 2.. tp cukup la nk letak tema yang ada je dulu..

oo.. ala.. riki sambil makan angin pun nk kecoh abang afiq ni haha..

betul tu abang adam, mmg gigih dan gigit..

yezza.. pacan sendiri..? pacan? 1st time jumpa perkataan ni ni.. hoho..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

Dekat Padamu 2.yg muzik xbunyi mase nyanyi tu kan??yg gimik dia masuk ikan dlm akuarium kan??haha..=) mmg best..

munir riki nek motor??amik udara nyaman danga bay.hehe

MrsNotSoCool berkata...

haha boleh tak ku katakan program dekat padamu 2 ni la yang cetus segalanya.. tetttttttttttt

ayen =D berkata...

haa.. ye la tu abang zairi.. nyanyi mesti lucu giler kan.. haha..

ohoo.. pencetus ye kak aina.. betul2.. hahaha.. teeetttt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's